Tuesday, December 14, 2010

ibrah koc untuk wanita


Bagus dah ada koc wanita ni. Seperti melindungi hak2 wanita dari berhimpit2 dgn lelaki bukan muhrim dalam tren. lagi2 kalau ada 'pak guard' yg jaga kat depan tu sebagai langkah tak beri lelaki masuk koc wanita.

rata2 wanita yg memilih utk masuk ke koc ini. Rasa terlindung dan selamat.

awal2 dulu tampal poster bulat je, warna pink, tulis koc untuk wanita. mungkin kurang clear gambanya, boleh terima lagi kalau ada lelaki yang 'tersalah' masuk atau nak cepat sgt sampai tak perati dah koc mana dia masuk.

tapi sekarang, dah tampal poster lagi besar, poster jantina yg macam kat toilet tu plus warna pink lagi, ditambah dgn gamba2 menjelaskan siapa yg perlu duduk dalam koc wanita ni. tapi hasilnya masih ada yg berlainan jantina ter'salah' masuk koc.

Jelas sekali, dakwah melalui pamplet/poster tidak cukup dalam menyeru manusia kearah perkara yang ingin diseru. ramai yang tidak jelas mengapa perlu adakan koc wanita, mengapa perlu hormat sesama manusia, mengapa perlu adanya peraturan sebegitu.

Samalah, jika kita letak poster, jangan buat itu, jangan buat ini, Allah suruh itu, Allah suruh ini. Takkan berjalan selagi tiada DAIE/manusia itu sendiri yang membuat follow up, yang menerangkan, yang membimbing orang lain kearah perkara yang diseru, macam pak guard yang jaga koc tu.

Jangan biar dakwah kita hanya sekadar poster di dinding.

Saturday, December 4, 2010

Aku kejar TAQWA! bukan dakwah dan tarbiyyah.

Ya. aku kejar TAQWA.


tapi, untuk mencapai taqwa itu, disinilah peranan dakwah dan tarbiyyah.


tapi ramai yang salah faham, bila dah join dakwah dan tarbiyyah, dah cukup, anggapannya, macam dah lulus nak masuk syurga.


tapi dialah akhlaq paling teruk malah paling susah nak ditegur. org lain diperlekehkan. sebab. dialah yang paling banyak hafal hadis, hafal alQuran. anggapannya orang lain, tade haq nak tegur dia.


Inikah akhlaq Nabi?

--------------------------------------------------------------------------------

Muliakah kamu wahai orang yang ditarbiyyah?



'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.

'Ada sesiapa yang boleh jawab?'

Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.

'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'

Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.

Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'

'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.

Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'

'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.

'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.

Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.

'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.

Keadaan sepi sebentar.

'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.

Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.

'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'

'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini?  Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'

Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.

'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.

'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'

Mereka menggangguk.

'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.

'Antum faham tak maksud ana?'

"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.

'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.

'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'

'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.

'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'. 

'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.

'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.

Subhanallah.

'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'

Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.

'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.

'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.

'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.

Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."

***
Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan.

Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.

Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.

Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.

Artikel ini untuk diri saya. Agar saya mampu bermuhasabah diri. 
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
[Bayyinat, 2010]

Wednesday, November 24, 2010

Kuat!

Tiada jalan berhenti,

andai berhenti, hati mati..

Usaha dan teruskan usaha...

walau luka berdarah tiada terlihat..

jelas dirasai namun akan mencuba dan terus mencuba..

rindukan semangat yg telah hilang..

tapi Allah pasti tahu yg tersembunyi..

hakikatnya di pengakhiran..

agar aku ikhlas..

bertemankannya keranaNya...

-cinta-

Thursday, October 28, 2010

Magic!




Allahu Khaliq.

Allah pencipta, maka Allah lah yang berhak menentukan segalanya.

Then, Allah boleh bagi kemenangan pada islam ni sekejap je. "kun fayakun".

Tapi islam itu tak datang dgn magic.

Sekiranya kebenaran itu datang dgn magic.

Maka apa yang kita dapat persembahkan pada Allah di hari hisab nanti?

kerna itu Rasulullah usaha dgn payahnya nak sampaikan islam.

kerna itu juga Allah lihat hasil usaha kita bukan pada natijahnya.

natijahnya.itu hak Allah.penghujungnya, pengakhirannya, itu penentuan dari Allah.

Sedangkan Maryam berusaha menggoncangkan pokok kurma, untuk mendapatkan makanan, walaupun pada ketika itu dia tiada tenaga, tidak bermaya.

Sedangkan Siti Hajar, berlari 7 kali ulang-alik dari sofa ke marwa, utk memberi makan pada anaknya Nabi Ismail.

Boleh sahaja sekiranya Allah munculkan makanan2 itu dgn sekelip mata.

tapi, Allah lebih sayangkan hamba2nya.

masakan turun firmanNya:

[surah 2: 165]
(Walaupun demikian),
ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.
Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

[surah 9: 24]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Allah mahu cinta dr yang ikhlas, yang benar mendamba cintaNya.

Bukan cinta pada benda2 yang diminta darinya.

Bukan cinta magic! atau mukjizat dari Allah itu...tapi cinta untuk mencari cintaNya.

tulis ikhlas hanya untukNya..


Realitinya..


Kita disogok sejak kecil lagi dengan perkara2 magic

-pintu suka hati doremon

-jin aladin

-kuasa power rangers..etc

supaya anak2 lupa, lupa segalanya perlu dgn usaha...bukan berharap pada hasil sekelip mata..
lupa nikmatnya usaha itu..lupa kuasa segala2nya dari yang Maha Esa


Kisah Nabi Musa As


Nabi Musa AS mengadukan sakit giginya kepada Allah.

Allah berfirman: "Ambillah rumput tifani dan letakkan di gigimu yang sakit."

Nabi Musa AS megikuti perintah itu. Seketika sakit giginya hilang. Beberapa waktu kemudian, ia mengalami sakit gigi lagi.
Kerna sudah tahu ubatnya, ia langsung mengambil rumput tifani dan meletakkannya sebagaimana pertama kali. Tapi, kali ini bukannya sakitnya tidak sembuh, malah bertambah parah.

Nabi Musa AS kembali memohon pertolongan Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

"Wahai Musa! Aku adalah yang menyembuhkan dan menyehatkan. Aku adalah yang Memberikan bahaya dan manfaat. Pada waktu pertama, engkau melakukannya karena Aku, sehingga Kuhilangkan penyakitmu. Sedangkan sekarang engkau melakukannya bukan Kerna Aku, melainkan kerna rumput tifani itu. (Hikayat Sufi).


------------

Maka, adakah kita memilih untuk menunggu kemenangan islam itu atau berUSAHA bersama dalam menegakkan islam itu?...

Apa yang anda bawa untuk diperhisabkan di depan Allah?


Kisah lelaki yg beribadah.


Dalam satu kisah ada seorang lelaki yang telah mengasingkan dirinya di sebuah pulau dan bersembahyang selama 500 tahun.

Setiap hari dia makan sebiji delima dari pohon yang terdapat di pulau itu.Di hari Kiamat setiap manusia ditanya 2 soalan “Apa kamu buat” (apa pekerjaan kamu) dan “apa kamu bawa”?

Lalu lelaki itu menceritakan bahawa dia membawa amalan sembahyangnya selama 500 tahun. Allah bertanya kepadanya “Kamu nak masuk syurga ini dengan amalan kamu atau dengan kasihan belas aku”?. Jawab lelaki itu “Dengan amalanku”.

Allah bertanya kepadanya “Siapa yang mendorong kamu untuk mengasingkan diri ke pulau untuk bersembahyang selama 500 tahun. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.

Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu makan selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.

Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu anggota untuk bersembahyang selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.

Allah berfirman, “amalan kamu semuanya datang dari aku. Tiada satu pun dari kamu. Maka kamu hanya layak masuk syurga dengan rahmatku”. Akhirnya setujulah lelaki itu bahawa amalannya tidak cukup untuk memasukkannya ke syurga tanpa rahmat dan kasihan belas dari Allah.

-----------------------------

kerna itulah jangan kita diperbodohkan dengan amal yg banyak, mahupun pengetahuan ilmu islam yang tinggi! apatah lagi harta2, pangkat2, anak2...semua juga tidak menjamin kemasukan ke Syurga.

Bukan bermaksud kita tidak perlu beramal

mahupun berputus asa.

tapi terus berusaha dengan matlamat yang JELAS niat yang JELAS tujuan yang JELAS

which is everything is for Allah,

disitulah dtgnya redha dan taqwa pada natijah yang berlaku setelah berusaha.



Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda:

Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar


Wallahu'alam

Berusaha untuk exam kerana Allah! pulangannya kejayaan itu digunakan untuk menyeru orang lain pada Allah. kerna anda mempunyai figure muslim yang berjaya.

-------------------------------


Berkata Syeikh Abu Said al-Kharraz:

Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa.
Dan siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala tanpa amalan pula, maka ia adalah seorang yang berangan-angan kosong. Yang demikian itu adalah sikap yang bodoh dan terpedaya.
Menyerah kpd Allah serta mengharapkan rahmatNya tidak boleh berlaku, melainkan sesudah berbakti dan beramal saleh.

Wednesday, October 6, 2010

hak milik

lapar-makan
ngantuk-tidur
tak score-study

sayang-CINTA sepenuhnya-dunialah kita punya

lupa, yang perasaan dan nafsu ini semua milikNya

bila2 boleh diambil, diubah, lenyap, wujud..

akhirnya, diri ini bukan siapa2, tiada apa2..

Ya Allah ampuni diri ini...agar CINTA ini sepenuhnya hanya untukMu..
-melakar CINTA di pintu syurga-

Monday, October 4, 2010

ukhuwwah..ukhuwwah..ukhuwwah

Ruh-ruh umpama bala tentera yang hebat. Jika saling mengenali, saling menguatkan. Jika tidak mengenali, mereka berikhtilaf. (Hadith Riwayat Muslim)

-----------------------------------------

kadang2 kita lupa, hidup ni, iman ni, ada turun naik..
niat kita berukhuwwah kerana Allah juga, boleh terhakis...
jika kita tak jaga hak2 ukhuwwah..
jika lupa niat kita lillah, lillah..bukan sekadar sebutan.

kita lupa,barisan ini kedap susunannya bagai batu bata..
rosak satu, petanda akan rosak semua..

masalahnya..perkara2 besar boleh kita selesaikan..
tapi ada perkara lebih besar lagi, yang orang lain tak boleh nampak..
melainkan diri kita dan Pencipta kita..
yang hanya Kita tahu dan harus cari punca, apatah lagi menyelesaikan..

jika batu bata itu jelas retak, engineer, labour boleh baiki...
tapi kalau batu bata itu dimakan anai2 dari dalam..
ada orang boleh nampak tak? apatah lagi untuk bantu membaiki..

itulah dia, masalah HATi..
lama kelamaan boleh menghakis iman..nauzubillah..bila kita mula mempersoalkan kenapa jadi cmtu, kenapa jadi cmni..

apa beza usrah dan geng biasa kita?

[Surah 2: ayat 151]
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.


1.membaca ayat2 kami = learning which makes your soul clean and clear about what?
2. about islam itself..which is everything in the AlQuran + AsSunnah.
3.and what else? other things, everything..moon, sun, perkara2 ghaib.,etc

jika 3 perkara yg dihighlight itu berlaku didalam geng biasa kita,
maka geng biasa kita itulah usrah..
yang insyaAllah meningkatkan iman, membuahkan amal..

tp, jika usrah kita, berlagak dengan banyaknya ilmu dipelajari,
sebut saja hadis, tafsir, hafal sana hafal sini..
tp tidak membuahkan amal, mencerminkan iman...
maka apa beza kita dengan geng lepak2 minum kat kedai kopi?

begitulah juga dgn ukhuwwah..

How?

kita cakap berukhuwwah kerana Allah kan,

ok, dah cuba nasihat sahabat jika perlu?
dah dengar nasihat dari sahabat kita?
tunaikan hak? dari segi hidup bersama..belajar bersama..
dah ajak sama2 buat kebaikan?
tunjuk contoh terbaik tak?..etc..etc..

kita jangan assume sahabat kita tu faham everything tentang kita jika kita tak terangkan..
lepas tu kita simpan je dalam hati kita bila ada benda tak kena..yg kita expect kawan kita patut faham..
lepas tu, apa jadi?
kita makin pendiam..msam muka..lepas tu?
kita mula rasa dia ni tak buat apa yang dia belajar?
lebih dahsat lg, bila kita mula rasa usrah tu langsung tak beri kesan pada dia..

ha..kat situ lah timbulnya lobang besar dalam hati..

say it loud my dear...say it..
how can people know when you dont tell it and pretend nothing happen..
till when?




Saturday, October 2, 2010

Believe

You said that you believe in Allah..

but why you keep asking the things you shouldnt ask when Allah knows everything, the BEST for you..

Wednesday, September 29, 2010

Tujuan hidup

Do you know what's your purpose of life is?

Bangun tido, study, makan, solat, tido balik, study makan solat...
putar2, habis masa..

dah tu, apa arah tuju kita?

berjaya, lepas tu?

dapat anak, lepas tu?

cucu..cicit..lepas tu?

bermaknakah?..

Jadi, takkanlah kita ni hidup hanya untuk mati?


[Ali 'Imran:191]
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka





Like a robot..pas abes bateri cas...pastu jalan2 sikit..abes bateri..cas..jalan sikit..rosak bateri..mati terus..

Apa beza tujuan hidup dan tujuan kita dihidupkan?

Ada yang hidup sebab nak capai cita2, nak dapat bahagia dunia, nak makan sedap...

baginya, life to the fullest..yeah!...nothing wrong with that, juz go for it..nanti dah tua, i solat..

inilah golongan yg disebut AdDahriyyun..

Mereka hidup hanya untuk dunia semata-mata.

“ Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): ‘ Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia saja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan “ [ Surah Al An’aam: 29 ]


Ada juga yang hidupnya, islam, tapi liberal, bebas buat tu ini..

yang haram semua halal...

mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah s.w.t dalam kehidupan duniawi.

Namun mereka masih menyangka mereka berbuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah s.w.t dan Hari Qiyamah tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran luar semata-mata yang tidak dicerminkan melalui amal.

Hanya sekadar tahu.


Golongan yang ketiga pula golongan menganggap bahawa dunia ini sebgai ladang tanaman untuk mendapat hasilnya di akhirat kelak.

Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah s.w.t. Mereka mengetahui hakikat hidup serta nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirat.

Allah s.w.t membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:

“ Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya ? “ [Surah Al An’aam : 32]


Itu semua tujuan2 hidup yang manusia sangkakan mereka perlu hidup sebegitu.

tapi, tahukah kita beza tujuan hidup kita dan tujuan kita dihidupkan?

We can search the answer for why we been created by Allah....


“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembahKu“ [Surah Adz Dzaariat : 56]

we can give billion answer why we love and should love Allah..

because Allah gives us do everything we want..and gives everything we need..breath, food, shelter...etc

but...do we know why Allah created us?...the reason for Allah to love us yang serba hina ni?

Saturday, September 25, 2010

Simple

Bismillah..

"...Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersukutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." [Kahfi:110]

Mudah je solusi Allah beri..

Amal soleh + tidak mempersekutukan Allah = jumpa Allah

Tapi, yang susah nak mujahadahnya, ikhlas...
Berapa banyak je amalan yang kita buat, betul2 niatnya kerana Allah..

tiada sebab kawan, sebab senang, sebab biasa..atau apa2..selain dariNya?



“Sungguh saya mengetahui beberapa kelompok orang dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan amal kebaikan setinggi gunung Tihamah yang putih. Kemudian Allah menjadikannya seperti debu yang berterbangan.”

Tsauban bertanya, ‘Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri mereka dan jelaskan pada kami agar kami tidak termasuk golongan mereka, padahal kami tidak tahu.’ Nabi menjawab,

“Sesungguhnya mereka itu saudara-saudara kalian yang persis seperti kalian. Mereka juga melakukan shalat malam seperti halnya kalian. Namun apabila mereka menjumpai larangan-larangan Allah, mereka menerjangnya.” [HR. Ibnu Majjah dan dishahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah, No. 505]

kiranya...
depan orang ramai, punya la habis baik amalan nya..
tapi dibelakang, dia tidak menjaga amalannya...


jadi, bagaimana nak ikhlas..terus ikhlas dan jaga keikhlasan tu?

Wednesday, September 22, 2010

Dakwah?

Erti dakwah..

Konsep dakwah..

Pelbagai tafsiran sendiri..

Dakwah tu ape sebenarnya?

Seru manusia kepada Allah?
Akhlaq yang mulia?
Pandai berceramah tentang islam?
Menimba ilmu islam?
Melakukan amar maaruf nahi mungkar?

Tapi, kenapa orang yang berdakwah selalu dibenci, dicaci..
itu tak kena ini tak kena..
alim sangat..
bajet baik...
dihalang sana sini...
gaji mesti sikit je..

maka..

ramai yang memilih menjadi orang biasa..

berdiam diri, beramal sendiri..
"cukuplah ibadah2 saja..tak perlu ajak orang lain, nanti apa pula kata org".katanya

cukup setakat itu...

habis tu, mesti ada sebab Allah jadikan manusia. generasi demi generasi.
keturunan itu ini...

cukup setakat tu?

hidup untuk mati. dari mati lahir yang hidup. kemudian mati lagi. berterusan.

tanpa apa2?

Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? [QS Surah 23: Ayat 115]

So, what?

Dakwah tidak mempercepatkan ajal, tp dakwah akan mengangkat daie ke Syurga Firdaus.-muntalaq

Dakwah juga memerlukan pengorbanan. kesungguhan. jihad.

Jadi, apa yang kita faham sebenarnya tentang dakwah?

Thursday, August 26, 2010

Nuzul Quran

sejauh mana kita menghayati dan mencelupi kehidupan kita dengan mencerminkan AlQuran sebagaimana akhlak Rasulullah.

Sunday, August 15, 2010

When There is NO way to run and hide..

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan-purifying ur soul


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Tahrim: 6)

Berjalan dalam kabus..?

Monday, July 19, 2010

Peta Hidup Manusia


Manusia seringkali mengejar pada perkara2 tak pasti...

kejayaan, kekayaan, darjat, kekuasaan....etc

tetapi lupa akan hakikat perjalanan hidup kita yang pasti. menuju kematian..

agar kita menyelami kembali diri kita, mengenal diri..terus kepada mengenal Pencipta.

kerna satu.

mencapai redhaNya-menuju Syurga

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." [Ali Imran 3:102]

Saturday, May 22, 2010

'hadis kotak'

lumrah manusia, utk melakukan perancangan itu ini.
kadang2 tak tercapai dek aqal, confirm ke idak kita akan dapat apa yang kita rancangkan...

dan,

kadang2 kita buat sesuatu yang dirancangkan sampai kita lupa nak fikir,
apa tujuan utama kita buat sesuatu tu.
niat kita, masih berbalikkah pada Allah..
yang pasti, yang terbaik hanya dari Allah..

Rasulullah ada menyebut tentang angan2 manusia..

Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya: “Nabi s.a.w. menggariskan suatu garis berbentuk persegi empat dan menggariskan lagi suatu garis di tengah-tengahnya yang keluar dari kalangan persegi empat tadi, juga menggariskan lagi beberapa garis kecil-kecil yang menuju ke arah garis di tengah-tengah itu dan keluar dari arah tepinya yang tengah, lalu beliau s.a.w.
bersabda: “Ini adalah manusia dan ini adalah ajalnya meliputi diri manusia tadi,atau memang telah meliputinya. Garis yang keluar dari kalangan ini adalah angan-angannya, sedang garis garis kecil-kecil ini adalah barang-barang baru yang mendatanginya – yakni apa-apa yang dapat ia ambil dari keduniaan, berupa kebaikan atau keburukan. Jikalau ia terluput dari yang ini – yakni bencana yang satu, tentu ia terkena oleh yang ini – bencana yang lainnya – dan jikalau ia terluput dari yang ini – bencana yang satunya lagi, maka ia tentu akan terkena oleh yang ini – bencana yang lainnya pula.” (Riwayat Bukhari)

Ini adalah gmbrnya: untitled


Wallahua'lam..

~yang masih lemah dalam membuat susunan~

Wednesday, March 24, 2010

semut~

saya dgr citer semut td...

pasal semut dan nabi sulaiman..


AnNaml:

[17]
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

[18]
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”(lembah semut), berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

[19]
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.



---------------------------------------------------------------------------------

dalam surah ni, kita boleh lihat yang semut ni tak 'selfish'..

ada sekor semut namak nabi Sulaiman, terus dia beri amaran pada yang lain, tade pun dia gi selamatkan diri sorang2..

semut ni, kalau dikumpul kesemuanya, berat dia boleh mlebihi berat seluruh manusia...

percaya tak?

cuba tgk berapa banyak lubang2 disekitar kita yang bila kita buka tu ada je semut2...

pastu, semut ni comeyl tau!

kita patut malu pada semut, sebab:

1.depa selalu beri salam kalau jumpa, (bila jumpa je laga sesungut, tak kira lah dari mana pun semut tu)

2. semut selalu duduk dalam track dia, dalam barisan..kalau dia terlari sikit, cepat2 dia patah balik..cari track dia..tapi kalau kita..bila terkeluar landasan, apa yang kita buat?..

3. semut ni kerjasama tinggi. cuba tgk..kadang2 dia boleh angkat barang berat2, tp boleh baw ke sarang dia sebab bawa ramai..dari tepi kiri kanan bantu..

4. semut ni penyayang. kalau ada semut mati tengah jalan.. cpat2 kawan dia kutip bawa balik (tanam kot)


~yosh! mari bekerja seperti semut2, bila angkat carpet, penuh semut yg bekerja~

Tuesday, March 23, 2010

langkah yang tersilap

bila tgk2 balik gamba sekolah dulu2,

rasa rindu je nak kembali waktu tu..

kanak2..kecik je skop dia..fokus

bersih, banyak jahiliyah tak masuk agi..

wat keje sekolah, tak banyak ancaman, musuh luar...cuma dgr cakap cikgu je..

tp, waktu sekolah juga boleh jd titik tolak utk jadi jahat..

bole jadi dekat sekola juga tempat kita explore benda bukan2..

kawan ngan kawan2 liar..

ponteng, hisap rokok, bawa kete secara haram..

paling takut..kat sekola da tade teruna dan dara!...nauzubillah..

adakah dgn itu kita menyesal atas silapnya langkah kita ke sekolah itu?

menyesal tak sudah kenapa diri jd begini, begitu...

tak macam org lain, yg berjaya..yg baek bila keluar sana...

tak macam org lain, hidup bahagia...

tp..

tp pernahkah langkah itu tersilap?

jika kita yakin pada taqdirnya, redha..dan tawakkal..?

Tuesday, March 16, 2010

tertipu dgn ubat yg sementara

kte ingat bila dah makan panadol tu bole hilang pening2..

rupanya, kejap je kesan dia..malam sakit balik..pastu makan lagi..sakit balik..makan lagi..

haish..lama2, bole jadi barah kroni sebab asyik telan pil je..

tiba2 terfikir..

cmtu agaknya bila kte cuba menggembirakan hati kita dgn benda dunia..

suka ria kat kelab2..tgk movie jela2..maen game 24 jam..haish..

apa yg kite buat ni..

sekejap je rasa gembira tu, tapi rupanya kesan berpanjangan..kita jd kekok nak buat benda2 baik..lupa nak dekatkan diri pada Tuhan..

kita lupa tujuan asal kita..lupa ibadah kita..sebab benda2 ibadah ni 'masin', 'pahit'..susah nak buat..walau solat 5 min...

cmne ni?

Sunday, February 21, 2010

da'i stages atau stages da'i

biasalah...

dalam membiasakan sesuatu perkara, perlukan tingkat-tingkat..atau step by step..

mula dari step satu, kemudian step dua..lama2 jadi biasa..

begitu juga sebagai dai'i..

first step..sebagai da'i..kita mahu mengajak org kembali padaNya..maka pertama mestilah niat itu..Ikhlas..

then, strategi...macam mana cara kita dekati orang..penuh hikmah

seterusnya..

dan seterusnya...

tapi bagaimana kalau kita yang mengstageskan da'i...

label2 kan org...

sudah yakinkah kita akan dijamin tempatnya disyurga...

entah2 org yg kita label...tu yg lambai kita dr syurga...hmm..

wallahu'alam...

Friday, February 12, 2010

Dakwah dusta

Ada sebuah kisah cantik yang dikutip oleh Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan dalam Taujih Ruhiyah-nya. Kisah menarik ini, atau yang semakna dengannya juga termaktub dalam karya agung Ibnul Qayyim Al Jauziyah yang khusus membahas para pencinta dan pemendam rindu, Raudhatul Muhibbin.

Ini kisah tentang seorang gadis yang sebegitu cantiknya. Dialah sang bunga di sebuah kota yang harumnya semerbak hingga negeri-negeri tetangga. Tak banyak yang pernah melihat wajahnya, sedikit yang pernah mendengar suaranya, dan bisa dihitung jari orang yang pernah berurusan dengannya. Dia seorang pemilik kecantikan yang terjaga bagaikan bidadari di taman surga.

Sebagaimana wajarnya, sang gadis juga memendam cinta. Cinta itu tumbuh, anehnya, kepada seorang pemuda yang belum pernah dilihatnya, belum pernah dia dengar suaranya, dan belum tergambar wujudnya dalam benak. Hanya karena kabar. Hanya karena cerita yang beredar. Bahwa pemuda ini tampan bagai Nabi Yusuf zaman ini. Bahwa akhlaqnya suci. Bahwa ilmunya tinggi. Bahwa keshalihannya membuat iri. Bahwa ketaqwaannya telah berulangkali teruji. Namanya kerap muncul dalam pembicaraan dan doa para ibu yang merindukan menantu.

Gadis pujaan itu telah kasmaran sejak didengarnya sang bibi berkisah tentang pemuda idaman. Tetapi begitulah, cinta itu terpisah oleh jarak, terkekang oleh waktu, tersekat oleh rasa asing dan ragu. Hingga hari itu pun tiba. Sang pemuda berkunjung ke kota si gadis untuk sebuah urusan. Dan cinta sang gadis tak lagi bisa menunggu. Ia telah terbakar rindu pada sosok yang bayangannya mengisi ruang hati. Meski tak pasti adakah benar yang ia bayangkan tentang matanya, tentang alisnya, tentang lesung pipitnya, tentang ketegapannya, tentang semuanya. Meski tak pasti apakah cintanya bersambut sama.

Maka ditulisnyalah surat itu, memohon bertemu.

Dan ia mendapat jawaban. ”Ya”, katanya.

Akhirnya mereka bertemu di satu tempat yang disepakati. Berdua saja. Awal-awal tak ada kata. Tapi bayangan masing-masing telah merasuk jauh menembus mata, menghadirkan rasa tak karuan dalam dada. Dan sang gadis yang mendapati bahwa apa yang ia bayangkan tak seberapa dibanding aslinya; kesantunannya, kelembutan suaranya, kegagahan sikapnya. Ia berkeringat dingin. Tapi diberanikannya bicara, karena demikianlah kebiasaan yang ada pada keluarganya.

”Maha Suci Allah”, kata si gadis sambil sekilas kembali memandang, ”Yang telah menganugerahi engkau wajah yang begitu tampan.”

Sang pemuda tersenyum. Ia menundukkan wajahnya. ”Andai saja kau lihat aku”, katanya, ”Sesudah tiga hari dikuburkan. Ketika cacing berpesta membusukkannya. Ketika ulat-ulat bersarang di mata. Ketika hancur wajah menjadi busuk bernanah. Anugerah ini begitu sementara. Janganlah kau tertipu olehnya.”

”Betapa inginnya aku”, kata si gadis, ”Meletakkan jemariku dalam genggaman tanganmu.”

Sang pemuda berkeringat dingin mendengarnya. Ia menjawab sambil tetap menunduk memejamkan mata. ”Tak kurang inginnya aku berbuat lebih dari itu. Tetapi coba bayangkan, kulit kita adalah api neraka; yang satu bagi yang lainnya. Tak berhak saling disentuhkan. Karena di akhirat kelak hanya akan menjadi rasa sakit. dan penyesalan yang tak berkesudahan.”

Si gadis ikut tertunduk. ”Tapi tahukah engkau”, katanya melanjutkan, ”Telah lama aku dilanda rindu, takut, dan sedih. Telah lama aku merindukan saat aku bisa meletakkan kepalaku di dadamu yang berdegub. Agar berkurang beban-beban. Agar Allah menghapus kesempitan dan kesusahan.”

”Jangan lakukan itu kecuali dengan haknya”, kata si pemuda. ”Sungguh kawan-kawan akrab pada hari kiamat satu sama lain akan menjadi seteru. Kecuali mereka yang bertaqwa.”

Kita cukupkan sampai di sini sang kisah. Mari kita dengar komentar Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan tentangnya. ”Apa yang kita pelajari dari kisah ini?”, demikian beliau bertanya. ”Sebuah kisah yang indah. Sarat dengan ’ibrah dan pelajaran. Kita lihat bahwa sang pemuda demikian fasih membimbing si gadis untuk menghayati kesucian dan ketaqwaan kepada Allah.”

”Tapi”, kata beliau memberi catatan. ”Dalam kisah indah ini kita tanpa sadar melupakan satu hal. Bahwa sang pemuda dan gadis melakukan pelanggaran syari’at. Bahwa sang pemuda mencampuradukkan kebenaran dan kebathilan. Bahwa ia meniupkan nafas da’wah dalam atmosfer yang ternoda. Dan dampaknya bisa kita lihat dalam kisah; sang gadis sama sekali tak mengindahkan da’wahnya. Bahkan ia makin berani dalam kata-kata; mengajukan permintaan-permintaan yang makin meninggi tingkat bahayanya dalam pandangan syari’at Allah.”

Ya. Dia sama sekali tak memperhatikan isi kalimat da’wah sang pemuda. Buktinya, kalimatnya makin berani dan menimbulkan syahwat dalam hati. Mula-mula hanya mengagumi wajah. Lalu membayangkan tangan bergandengan, jemarinya menyatu bertautan. Kemudian membayangkan berbaring dalam pelukan. Subhanallah, bagaimana jika percakapan diteruskan tanpa batas waktu?

”Kesalahan itu”, kata Syaikh ’Abdullah Nashih ’Ulwan memungkasi, ”Telah terjadi sejak awal.” Apa itu? ”Mereka berkhalwat! Mereka tak mengindahkan peringatan syari’at dan pesan Sang Nabi tentang hal yang satu ini.”

Ya. Mereka berkhalwat! Bersepi berduaan. Ya. Sang pemuda memang sedang berda’wah. Tapi meminjam istilah salah seorang Akh yang paling saya cintai dalam ’surat cinta’-nya yang masih saya simpan hingga kini, ini adalah ”Da’wah dusta!” Da’wah dusta. Da’wah dusta. Di jalan cinta para pejuang, mari kita hati-hati terhadap jebakan syaithan. Karena yang tampak indah selalu harus diperiksa dengan ukuran kebenaran.

taken from: Jalan Cinta Para Pejuang/Cinta Bersujud Di Mihrab Taat/Selingan Cinta dari Khazanah Lama
by Salim A. Fillah

Sunday, February 7, 2010

perbaharui lagi..

setiap hari..setiap saat jua..
harus kita tajdid (perbaharui) niat kita..

memang..turun dan naik..
ribut dan salji..
namun..kehadiran kitalah yg seharusnya menaikkan semangat mereka utk memacakkan kalimah TAUHID..

ingat..

kita hadir..
utk mengeluarkan manusia dr menjadi hamba sesama manusia..
mengeluarkan manusia dr kesempitan dunia kepada keluasan akhirat..
dari kezaliman Agama kepada keadilan islam (Ibn 'Amir)

maka, bukanlah amanah kita utk menguasai manusia, mengaut keuntungan dari mereka, juga tidak pula utk menghitung usaha pentarbiyahan utk diungkit kelak...

murabbi nya anda dimata manusia, terpilih nya anda dikalangan manusia belum pasti terlihatnya amalan dan usaha anda disisi Allah...

ikhlaskanlah hatimu...

wallahu 'alam...

Tuesday, February 2, 2010

Saturday, January 30, 2010

fruit picking

Alhamdulillah..Sedap!!..fresh dari kebun.

Petik2 apple, nuctarine, peach...terus makan kat situ.

Rezeki

Walaupun semua orang petik dan makan buah yang sama, tapi tak semua dapat yang manis dan sedap.

Bila tidak mendapat buah yang manis, bukan rezeki kita pada waktu itu untuk buah yang kita petik, mungkin buah yg seterusnya, atau seterusnya, atau seterusnya, kerna mungkin buah yang kita petik pada waktu itu jika kita makan, boleh sebabkan penyakit...Allah pasti memberi yang terbaik.

Pastu, buah yang manis dan sedap tu kebanyakannya kat atas, kena usaha panjat utk dptkannya, kita akan dapat lah apa yang kita usahakan..sesuai dengan sunnatllahNya..

Kisah epal


Bila tgk pokok epal, teringat perumpamaan gadis dgn buah epal.

"Jadilah epal yang berada di atas pokok dibahagian yang paling tinggi, terpelihara dan susah dipetik, itulah buah yang paling sedap dan cantik....jangan pula menjadi epal yang sengaja menjatuhkan diri, kerna bila ia jatuh pasti akan menjadi busuk"

buah epal segar dr kebun

Rupa buah

Banyak juga tertipu dgn rupa buah yg kteorg petik tu..

warna dah cantik dah, nampak sedap..tp bila kopek rupanya ada ulat.

ada satu buah tu, buruk dan lembik..tp bila makan tu, masyaAllah..sedapppp

ni buah2 yg kteorg petik!:




NewZealand best!...huhu

Wallahu'alam...(^^)v

Saturday, January 23, 2010

yang pasti..

sungguh!..

kita ini sering berputar cerita, merungut, memikirkan dan membincangkan perkara yang tidak pasti...

keputusan peperiksaan kita..perancangan masa depan kita..perkahwinan kita..perangai mad'u kita..

walhal kita lupa pada satu perkara yang pasti!..

---mati---



buatlah sesuatu kerana Allah, bermujahadahlah, terus sahaja lakukan kebaikan..utk mendapat redhaNya..bertawakkal serta yakinlah pada janjiNya...

Friday, January 22, 2010

Dua karakter da'i

Untuk keberhasilan dakwah, Daie perlu ada dua karakter ini:

Cerdas dan bersih...

Cerdas dari segi akalnya.

Cerdas tahap "brilliant"

Yang mana kita tinggalkan apa yang tidak perlu, tidak mengambil sesuatu dengan berlebihan, tidak juga kurang.

Perlu selari dengan penampilan-daie harus berpenampilan professional

Tidak mewajibkan apa yang disunatkan

Bersih adalah dari sudut hati.


Dengan hati yang bersih, akan lahirnya hikmah

ada satu contoh,

kalau berdakwah dengan cara yang kasar, apa yang akan terjadi pada seorang daie itu?

dikala realiti menolak 'dakwah'?

pasti tiada hasilnya, bahkan boleh dipenjarakan!

janganlah kita menunjukkan tindakan yang buruk, dan ketidak perofessional kita hanya kerana semangat untuk berdakwah, tapi tidak dengan cara yang betul...

hati yang bersih juga penuh dengan kasih sayang.

maka dakwah kita adalah dakwah kasih sayang. secara berukhuwwah gitu..

-bagaimana menyentuh hati (abbas assisi)

Wallahu'alam.

Allah berfirman:"Hai org2 yg beriman,jauhilah kebanyakan dari prasangka(curiga),kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa” [49:12]