Friday, April 17, 2009

MenCARI atau MenJADI?

"susah nak cari kawan yang betul2 faham agama untuk membimbing kita semua", kata seorang sahabat.

"saya tahu, saya bukan seperti rasul, jadi saya tak rasa saya perlu berdakwah, cukuplah ustaz ustazah kat luar tu, mereka lebih faham agama, cari sahaja mereka", tegas Mawaddah.

"aku nak cari orang yang boleh buat kerja2 dakwah ni, siapa yang kau rasa?, aku ni tak faham sangat gerak kerja daie ni, bahagian biasa2 aku mampulah", tanya seorang ahli jemaah.

"aku ni banyak lagi tak tahu, tak mahulah aku jadi naqibah, cari je lah orang lain, ramai lagi kat luar sana tu", kata Aminah.


Dikala kita mencari-cari mereka yang mahu dan mampu menegakkan agama Allah...mudahkah untuk kita mendapatkannya?

Dikala kita mencari-cari mereka yang mampu mengembalikan kemenangan umat Islam...sampai bilakah?..sampai Palestin hancur semua?...sampai manusia kian lupa?

Kalau semua sibuk mencari, siapa yang akan mengambil tempat orang yang dicari itu?...

Andai itu yang berlaku, maka tidak akan bermulalah segala usaha2 dakwah dan tarbiyah yang ditegakkan oleh Rasullallah suatu masa dahulu.

Bukankah kemenangan ini mudah dicapai jika semua berusaha untuk menjadi....menjadi penegak, penggerak dan pencetus bagi mengembalikan segala yang kita miliki suatu masa dahulu?..

[13:11]...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

"maaf, aku tak mampu"...

Tidak!!.. hakikatnya semua mampu...mampu mengikut kemampuan yang ada pada diri..kerna semuanya punyai kelebihan tersendiri. Setiap individu akan mencukupi individu yang lain. Yang kuat akan bantu yang lemah. Yang mahir bantulah yang kurang mahir. Nabi Harun membantu Nabi Musa dalam gerak kerja dakwah dengan kelancaran tutur bicara yang ada padanya.

Andai kita tidak tahu..hayatilah Al-Quran, tanyalah pada yang lebih berilmu. Supaya kita lebih memahami tentang hakikat Islam sebagai cara hidup.

Andai kita sudah faham...ajarlah dan ajaklah mereka yang kurang faham bagi membentuk jemaah yang lebih mengukuhkan keberanian kita, mempersiapkan diri sebagai seorang pejuang.

Andai telah terbentuknya individu2, keluarga, pemerintahan...hinggalah ummatul wahidah (ummat Islam yg BERSATU)...tatkala ini telah berlaku, maka mudahlah untuk mencapai kemenangan Islam.InsyaAllah.

Makanya, jika semua berusaha menJADI, tiada lagilah yang dicari-cari.


Wallahua'lam...

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(Surah As-Saff, Ayat 2-3)

Orang akan rosak kecuali yang berilmu. Orang yang berilmu akan rosak kecuali orang yang beramal/bekerja. Orang yang beramal/bekerja pun akan rosak kecuali orang yang ikhlas.
(Al-Ghazali)

~promosi buku iluvislam....~

No comments: