dalam tv. pelakon2 handal.hero heroin. semua minum arak.
iklan2 rokok. kacak dan menawan.
talent? banyak. got talent. idol. mania. raja lawak.
gadis2 seksi. top model. top show.
riba. bawa pulangan yang lumayan.
semua.
dipaparkan untuk apa?
to shape us!
dari bayi hingga ke tua.
cuba tgk super hero kecik2. hero kena banyak pompuan keliling. otot six pack. pakai baju nampak urat.
heroin. seksi2. baju kena belah. supaya nampak kulit kilat2 bubuh wax.
dekat sekolah. heboh.
boifren. gurlfren.
wajib ada! tade jadi loser.
Besar kan peranan tamadun?
Besar lagi peranan orang yang pegang tamadun.
supaya manusia ada satu pemikiran yang sama.
minum arak itu macho.
seksi itu bagus.
rokok itu ukhuwwah.
riba itu menguntungkan.
bakat harus ditonjolkan tanpa hiraukan perkara lain.
sains itu masyuk. agama itu kena sekular.
sehingga kabur mana halal mana haram.
cara tak halal tak kesah. asal matlamat halal.
jadi jangan lah heran
jika islam di bawa kembali dalam kehidupan
orang yang kita bawa itu rebel. tak mahu percaya. tak mahu faham.
sebab kita bukan nak suruh dia percaya itu halal ini haram.
itu boleh ini tak boleh
tapi nak membawa kembali percaya pada yang Esa.
percaya dengan peraturan2 yang Dia beri untuk keuntungan kita.
jangan lah juga heran.
jika perlu berkali2 kita sebut tentang jahiliyah.
pada yang mula kenal islam hingga yang dah jadi super murabbi.
jangan heran.
banyak hujah dan dalil diberikan untuk menghalalkan jahiliyyah.
takkan lah dengan jahiliyyah yang dah bertapak di hati sejak kecik.
kita mengalah untuk tidak teruskan usrah.
sebab adik2 usrah tak faham. tak tahu. malas.
takkan kita nak mengalah menyeru kepada kebaikan dan membantah kejahatan
hanya kerana kita baru buat usrah seciput
kita expect adik2 terus jadi malaikat. terus nak jadi baik tahap super saiya.
jika jahiliyyah dah diproses selama 20 tahun
maka sebanyak itulah kite kena proseskan tarbiyyah.
lama kan?
yela. otak dah hitam. cuci klorox seminit tak hilang. ye tak?
sebab itu kite perlukan strategi.
nak tahu macammane?
kenalah ikut ISK. fully ISK.
Hah. Apa ISK tu?
INI SANGAT KOOL.
No comments:
Post a Comment