Tatkala minggu yang sibuk dengan segala macam 'test'..math 250, math 162, stat 125...dan segala macam 'assignment' yg perlu dihantar , tiba2 diri ini teringatkan kematian (memang seharusnya kita ingat mati selalu) yang akan datang pada bila2 masa.
Andai aku bersungguh2 dlm pelajaran ini dlm kemurkaanmu...(nauzubillah)...dimana belajar menjadi utama dari solat, belajar menjadi utama dari membaca alquran, belajar lebih utamalah dari segala2 jln kearah mu....aku lupakah segala-galanya adalah milikMU?...apakah yg akan mampu ku jawab jika mati sebaik sahaja habis jawab soalan esok hari, takpun sebelum masuk pintu dewan peperiksaan.
Apakah nilai kepandaian dan kesungguhan ku ini mampu membayar pahala dan rahmat MU
utk mendapat syurgaMU kelak.
Apakah segulung ijazah ini yang aku impikan utk ditukar dgn syurgaMU kelak?
Aduhai, diriku yang alpa ini...bersungguh-sungguhlah dalam mendapat redhaNya...bukan hanya pabila susah, meminta...senang, dilupa....Bukankah Allah yang jadikan segalanya?.
Belajar lah dgn niat kerana Allah, belajarlah dgn matlamat utk memperjuangkan agamaNya, belajarlah dgn bersungguh-sungguh, teratur, seimbang masa itu utk akhirat dan dunia. InsyaAllah, biarpun kejayaan belum diraih, tp usaha yg memuaskan sudah cukup utk membuktikan cintaNya. Bersyukurlah dan ketahuilah masih ramai diluar sana yg tidak berpelajaran. Bersyukurlah kerna kau masih punyai peluang utk mendapatkan ilmu ini. Jangan rasa jemu.
~Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita.~
3 comments:
'Aduhai, diriku yang alpa ini...bersungguh-sungguhlah dalam mendapat redhaNya...bukan hanya pabila susah, meminta...senang, dilupa....Bukankah Allah yang jadikan segalanya?'
ayat ini utk zati juga.. sng meminta bila susah.. kurang bersyukur bila diberi nikmat...
moga iman terpelihara!
sgt mangingatkan. thanx kk!!
berusaha duhai adik!
" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "[2:186]
all the best
kak fadhi =)
Post a Comment