Saidatina Fatimah teramatlah rapat dengan ayahnya, Baginda Rasulullah S.A.W.
sampai ketika baginda menceritakan wahyu kewafatan baginda pada Fatimah, dia menangis teresak2.
Rasulullah pun pujuk.
"Jangan risau wahai Fatimah, kamulah yang akan menyusul selepas kematianku"
dan benar, Fatimah ahli keluarga nabi yang pertama meninggal setelah Nabi wafat.
Banyak lagi cerita tentang betapa rapatnya anak dan ayah.
Paling saya suka
ketika perkahwinan Fatimah dengan Saidina Ali.
Ali duduk jauh tempatnya dari rumah Nabi.
Masa mula2 Ali bawa Fatimah balik ke rumahnya.
Fatimah menangis. berhari2.
Ali tak perasan.
Lama lepas tu baru Ali nampak muka Fatimah murung je.
Baru Ali sedar, Fatimah kan rapat ngan Nabi entah2 dia rindu ayahnya.
Maka Ali senyap2 jumpa kawan dia.
Bincang untuk tukar rumah.
Ali pun beritahu Fatimah nak pindah rumah.
Tengok2 rumah yang baru tu sebelah je rumah Nabi.
Gembira tak terhingga Fatimah.
Sweet sangat!
1. Sahabat yang sanggup tukar rumah dengan Ali walaupun dia tahu Ali punya rumah tiada apa2.
2.Ali memahami dan menghormati isteri.
3. Fatimah tidak melenting, marah2 mahupun memberontak lari diri dari rumah.
Oh, sangat jauh nak jadi macam mereka.
Bahagia.
Tapi itu jalan cinta mereka.
Jalan cinta kita?
selalu menemui kebuntuan.
No comments:
Post a Comment