Sunday, May 31, 2009

H.E.L.P

~bila rindu meragut jiwa,
bila dendam lenyap membara,
bila resah memakan masa,
satu persatu dibuat tidak lg dirasakan bermakna,
Oh Tuhan, izinkanku berjumpa dgnMu walau seketika,
walau diri ini penuh noda,
maafkanlah diriku ini yg serba hina...~


Suka berfikir apa yg org lain fikir dan berfikir semula apa yg difikir itu.

Seringkali apa yang difikir itu dihiasi hiasan2 syaitan agar menjadi sangkaan yg menyebabkan penyakit hati, seterusnya mengawal tingkah laku kita untuk ego dlm setiap kurniaan Ilahi.

Pening...

maaf, andai kewujudan ruhku didunia ini memberi kezaliman pd ruh kalian melalui jasad yg serba lemah ini, yg x mampu bergerak tanpa izinNya, yg sering lupe menunaikan hak yg sepatutnya, maaf..cuma mengimpi agar kumampu bawa terbang bersama....



Bagaimana mahu diungkapkan dgn kata2, segala yg ada dlm hati ini..

kelu lidah membisu,

sepatutnya daie x boleh begitu, perlu tahu menerangkan pada orang lain..perlu berhikmah, perlu cuba dan terus cuba...perlu kebal walau dihina..

oh, tp bagaimana?

MySpace
~mode: please don't blame me everything not satisfied...but teach me how..and how to improve it..U said that we r ONE, rite?~

Thursday, May 21, 2009

Bertempat...



Khamis.

Naek 'free bus' ke britomart. Banyak keperluan perlu dibeli.

suhu = 8 degree....sejuk..dingin..mcm dlm peti ais...maklumlah, x biase, negeri org..

cepat2 berlari masuk dlm 'warehouse' supermarket.

Wah, berhaba sungguh...

Teringat di Malaysia, terbalik...

Suhu diluar bangunan tinggi, panas. Tp kalau dlm supermarket, semuanya berhawa dingin.

Sekilas diri ini terfikir,

Bijak sungguh manusia ini..(dengan izin Allah)

Bina keadaan pada tempat yg sesuai...

Kerna suhu persekitaran tidak boleh diubah, mereka cuba ubah suhu didalam bangunan...mengikut sempadan geografi masing2...

Luar panas, sejukkan didalam...dan sebaliknya...

Cuba jika di luar sejuk, katalah tym ni winter, dalam supermarket pun kita duk letak aircond juge....mesti tade org dtg...frozen bite dibuatnye...

PAtutnya....
Samalah juge dlm berdakwah ni...

Katakanlah ada si A dan si B ni...kita nak beritahu mereka mengenai aurat....

si A ni dah agak faham tentang islam...manakala si B pula baru berjinak2 mendalami islam...

kita pula terangkan pada si A, maksud aurat: aurat ialah semua kecuali muka dan tapak tangan...

manakala pada si B pula, kita sebut...kita ni org islam, kena tutup aurat, kena jaga pergaulan, xleh couple ni, HARAM!!!...

sudah tentu dua2 akan lari,

pada si A, kita dianggap terlalu lambat, lebih baek dia brusaha memahami islam itu sendiri dari mendengar drpd kita...

pada si B pula, kita dianggap terlalu laju, si B akan berasa terbeban dgn islam kerna ketidaknampakannya terhadap kepentingan menutup aurat itu...lantas si B langsung x mahu menutup aurat...

jd, samalah macam suhu td..

sebagai daie...kita perlu berdakwah dgn berhikmah..

penerangan utk kedua2nya adalah berbeza mengikut sudut fahaman masing2...

pada si A, kita crita bab seterusnya, macammana nak mengajak org laen menutup aurat...

pada si B pula, kita cerita dari A hingga Z..dari apa itu aurat, mengapa, dan bagaimana..

jgn terlalu laju...atau terlalu lambat...

setiap individu punyai pendekatan yg berbeza.....

Gunakanlah pendekatan yg sesuai dalam kita cuba memberi kefahaman islam itu...

Wallahua'lam...

~erk..keluar dari warehouse...sejuk menggigil...MySpace~

Wednesday, May 20, 2009

~Analogi Bola Besi~


~Bismillahirrahmanirrahim~

Pernahkah antum sume dengar tentang analogi bola besi?

Ingin dikongsikan bersama, InsyaAllah...

Terdapat 2 bola besi yang dimaksudkan di sini:

1.BOLA BESI MUSLIM
2.BOLA BESI KAFIR

Secara Generalnya:

Bola besi ini terdiri daripada 3 lapisan, iaitu

lapisan paling dalam yang mewakili AQIDAH.

Lapisan kedua terdiri daripada hati, emosi dan perasaan,

lapisan ketiga atau yang paling luar mewakili pemakaian, perilaku, tutur kata, hobi dan akhlak luaran seseorang.


Bukankah sifat bagi besi adalah senang melebur? Oleh itu, sekiranya lapisan paling dalam yakni Aqidah difahami oleh setiap individu dengan sebenar-benarnya, ia akan melebur dan menembusi lapisan kedua, yang mewakili hati dan perasaan manusia.Apabila lapisan kedua juga melebur dan ditembusi, maka secara automatiknya lapisan ketiga akan ditembusi dan mempengaruhi hobi, cita-cita, akhlak dan luaran setiap insan.



Justeru, daripada teori bola besi ni, dapatlah kita conclude kat cni bahawa untuk melahirkan insan yang benar-benar mengamalkan kehidupan seorang Muslim sejati,aqidah perlu diyakini, dihadam dan difahami dengan sebenar-benar kefahaman.

Aqidah seorang muslim bukan sekadar dihafal dan diungkapkan di mulut semata-mata, tapi kita mahukan apa yang terbit dari jasad kita didasarkan daripada aqidah yang benar!

Setiap daripada kita mempunyai bola besi masing-masing, bahkan orang kafir juga mempunyai aqidah bola besi mereka sendiri. Dan entah mana silapnya, bola besi kafir walaupun takat leburnya sama saja dengan bola besi muslim, namun ia lebih mempengaruhi lapisan luarnya, jika dibandingkan dengan muslim.

Sedangkan aqidah masyarakat muslim zaman ini tidak menembusi dan mempengaruhi lapisan kedua dan ketiga.

Sebagai contoh,aqidah orang kafir memang berbeza. Muslim percayakan kewujudan dan keesaan Allah, sedangkan orang kafir tidak.Namun jika dilihat sekarang, ramai Muslim terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir, sama ada sedar mahupun tidak, dari segi pemikiran mahupun gaya hidup.


Lihat saja muslim zaman ini, kalau disemak lapisan keduanya, perasaan dan emosi mereka sama saja seperti orang kafir. Jika hati si kafir hanya bersangkut-paut dengan cintan-cintun sbg pasangan kekasih, muslim pun sama saja.

Malahan bagi remaja muslim zmn skrg, ber-couple adalah trend, dan sesiapa yang tidak ada pasangan, dianggap tidak laku, kolot, dan seumpamanya. Meskipun couple itu dilarang dalam Islam.Feeling n emotian muslim dan kafir juga tiada beza, hanya jiwang2, romantik, menangis tgk cerita hindustan n korea dll.Jika kafir tiada perasaan sensitiviti terhadap umat Islam Palestin cthnya, muslim pun sama saja.



Bahkan ada yang tidak pasti antara Israel dgn Palestin siapa lagi baik.

Geleng kepala dibuatnya.Betapa gejala aku-tidak-pedulisme sgtlah berjaya diterapkan dalam jiwa muslim di Malaysia terutamanya golongan muda.

Kita go through the 3rd layer of the bola besi, yang mewakili sikap luaran dan kesukaan manusia.Sama saja, akhlak kebanyakan muslim tidak melambangkan langsung bahawa dia beraqidah seorang muslim, bahkan kadangkala lebih teruk drpd si kafir. Hobi muslim dan kafir juga sama.

Kalau skinhead or blackmetal terkinja2 sambil dgr lagu heavyrock n so on, 'islam' pun same saja. Kalau tak ke gig, mereka pergi konsert underground,tak pun konsert avril lavigne atau inul,kalau yang kunun baek sikit tu, tgk final AF or konsert sureheboh pun jadilah.

Hedonism (kesenangan dan hiburan) berleluasa.

"Dan hidup di dunia ini hanyalah permainan dan gurau senda, sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang2 yang bertaqwa.."[6:32]

Jadi, kenapa kita sama saja dgn mereka, sedangkan aqidah kita dgn mereka sama sekali tidak serupa?

Semuanya sepatutnya berlandaskan aqidah yang difahami dgn sebenar-benar kefahaman!

Orang kafir-normal
Muslim-abnormal

Kenapa saya ckp begitu?

Sebabnya, normallah orang kafir berperasaan mcm tu, hobi n perilaku mcm tu, sbb ia adalah buah daripada aqidah mereka yang memang dah fasad. dah rosak.

Tapi kenapa org Islam yang aqidah mereka dah sah2 betul, tapi tidak mempengaruhi dan menembusi lapisan2 luar bola besi mereka. Abnormal lah kalau mcm tu.

apa yang dapat disimpulkan disini..

orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim.


..yang dikesali,

lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir.

..pointnya disini,

Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi mereka….

Adakah saya berkata begini kerana aqidah bola besi saya sudah melebur dengan hebatnya? Tentu sekali tidak!


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya
[61:2-3]


Saya juga sama seperti antum, masih memeriksa Bola Besi saya sendiri.Masih dalam proses untuk meleburkan lapisan aqidah terdalam supaya dapat menembusi lapisan kedua dan ketiga.and we shud remember dat this is a long n continuous process.Dan bukannya boleh dinikmati hasilnya dalam sebulan dua sahaja.Proses apa,tentulah proses TARBIYYAH.

Saya percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya.tidak kira siapa pun kita..sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar.cuma, kita perlu berusaha ke arah itu,carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu.InshaAllah….


Wallahua'alam


copyright-----http://wardahzinnirah.blogspot.com/search/label/makanan%20ruhi

Friday, May 15, 2009

Oh..mengapa Malaysia hari ini..


Kenapa Malaysia hari ini
Kenapa jadi begini


Mengapa Oh mengapa..

Andai pemimpin melangkah lesu
Hanya berlawan kata2 tanpa tindakan yang jitu
Bagaimana mahu bersatu?
dalam mendidik rakyat beribu?

Mengapa Oh mengapa

Mana hilangnya kematangan
Mana hilangnya ketajaman akal fikiran
Mana hilangnya keamanan
Mana hilangnya dasar2 kesatuan

Mengapa Oh mengapa

Anak2 muda ramai yg masih berpeleseran
Perpecahan kaum semakin terkesan
semuanya kerna, perkara kecil dipentingkan
perkara yg lebih besar diabaikan

Mengapa oh mengapa

Bukan utk menambahkan bara api
Cuma sedih memikirkan nasib negara tercinta ini
Kerna dulu aman makmur cerminkan peribadi
dimata dunia di sana dan di sini

tp kini...

tepuklah dada tanyalah diri...

Wahai rakyat2 Malaysia
Jgn goyah, jgn rebah
jgn kembali ke zaman penjajah
jgn sekali-kali berpecah

bangkitlah, anak muda
sedarlah yg tua
hidup ini sementara cuma
jgn biar negara huru-hara

pertahankanlah negara tercinta
agar tidak ditanya generasi mendatang
mengapa negara telah hilang

oh malaysia

~Selamat Hari Guru~

p/s: ada anak murid ummi buat poster untk ummi..(^^)...comeyll!!


Khas buat ummi dan abah...

JUga guru2 di tadika Aminah, Tadika Aulad Centre, Al-Amin Serdang, Al-Amin BAngi, SAM Sg Merab Luar, SESERI, KMS...dan mereka2 yg menjadi guruku secara tidak langsung..(^^)



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Guru yang tercinta bagaimanakah
Dapat kubalasi segala jasa yang tercurah
Buat kami anak muridmu
Pengorbananmu tiada tandingan

mendidik dan mengasuh kami
Tanpa jemu dan bosan
Penuh kesabaran

Guru terima kasih
Atas segalanya
Kerana kau telah
Mengenalkan kami
Kepada Tuhan Yang Maha Esa

Kau tunjukkan jalan
Untuk kesana
Negara akhirat
Yang kekal abadi

Betapa mulianya hatimu
Betapa murni kasih sayangmu
Dapat kurasakan kasih sayangmu
kasih sejati
Moga sentiasa Allah rahmati
Moga sentiasa Allah redhai

Wednesday, May 13, 2009

Sudah terlaksanakah tanggungjawab anda?



Bismillah. Salaam 'Alayk.

Anda pernah dengar tentang 'Syahadatul Haq'? Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar 2 perkataan ini. Tetapi saya yakin anda sudah terlalu biasa mendengar tentang 'kalimah syahadah', bukan? Kalimah syahadah,yang merupakan persaksian yang kita lafazkan setiap kali di dalam solat kita.

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."


Syahadah : penyaksian
Al Haq : kebenaran

Jadi, 'syahadatul haq' dari segi bahasa bermaksud, penyaksian terhadap kebenaran.
Penyaksian bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Esa, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

Bagaimana yang dikatakan dengan 'penyaksian'? Adakah sama maksudnya dengan 'pengakuan'?

Saya naik saksi vs Saya mengaku

Erk, ada bezakah keduanya? Macam sama saja..
Untuk lebih memahami perbezaannya,saya bawa anda kepada satu analogi.

Mr.X berada dalam satu situasi di mana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri, seorang budak lelaki dilanggar kereta di dalam satu kemalangan jln raya.

Di mahkamah, Mr.X berkata di hadapan hakim,
"Saya betul-betul melihat dan menyaksikan budak tu dilanggar kereta !"

Jadi, kita boleh katakan Mr.X sebenarnya adalah seorang 'syahid', atau 'orang yang naik saksi'.

Anda rasa,kenapa Mr.X tak mengatakan sebegini,
"Saya mengaku, budak itu telah dilanggar dengan kereta."


Anda nampakkah perbezaannya? Ini kerana,sesiapa sahaja boleh membuat sebarang pengakuan tentang apa-apa sahaja.Apabila Mr.X membuat pengakuan, tidak semestinya dia melihat dengan matanya sendiri.Kemungkinan juga Mr.X mendengar berita tersebut daripada orang lain.

Bermakna, sesiapa sahaja boleh mengaku dan mengucap 2 kalimah syahadah , tetapi tidak semestinya dia benar-benar menyaksikan dan melaksanakan syahadatain tersebut.

Jadi, ada bezanya di antara orang yang NAIK SAKSI bahawa Allah itu satu, dengan orang yang MENGAKU bahawa Allah itu satu.

Bezanya adalah dari sudut degree of truth penyataan tersebut. Sudah tentu orang yang mengatakan "Aku naik saksi bahawa Allah itu satu." lebih diyakini kebenarannya daripada orang yang mengatakan, "Aku mengaku Allah itu satu.".

A little bit complicated, right?
Ini baru pengertian dari sudut bahasa sahaja :)

Kita masuk kepada bahagian yg akan memeningkan kepala lagi.

Saya ingin bangkitkan satu persoalan.

Sudah terlaksanakah Syahadah Al-Haq kita?

Dan bagaimana yang dikatakan dengan pelaksanaan Syahadah Al-Haq itu sendiri?

Apakah yang anda bayangkan apabila mendengar tentang kalimah syahadatul haq ini?

Syahadatul Haq bukannya sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Bukan sekadar mendirikan solat, puasa, zakat dan haji. Bukan sekadar menjadi seorang muslim komited, yang hanya baik sendiri,nafsiy-nafsiy.Tidak sama sekali !



Walaupun kita telah menunaikan semua kewajipan fardi, kita masih belum dikira sebagai melaksanakan dan membuat penyaksian terhadap kebenaran syahadah kita, selagi mana kita tidak MENYAMPAIKAN penyaksian kebenaran kita kepada umat manusia, yakni menyampaikan risalah Islam, atau dalam erti kata yang lain, MELAKSANAKAN DAKWAH dan menjadi Da'ie !

Ini bermakna, walaupun kita mengucap dua kalimah syahadah setiap hari 5 kali di dalam solat, tidak bermakna kita telah melaksanakan syahadatul haq kita.Tidak bermakna kita telah memikul dan melaksanakan tanggungjawab menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Ini kerana kita hanya melafazkan pada lisan semata-mata, tanpa menzahirkan dengan perbuatan!

"Man qola Laa Ilaha Illallah fahuwa da'ie"

"Sesiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah', maka dia adalah Da'ie."


Da'ie, yang dimaksudkan dari segi bahasa adalah : orang yang memanggil/menyeru kpd Islam.
Da'ie di sini bukan hanya terbatas dengan menyeru orang lain kepada Islam melalui lisan semata-mata, kerana tidak semua manusia dikurniakan Allah kelebihan untuk bercakap di khalayak ramai.

Saya berikan beberapa contoh da'ie yang berdakwah bukan melalui lisan, seperti Syed Qutb. Bukankah beliau berdakwah melalui penulisan dan buku-bukunya?
Contoh lain, seperti Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Hassan Hudhaibi. Beliau merupakan seorang yang pendiam, tetapi masih berjaya menyampaikan kalimah Islam yang Haq itu melalui apa-apa sahaja cara yang boleh beliau gunakan, asalkan kebenaran Islam itu tersebar.

Lihat pula keberanian Umar Al-Khattab. Saidina Umar digelar Al-Farouq, yang bermaksud 'pemisah antara kebenaran dan kejahilan'. Kerana apa? Kerana beliau berani menyatakan keislamannya kepada penduduk Mekah ketika itu, walaupun Islam sangat ditekan ketika itu.

Abu Dzar Al-Ghifari juga, dibelasah teruk oleh kafir Quraisy ketika beliau dengan lantangnya menngumumkan keislamannya di Kaabah.

Lihat, betapa hebatnya para sahabat ketika itu. Mereka merasai ke'izzahan Islam, oleh itu mereka tidak boleh duduk diam, dan perlu menyampaikan Islam kepada seluruh umat manusia ketika itu.
Bagaimanakah pula dengan kita? Bukankah kita menerima Islam sejak lahir lagi? Adakah kita juga merasai 'izzah dengan Islam seperti yang para sahabat rasakan?

Jika kita ada kelebihan untuk bercakap di khalayak ramai, Alhamdulillah ! Gunakannya itu berdakwah mengajak manusia kepada Islam. Jika tidak, bukankah kita dilahirkan dalam zaman teknologi yang serba canggih? Gunakan wasilah internet, dengan melalui blog, website, Yahoo! Messenger, Friendster dan sebagainya, gunakannya apa sahaja cara yang ada, supaya dapat menyampaikan kalimah Allah yang haq ini.

Allah telah berfirman tentang kewajipan melaksanakan Syahadah Al-Haq :


وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu.

Surah AlBaqarah (2:143)

Ada di antara kita yang sebenarnya TIDAK MERASAKAN bahawa apabila kita mengucap dua kalimah syahadah, kita akan disoal semula oleh Allah Taala di akhirat kelak. What have we done to prove the 'syahadah'? Di akhirat kelak, alam akan menjadi saksi bahawa kita telah mengucap dua kalimah syahadah itu di dalam hati dan lisan kita, sedangkan kita tidak berbuat apa-apa untuk membuktikan penyaksian kita bahawa Allah itu Tuhan Yang Esa dan Muhammad pesuruhNya.

