Wednesday, April 29, 2009

Jangan leraikan ikatan.Pautlah! Cantumkanlah!

"Ahh...markah test aku ni tak sehebat kau..Malaslah aku nak belajar!!" kata si A.

"Ha tulah kau, aku dah kata kena study..study..study..bukan bukak internet je 24 jam..bla..bla..bla" kata si B

Berlalulah si A tanpa menoleh kepada temannya yang sedang berleter dengan perasaan marah dan geram...

Peristiwa yang acapkali berlaku dikalangan kita...

Mengapa perlu menambahkan bara pada api yang menyala. Kenapa makin bertambah ilmu kita makin kita tidak faham.. bahasa yang dituturkan oleh sahabat2 kita.

Kan lebih baik jika...

"eh..apa pulak..tak kurangnya kau dengan aku..cuma kena usaha sikit je lagi..lain kali kita study sama2 ye..aku tolong kau mana yang perlu..kau pun tolonglah aku mana yang perlu ye.." kata si B

"InsyaAllah"..kata si A sambil tersenyum

ringkas..mudah..dan menenangkan. Sahabat kita itu cuma mahukan kata2 semangat, daya perangsang untuk kembali berjuang, bukannya syarahan panjang lebar tanpa makna yang akhirnya membawa kebencian dan permusuhan..sahabat itu cuma mahu rasa teman seperjuangan disisi.

Dengar dengan hati dan mata, bukan dengan telinga semata-mata!

Kita kata kita ini bersaudara, tapi seringkali kita tidak menjaga mahupun menunjukkan diri ini bersaudara, lebih2 sebagai muslim. Lihat sahaja pengorbanan sahabat2 Baginda suatu masa dahulu, bagaimana Saidina Abu Bakar sanggup menahan bisa ular ketika menemani Rasulullah bersembunyi. Kita ini macammana?..layakkah mengaku umatnya jika ukhwah yang kecil ini pun sukar utk dijaga? moga diri ini sentiasa beringat....

[49 : 10] Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.



Penyakit hati

Ujub..penyakit hati yang kadang2 kita tidak perasan ada pada diri kita. Merasa diri lebih cukup, lebih bagus berbanding orang lain. Ianya akan merosakkan ukhwah kerna akan menghasilkan perasaan dengki dan tidak senang akan kelebihan yang ada pada orang lain. Kan lebih tenang jiwa ini bila kita lihat apa yang ada pada diri kita yang perlu diberi untuk mencukupkan keperluan orang lain. Biarlah diri ini berkorban walau saudaramu tidak mengetahui. Biarlah hanya Allah yang membalasnya.

"Berilah sebanyak-banyaknya bukan terima sebanyak-banyaknya"


Bersangka buruk

Jauhilah penyakit hati ini agar jiwa kita tidak membusuk dengan sangkaan2 dari bisikan2 syaitan yang memang mahukan permusuhan.

[49:11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

[49:12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.



Ego

Tidak dinafikan kadang2 ego lebih mengatasi diri dalam sesebuah perhubungan. Tapi, apa salahnya jika kita buang ego itu jauh2 dengan mudah memaafkan kesalahan orang. "What past is past, let bygone be bygone". Akan jatuhkah maruah seseorang pabila egonya tercabar? Ego itu perlu tapi pada keadaan tertentu.. Jika ada seseorang yang menegur kesalahan kamu untuk kebaikan kamu, ambillah masa untuk berfikir, bukan terus melantangkan suara menolak kerna mungkin itulah satu2nya masa Allah membuka pintu hidayah untukmu..tiada peluang kedua, atau peluang ketiga.


Lihatlah pada Islam bukan pada muslim

Teguran yang datang pada orang yang tidak menampakkan ciri2 keIslamannya tidak semestinya tidak betul. Mungkin dia lebih baik daripada diri kita dimasa akan datang. Ambillah apa yang ditegur..Bukan sifat2 org menegur.

Hakikatnya pengetahuan itu seharusnya datang dengan amalan. Orang yang dihormati lebih mudah dituruti ajarannya. Berdakwahlah dengan penuh hikmah.


Kasih sayang

Kasih sayang itu bukan bermusim. Bukan macam buku algebra mahupun buku campbell yang hanya dibuka bila exam. Kasih sayang itu ibarat tangan yang dihulurkan utk membantu tangan yang lain. Kasih sayang itu ibarat cas2 elektrik yang menjadikan orang yang menerima cas2 itu bersemangat dan tabah dalam mengharungi kehidupan, kerna punyai sahabat disisi. Jadilah tangan yg menghulurkan..jadilah cas2 yang mencetuskan ketenangan. Bila individu muslim itu penuh kasih sayang, Islam ini dinampakkan lebih indah dimata dunia, mudahlah untuk mereka menerima.


Hidup akan lebih bermakna dengan tautan ukhwah yang dibina selamanya...InsyaAllah.
Jangan leraikan ikatan.Pautlah! Cantumkanlah! Kerna lidi yang sebatang mudah dipatahkan, lidi segenggam bina kekuatan. Kertas sehelai mudah dicarik, kertas "sebundle" keras bak besi. Hati yang kosong tanpa kasih sayang mudah dibisik tiupan palsu yang indah dari syaitan, hati yang bercahaya, mampu menyinari dunia mahupun teman2 disisinya.

Wallahu'alam...

~Hargailah sahabat2 anda didunia ini kerna mungkin di alam yang abadi kelak merekalah yang menghulurkan tangan menyambutmu ke Syurga..InsyaAllah~

~LOVE YOU GUYS A LOTTT~

2 comments:

safiyyah said...

Love u too.. =)

Thanks kay2 untuk post2 yg menginsafkan...banyak ilmu kite dapat dari sini...

Keep it up!

alKhair said...

Love u too Hana...

Jaga diri tau disana...(^^)

trimas!!