"Jangan nak tunjuk bagus"
"Bugdet je kau ni, kau pun sama"
Pernah hadapi statement berani mati ini setelah mengajak seseorang melakukan kebaikan?
Jangan bersedih sangat.
Kerana cemohan seperti ini jugalah yang dihadapi oleh Nabi Lut.
"Usirlah Lut dan pengikutnya dari kota ini, sesungguhnya mereka adalah orang2 yang BERPURA2 MENSUCIKAN DIRI" - Surah AlA'raf ayat 82.
See.
Sampai kena usir Nabi Lut.
Kita takat kena maki hamun tu kira sikit je tu.
Takde kena buang daerah ,tak pun negara lagi.
Memang setiap dari kita ada kesalahan masing2.
Habis tu.
Takkan nak tunggu semua jadi malaikat baru nak buat tugas manusia.
iaitu Mengajak yang baik, mencegah yang mungkar?
Takkan nak tunggu masa kat padang mahsyar:
"kaulah ni tak ajar aku, kau kan ustaz"
"kaulah ni asyik marah aku, takutla aku nak ajar"
"kaulah ni duduk je masa kiteorang gaduh, tak buat ape, kau takkan terlepas walau diam"
Bergaduh tak abes masa perbicaraan.
Abes satu umat masuk neraka sebab tak buat tugas manusia yang Allah beri.
Nauzubillah.
Tapi,
sebelum nak ajak orang buat baik,
kena lah sama2 buat apa yang diajak tu.
Maka secara tak langsung kebaikan itu akan hapuskan kesalahan yang lama.
Sebagaimana Allah berfirman:
"Orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang2 itu Allah gantikan kejahatan mereka dengan kebaikan, dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" AlFurqan ayat 70
Beri peringatan saje tidak cukup.
Harus disertakan dengan beramal degan peringatan itu.
Barulah dapat elak maki hamun.
Ye tak?
Wallahu'alam
Beri peringatan saje tidak cukup.
Harus disertakan dengan beramal degan peringatan itu.
Barulah dapat elak maki hamun.
Ye tak?
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment