Monday, October 4, 2010

ukhuwwah..ukhuwwah..ukhuwwah

Ruh-ruh umpama bala tentera yang hebat. Jika saling mengenali, saling menguatkan. Jika tidak mengenali, mereka berikhtilaf. (Hadith Riwayat Muslim)

-----------------------------------------

kadang2 kita lupa, hidup ni, iman ni, ada turun naik..
niat kita berukhuwwah kerana Allah juga, boleh terhakis...
jika kita tak jaga hak2 ukhuwwah..
jika lupa niat kita lillah, lillah..bukan sekadar sebutan.

kita lupa,barisan ini kedap susunannya bagai batu bata..
rosak satu, petanda akan rosak semua..

masalahnya..perkara2 besar boleh kita selesaikan..
tapi ada perkara lebih besar lagi, yang orang lain tak boleh nampak..
melainkan diri kita dan Pencipta kita..
yang hanya Kita tahu dan harus cari punca, apatah lagi menyelesaikan..

jika batu bata itu jelas retak, engineer, labour boleh baiki...
tapi kalau batu bata itu dimakan anai2 dari dalam..
ada orang boleh nampak tak? apatah lagi untuk bantu membaiki..

itulah dia, masalah HATi..
lama kelamaan boleh menghakis iman..nauzubillah..bila kita mula mempersoalkan kenapa jadi cmtu, kenapa jadi cmni..

apa beza usrah dan geng biasa kita?

[Surah 2: ayat 151]
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.


1.membaca ayat2 kami = learning which makes your soul clean and clear about what?
2. about islam itself..which is everything in the AlQuran + AsSunnah.
3.and what else? other things, everything..moon, sun, perkara2 ghaib.,etc

jika 3 perkara yg dihighlight itu berlaku didalam geng biasa kita,
maka geng biasa kita itulah usrah..
yang insyaAllah meningkatkan iman, membuahkan amal..

tp, jika usrah kita, berlagak dengan banyaknya ilmu dipelajari,
sebut saja hadis, tafsir, hafal sana hafal sini..
tp tidak membuahkan amal, mencerminkan iman...
maka apa beza kita dengan geng lepak2 minum kat kedai kopi?

begitulah juga dgn ukhuwwah..

How?

kita cakap berukhuwwah kerana Allah kan,

ok, dah cuba nasihat sahabat jika perlu?
dah dengar nasihat dari sahabat kita?
tunaikan hak? dari segi hidup bersama..belajar bersama..
dah ajak sama2 buat kebaikan?
tunjuk contoh terbaik tak?..etc..etc..

kita jangan assume sahabat kita tu faham everything tentang kita jika kita tak terangkan..
lepas tu kita simpan je dalam hati kita bila ada benda tak kena..yg kita expect kawan kita patut faham..
lepas tu, apa jadi?
kita makin pendiam..msam muka..lepas tu?
kita mula rasa dia ni tak buat apa yang dia belajar?
lebih dahsat lg, bila kita mula rasa usrah tu langsung tak beri kesan pada dia..

ha..kat situ lah timbulnya lobang besar dalam hati..

say it loud my dear...say it..
how can people know when you dont tell it and pretend nothing happen..
till when?




10 comments:

everlasting said...

jzkillah kak kay2 4 dis sharing,,:))

Anonymous said...

jazakillahu khairan kak atas perkongsian bermakna ini...
mohon untuk copy dan sebar ya??

alKhair said...

everlasting: waiyyaki...tak banyak pun akak share, moga Allah redha

anonymous: oh..huhu..insyaAllah, tp ni ikut kefahaman akak tau..moga Allah merahmati kerja kita walau sedikit..:)

Anonymous said...

shidot!! =) tQ sgt2..u've solved my problem,kebetulan iman tgh cari2 jwpn.skli bkk blog shidot,trus dpt idea.

bihibbiki fillah ;)
-iman-

alKhair said...

iman: alhamdulillah...
jaga iman dan hati baik2 tau..;)
ada rezki nnt kite jumpe..*love*

bazliahrodzi said...

salam kak kk..jazakillah khair atas perkongsian..

slalunye kite tak amik peduli pun pasal perkara2 kecil camni..

baik rawat masalah hati ni cepat2..

kan prevention is better than cure..
dalam medicine kite kena bg vaccine, for prevention and then bila dah sakit baru bagi ubat for cure..bila dah bagi vaccine, barulah body immune dgn infections =)

jadi, kite pun kena bagilah vaccine al-Quran,ibadah, doa dsb utk kite immune terhadap benda2 yg boleh mengganggu hati kita..kalau biar lama2, tak bg vaccine, nanti jadi parah, dah kena infect dgn virus ukhuwah..kan susah..jadi lagi complicated...

apa2 pun, jzkk kak kk =)

Anonymous said...

assalamualaikum kak kk

Bestnye ukhuwaah tu..tapi betul juge tu.. if ade masalah hati, memang susah nak menjaga ukhuwaah..


kak kk,
if kite ade kat situasi macam tu, kawan kite senyap je dan mungkin dia ada masalah personal mcm stress study atau apa-apa, apa tanggungjwab kite ye?

patut ke kite nak blame dia sbb die senyap.. or kite yang sepatutnya tanya dia sendiri apa masalah die?

kadang2 rasa confuse.. dan tak tau nak buat apa...

tapi ada sorg kakak share yang bila kawan kite ada masalah berat, ade tendency untuk die senyap sbb die nak tenangkan diri dan recover balik, so ade tendency besar yang die xkan cakap masalah die juge.. sbb bila cerita. die akan sedih..

dan kakak ni bagitau, kita yang kena bertanya sendiri, sbb skrg ni yang zhon tu sebenarnya diri kita...

WE should solve the problem by asking her if WE PERSONALLY think thats the problem. mybe die xfikir tu masalah, sbb die mmg xnampak tu masalah mcm yg kak kk cakap.

ini menurut kakak tu la.

wallahualam.

alKhair said...

waalaikumussalam..:)

betul tu..memang susah nak menjaga ukhuwwah.:) sebab tu lah ukhuwwah bermakna sebab susah nak dapat..tapi, hakikatnya, kasih sayang terputik itu juga dari Allah, hak Allah..kita hanya mampu berusaha sahaja..

macammane?..
tak dinafikan, manusia tu kadang2 memerlukan masa bersendirian, berfikir..

Rasulullah juga bersendirian di gua hira, kemudian datanglah wahyu. apa perasaan rasulullah ketika berjumpa dgn malaikat Jibril?

Resah, takut, gelisah, gementar. Boleh nampak dari raut wajah dan tindakan Baginda saw.

Disinilah datang peranan Saidatina Khadijah, bukan sahaja sebagai isteri ttp sebagai kawan baik Rasulullah. Apa yg saidatina khadijah lakukan apabila terlihat baginda berkeadaan begitu?

Saidatina Khadijah menenangkan Nabi dengan katanya: “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Yang diperlukan oleh sahabat kita, kadang2 bukan pertanyaan, tapi kata2 semangat, atau kadang2 keberadaan kita disisinya, walau kita tak sebut sepatah kata pun.

Juga kadang2 hanya sangkaan kita je dia bermasalah, tapi sahabat kita tu tak menganggap ia sebagai satu masalah sebab dia tahu dia kuat utk atasinya, dia tak mahu susahkan kita, atau dia malas nak fikir2 sgt.

Tapi, peranan kita lah utk bina hbungan tu dgn dia, supaya tak ada sangka2 tu, buat air kopi ke utk dia, tak pun saje pillow talk ngan dia, insyaAllah, dia cuma memrlukan masa utk tautan hati..=).and the rest will be easy.

akak selesa cerita dgn rumate akak sebab akak dah rapat ngan dia, walaupun sebelum ni akak seorang yg pemendam.;)

Tapi yang paling penting, hubungan kita dgn Allah, kerna hati yang basah dgn cintaNya, pasti boleh melunakkan hati manusia lain utk saling bercinta kernaNya..insyaAllah..:)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling berkasih sayang kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.” (Riwayat Muslim)

Wallahua'lam.

err..membantu tak?..:D

Anonymous said...

Waalaikumsalam..

kk...

Tapi bukan semua orang yang mahu ada orang bersamanya bila dia sedang diuji dengan masalah.. ada jenis manusia yang dia lebih selesa bersendirian dan menyelsaikan masalahya..

dan kita tak boleh juga nak pukul sama rata pada semua orang,, disinilah adanya sikap saling menghormati dan berbaik sangka sesama akhawat..

if kita nampak sahabat kita tu ada masalah.. then kita takut kita bersangka dengan dia...why not just kita yang tanya dia..samaada dia ok atau tak..ada masalah atau tak dengan kita..

sbb masalah ukhuwah ini terjadi apabila banyak sangkaan lebih2 lagi ketika sahabat ada masalah...

sedangkan sahabat itu tak ada pun masalah dengan kita.. dia mungkin ada masalah dengan yang lain. dan kita pula nampak dia ada masalah dengan kita.

bila jadi begini.. maka susahlah. mungkin sebab itu adik anynomous tu mencadangkan supaya bertanya, if xnak bersangka

harapnye membantu kk menyelesaikan masalah hati kk dan menjernihkan ukhuwaah sesama akhawat di bumi kiwi

maaf jika ada salah dan silap.

wallahualam.

-yang memerhati dari jauh-

alKhair said...

Waalaikumussalam..

Betul tu akak anonymous yg memerhati dr jauh..:)

sebab bila bersangka2, hati sendiri yg penat, syaitan tambah2 hasut, lagi bertambah penat, akhirnya leh efek ibadah, if teruk, efek aqidah..when it turns to sangka diri je betul and tak terima org lain..bahaya

tp prevention utk tidak bersangka ini sgt memerlukan mujahadah, sbb bersangka itu antara hati ke hati..tercetusnya sangkaan itu sbb tak tercermin org yg disangka itu dr apa yg dia lakukan sdgkan hakikatnya, hati dia baik..

sebab tula Allah pesan, tak payah sangka2 ni, dosa je, rosakkan hati, rosakkan ibadah, lagipun buat apa kita sibuk2 benda yang kita tak tahu, biarlah Allah sahaja yg menentukan, kerna Allah lebih tahu..

Akhirnya...jangan bersangka dgn org lain tanpa kebenaran dan haq, tapi terimalah sangkaan org lain terhadap kita dan fikirkan kenapa dia boleh sangka begitu, muhasabah utk perbaiki diri kita sendiri agar bermanfaat kpd org lain dan bukan menjadi beban..:)

wallahu'alam~