Wednesday, April 22, 2009

Berjuang....dan Teruskan Berjuang!!

"Selangkah kealam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa kerana ditinggalkan kerana Allah. Daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tidak sanggup selamanya terluka, tapi ingatlah! setiap titisan darah dari luka dan airmata itulah mahar kita ke Syurga. Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? Jawabnya kerana syurga itu manis.... Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNya"


Hingga ke akhir hayat ini....
Seorang pejuang tidak pernah kenal erti penat lelah!!

Mampukah kita berjuang seperti Saidatina Aisyah, Abu Ayub Al-Ansori, Sumayyah?

Andai kita mampu berjuang, mampukah kita terus berjuang sehingga ke akhir hayat?

Apakah rahsia para pejuang Islam sehingga mampu thabat (kekal dan tetap) di atas jalan dakwah, meskipun mendapat pelbagai ujian dan tentangan?

Berikut adalah antara perkara yang harus dimiliki oleh seorang pendakwah supaya thabat dan mengelakkan dirinya daripada tergolong dalam mereka yang gugur (متساقط) di atas jalan dakwah.

1. Permulaan yang bersih (صفية الإبتداء)

Ikhlas dalam amalannya dan mempunyai pandangan dan kefahaman yang jelas terhadap dakwah yang ingin dibawanya. Andai tiada keikhlasan dan matlamat dakwah disertai dengan kepentingan dunia, seseorang akan mudah gugur apabila datangnya kesusahan dan juga apabila diuji dengan nikmat dunia.

2. Semangat yang tinggi (علو الهمة)

Mereka yang bersemangat tinggi tidak akan mudah futur (فتور) (lemah semangat). Tarikan-tarikan dunia yang remeh tidak dapat menandingi syurga yang dijanjikan Allah s.w.t untuk mereka.

Justeru mereka yang memiliki sifat ini akan bekerja siang dan malam dalam keadaan senang mahupun susah. Mereka adalah manusia yang berjiwa besar. Kita melihat jasad mereka di bumi, sedangkan jiwa mereka bebas tinggi di awanan.

Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah merupakan seorang yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam berdakwah. Apabila ditanya bilakah waktu rehat beliau, beliau menjawab, “Apabila sebelah kakiku sudah melangkah masuk ke syurga.”

Inilah dia para pejuang Islam yang terdahulu, yang telah mendahului kita dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. Mereka telah menunjukkan contoh yang baik kepada kita. Mereka adalah manusia biasa seperti kita. Cuma bezanya, adalah azam, semangat dan usaha mereka yang luar biasa.

Ya Allah tetapkan hati kami atas jalan dakwah ini. Berikan kekuatan kepada kami untuk mencontohi mereka yang telah membenarkan bai’ah (tuntutan syahadah ) mereka kepada-Mu.

Ameen…

Wallahua'lam...

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.” [9 : 41]


"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."
[49:15]

4 comments:

safiyyah said...

nmpak link 'aerin sofea' ni kat blog izzah..tak kusangka adalah kamu..huhu...
nice blog..caiyok kk!=)

alKhair said...

hehehe....nama tidak seindah rupa..;P

Ezati said...

hmm.. cuma nak tanya pendapat KK..
mcm mana nak dapat semangat? kefahaman dah ada, pengisian byk,cuma belum ada rasa dari hati... mcm mana ye..

huhu...

alKhair said...

(^^)...

Sesungguhnya Allah sahajalah yang memegang hati2 kita...

Maka mohonlah pada Allah agar kita punyai semangat itu...yakinlah wahai sahabatku, Izati..;)

[3:104]"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."