Saturday, April 18, 2009

10 wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna


1) Bangunlah sembahyang apabila mendengar azan,walau bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah al-quran , buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik,ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana ia adalah syiar islam.

4) Jangan banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberi apa-apa faedah.

5) Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.

7) Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8 ) Jauhilah daripada mengumpat dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberi kebaikan.

9) Berkenal-kenallah dengan saudara muslim sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah perkenalan dan berkasih-sayang.

10) Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada ,oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika mempunyai tugas sendiri ,maka ringkaskanlah pelaksanaannya.


Wallahua'lam...

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(Surah As-Saff, Ayat 2-3)

Orang akan rosak kecuali yang berilmu. Orang yang berilmu akan rosak kecuali orang yang beramal/bekerja. Orang yang beramal/bekerja pun akan rosak kecuali orang yang ikhlas.
(Al-Ghazali)

No comments: