Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Orang yang pandai ialah orang yang mahu menilai nafsunya dan beramal untuk bekal kehidupan sesudah mati. Dan orang yang lemah ialah orang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah (dengan angan-angan yang sia-sia)”.
Riwayat Imam Ahmad
Berdasarkan hadis diatas:
Tips menjadi orang yang pandai:
1. Kunci utama: menilai nafsu, sentiasa bermuhasabah diri memikirkan perkara2 yang telah dilakukan dan menilai sejauh mana amalan itu memberi kebaikan dalam mencapai matlamat.
“Lakukanlah muhasabah pada dirimu sendiri sebelum kamu semua dihisab (diperhitungkan amalanmu di akhirat nanti ). Juga letakkanlah dirimu di atas neraca yakni ditimbang amalannya, sebelum kamu semua diletakkan di atas neraca (di akhirat)”.[Saidina Umar r.a]
2.Kunci kedua: beramal utk bekal sesudah mati , sebaik sahaja kita menilai, kita perlulah bertindak segera memperbaiki dan menyusun tindakan selanjutnya dalam mencapai kejayaan dunia, mahupun akhirat. "Action after evaluation", muhasabah sahaja tanpa batu penggerak kearah lebih berusaha adalah tiada makna.
Jauhi sifat orang yang lemah:
1.mengikuti hawa nafsu: ikut sahaja apa kata nafsu tanpa ada perancangan khusus, matlamat, tidak berusaha lebih dan lebih, mudah berputus asa...
2.berangan2 terhadap Allah: lemah untuk mentaati perintah Allah, tidak meminta ampunan daripada Allah dan sentiasa berangan2 Allah akan mengampuni dosa2nya, maka ia akan sering melakukan perkara yang sia2.
Wallahua'lam...
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(Surah As-Saff, Ayat 2-3)
Orang akan rosak kecuali yang berilmu. Orang yang berilmu akan rosak kecuali orang yang beramal/bekerja. Orang yang beramal/bekerja pun akan rosak kecuali orang yang ikhlas.
(Al-Ghazali)
sumber rujukan: AlQuran, Hadis.
-http://jihadtegakislam.blogspot.com/2008/09/makna-muhasabah-siri-1.html
No comments:
Post a Comment