Thursday, May 10, 2012

Mungkin kerana aku

Penuh bunga-bunga ditaman

Dipetik sekuntum, bila dicium, tiada haruman

umpama minyak wangi yang tiada bauan

Pelangi berubah warna asalnya


menjadi hitam tiada bermaya

tatkala senyuman

hanya membawa gambaran kepahitan

Manisan ditelan

namun tiada apa yang dirasakan

di hujung lidah mahupun di anak tekak

apa sudah terjadi

dunia kini sepi

namun mereka disekelilingku

bergelak tawa riang gembira

saling memberi dan menerima


apakah beza mata ku dan mata mereka


degup jantung yang kian lemah

mengapa semuanya dititip resah


hakikatnya

tidak mampu kukira rahmat Tuhan


mungkin hanya kerana

aku

masih tidak mengerti apa itu bahagia

mungkin hanya kerana

aku

yang tiada cinta



No comments: