Friday, April 24, 2009

Rasa BerTUHAN...

"Dum!!"

Kereta yang dilanggar itu kemek bahagian depan dengan dahsyatnya...Kereta yang melanggar pula, pemandunya, tanpa menoleh kiri dan kanan, terus memecut laju.. tidak kira apa akan berlaku...walaupun kejadian itu tidak disengajakan.

"Aik, tak rasa bersalah ke org yang melanggar tu, mentang2 bukan kereta dia yg kemek"..kata saksi yang melihat, terkesima, tidak dapat membantu apa2.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tekadang kita ni, malu melakukan sesuatu kesalahan atau perkara yang memalukan apabila dihadapan manusia tp kita tidak rasa bersalah pabila lakukannya ketika berseorangan malah depan Tuhan. (hatta 'buang angin' pun kita malu depan orang, tp cuba kalau kita tgh berseorangan....hmmm)

Pentingnya rasa ihsan

Pengertian Ihsan:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hendaklah engkau menyembah kepada Allah seolah-olah engkau dapat melihatNya, tetapi jikalau tidak dapat seolah-olah melihatNya, maka sesungguhnya Allah itu dapat melihatmu." (HR.Muslim)

Asas ihsan ini penting kerana kita akan sentiasa merasakan bahawa tidak ada apa dalam niat, perkataan apalagi perbuatan kita yang terlepas daripada pengetahuan Allah. Ianya akan membina ketelusan dalam diri tiap kali melakukan sesuatu perkara.

Kalau kita tiada sifat ini, kita akan berbuat sesuatu perkara sesuka hati kita. Kita tak rasa ada Pencipta yang melihat kita. Hilang rasa malu....bercumbuan ditepi masjid, tinggal solat, rasuah, riba, zina, curi, mengeji dan mengumpat, dll...dan kadang2, pernah tak kita terfikir jika kita solat, kita tutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..jika itu yang kita lakukan ketika solat...adakah auratnya berbeza diluar solat...fikir2 kanlah...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Jika engkau tidak rasa malu, perbuatlah apa saja yang engkau mahu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari)

Membina sifat Ihsan

Yakinlah Allah yang memberi segala-galanya. Allah yang sentiasa membantu kita. Tiap kali sebelum melakukan sesuatu, sentiasalah berfikir "ALLAH sedang lihat..ALLAH sedang lihat"

[35:38] "Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Ia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."

Jangan rasa hilang keyakinan terhadap Allah...kerna nanti kita akan mudah bergantung pada manusia....

"one who stand for nothing will fall to anything"

Wallahua'lam....

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(Surah As-Saff, Ayat 2-3)

Orang akan rosak kecuali yang berilmu. Orang yang berilmu akan rosak kecuali orang yang beramal/bekerja. Orang yang beramal/bekerja pun akan rosak kecuali orang yang ikhlas.
(Al-Ghazali)

No comments: