Warning!! -This post may contain some word view that hardly to be interpret-
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah pada jalannya supaya kamu mendapat keuntungan” [5: 35]
Dalam ayat diatas Allah memerintahkan manusia mencari segala jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berusaha mendapatkan keredhaanNya. Atas dasar memenuhi tuntutan inilah kefahaman tarbiyyah ditegakkan.
Tarbiyyah:
Tarbiyyah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan. Tarbiyah Islamiyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW.
Kepentingan Tarbiyyah
Tarbiyyah memainkan peranan penting dan berkesan dalam kebangkitan, pembangunan dan kemajuan sesuatu masyarakat. Maju atau mundur sesuatu masyarakat bergantung kepada maju atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut.
Hanya melalui jalan Tarbiyyah kita dapat membina kefahaman yang sebenar tentang Agama Allah swt iaitu kefahaman yang sebenar, soheh (bukan bid'ah mahupun sesat), kefahaman sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt, kefahaman sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah saw dan yang yakini dan dicontohkan oleh sahabat-sahabat generasi Awwal al Quran.
Hanya melalui tarbiyyah kita dapat memahami peranan dan tanggungjawab kita sebagai Muslim Mukmin. Jika kita tidak mengetahui peranan dan tanggungjawab kita sebagai Mukmin maka sama saja jika kita tidak tahu peranan dan tanggungjawab kita sebagai manusia dan dengan mudah kita akan melakukan perbuatan-perbuatan yang bersifat kebinatangan dan kita tidak tahu menghayati sifat kemanusiaan.
Begitu juga halnya jika seorang Muslim yang tidak mengenali pendiriannya sebagai seorang Islam dan tidak mengetahui perbezaan antara dia dan kafir, maka dia akan bertindak sebagai orang kafir dan juga tidak akan merasakan keagungannya sebagai seorang Muslim.
Oleh yang demikian setiap Muslim dan kanak-kanak Muslim harus diajar dan dididik serta diasuh tentang pendirian dan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka perlu tahu akan perubahan kedudukan mereka setelah mereka menjadi Muslim. Mereka perlu tahu akan tanggungjawab yang dikenakan terhadap mereka berikutan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka patut kenal akan batas-batasan yang akan menjamin dan mengekalkan diri mereka sebagai Muslim agar mereka tidak melewatinya. Mereka patut tahu bahawa dengan melewati batas-batas tersebut, mereka akan bersara dari menjadi seorang Muslim walaupun mulut mereka berlagak sebagai seorang Muslim.
Qudwah sebelum Tarbiyyah
Sesungguhnya perilaku yang baik itu lebih mudah terkesan daripada nasihat dan teguran yang kita sampaikan. Kita sering mengajak rakan2 kita kearah kebaikan namun dalam masa yang sama kita lakukan maksiat yang kita nasihatkan.
Makanya, jika kita melakukan perkara yang bercanggah dari percakapan kita, sudah pasti orang lain hilang kepercayaan terhadap apa yang kita sampaikan. Oleh itu, kita perlu menunjukkan contoh yang terbaik sebelum mentarbiyah orang lain.
Ringkasan Manhaj Tarbiyyah (Sistem Tarbiyah)
1.Ruhiyyah (ketuhanan)
2.Badaniyyah (Kesihatan)
3. Siasah dan Harakiyyah (berorganisasi)
4. Kendiri (pembangunan diri)
5.Tsaqafah (pengetahuan)
6.Kekeluargaan Islam
Moga dielakkan...
‘Satu kesilapan yang paling merbahaya ialah bagi dakwah ialah apabila ia melakukan tajmik (himpun) yang luas sebelum adanya sekumpulan daie yang mampu mentarbiah mereka yang telah ditajmik itu. Kumpulan daie itu sendiri pula mesti memperuntukkan sebahagian dari waktunya pula untuk meneruskan tarbiyyah diri sendiri dengan ilmu dan ibadat, kerana jika tidak, hati mereka akan menjadi keras setelah mereka dapat menikmati 'nikmat' di peringkat permulaan. Apabila hati telah keras, akan hilanglah pula roh-roh persaudaraan. Keseimbangan ini bukan hanya khusus pada permulaan dakwah sahaja, bahkan mestilah meliputi seluruh fasa pengembangan dakwah. Jika tidak, dakwah akan diancam bahaya yang besar’.
Hakikat dakwah ini bukanlah cukup sekadar seorang itu menggabungkan diri bersama kita, bukanlah sekadar dengan baiah semata ataupun mengatakan dia mahu menyertai sesebuah jemaah itu, bahkan dakwah dan tarbiyah itu bermakna setiap fardhu muslim yang berada dalam sistem tarbiyah mempunyai hak2 tarbiyah yang wajib bagi dipenuhi jemaahnya. Kerana itu, usrah bukanlah sekadar cukup syarat dalam jemaah. Malah usrah itu merupakan sel dalam jemaah. Bangun jatuh serta kuat lemahnya jemaah itu bergantung kepada kuatnya usrah di dalam jemaah itu.
'Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah." (Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyhur)
Wallahu'alam
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(Surah As-Saff, Ayat 2-3)
Orang akan rosak kecuali yang berilmu. Orang yang berilmu akan rosak kecuali orang yang beramal/bekerja. Orang yang beramal/bekerja pun akan rosak kecuali orang yang ikhlas.
(Al-Ghazali)
sumber: http://samuraisyahid.wordpress.com/2007/08/23/manhaj-tarbiyyah/
No comments:
Post a Comment