Adakah anda kira dengan kita mengucap kalimah syahadah di lisan semata-mata, Islam akan tertegak di muka bumi ini? Nonsense.Rasulullah sendiri merupakan qudwah hasanah yang terbaik yang melaksanakan syahadatul haq dalam hayatnya. Bukankah baginda melaksanakan dakwah setiap masa?

Jadi adakah kita masih boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh setelah mengetahui ada tanggungjawab dakwah yang seharusnya kita pikul dan laksanakan sebaik sahaja kita mengucap dua kalimah syahadah ?
Tanggungjawab dakwah ini tidak akan terlaksana hanya jika kita menunaikan rukun Islam dan sekadar melaksanakan hukum syarak dalam urusan peribadi seperti kahwin, cerai dan pembahagian harta pusaka semata-mata.Tidak semudah itu.

Ini bermakna, walaupun kita mengucap dua kalimah syahadah setiap hari 5 kali di dalam solat, tidak bermakna kita telah melaksanakan syahadatul haq kita.Tidak bermakna kita telah memikul dan melaksanakan tanggungjawab menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Ini kerana kita hanya melafazkan pada lisan semata-mata, tanpa menzahirkan dengan perbuatan!


Bagaimana jika ada di antara kita yang menolak kewajipan pelaksanaan Syahadah AlHaq ?

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?

Surah AlBaqarah (2:140)


Cuba kita kembali mengkaji sejarah umat terdahulu yang tertulis di dalam Al-Quran.
Sebelum ini, Allah juga telah menganugerahkan takhta Syahadah ini kepada kaum Yahudi, malangnya adakalanya mereka menyembunyikan syahadah i
ni, dan adakalanya mereka mengakui kebenaran syahadah tersebut, mengikut keperluan mereka.

Jika kita kaji semula kisah-kisah Bani Israel terdahulu di dalam AlQuran contohnya, tatkala mereka dibawa oleh Nabi Musa lari ke Sinai, mereka mensyirikkan Allah dengan mencipta lembu Samiri. Dan apabila mereka diperintahkan oleh Nabi Musa untuk masuk ke Palestin, mereka ingkar kerana takutkan kaum yang berada di dalam Palestin ketika itu. Allah hukum mereka dengan menyesatkan mereka selama 40 tahu
n. Kisah Bani Israel yang ingkar ini berlanjutan sehingga ke hari ini.



Lihat, Allah laknat mereka hingga ke hari ini bukan saja kerana mereka menolak untuk memikul tanggungjawab menyampaikan risalah Allah, bahkan mereka ubah kitab Taurat yang diturunkan Allah kepada mereka.

Mungkin anda akan menarik nafas lega kerana anda merasakan anda tidak sama dengan Bani Israel yang derhaka itu. Ya, anda tidak membunuh nabi-nabi, seperti yang mereka lakukan.Anda juga tidak mengubah kalam Allah dalam kitabnya. Anda tidak seperti mereka yang banyak meminta, tetapi kemudian ingkar kepada suruhan Allah.

Mungkin dari sudut itu, anda memang tak wajar disamakan dengan mereka.

Tetapi adakah anda juga tergolong dalam golongan yang INGKAR untuk MEMIKUL beban dakwah dan tanggungjawab menyampaikan risalah Islam ini seperti yang telah Bani Israel lakukan dahulu?Ingkar untuk melaksanakan Syahadah Al-Haq. Saya tidak tahu. Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ 

1. Wahai orang-orang yang berselimut.
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan !

(Surah Al-Mudassir)

Jadi apa kata anda?

Masih ragu-ragu untuk menyampaikan risalah Islam?

Atau...anda mahu menunggu sehingga laknat Allah menimpa umat Muhammad atas keingkaran melaksanakan Syahadah Al-Haq ini seperti yang diterima oleh Bani Israel?

Na'udzubillah min dzalik.

Wallahu'alam...

Hak Cipta Terpelihara (http://wardahzinnirah.blogspot.com/2009/02/syahadatul-haq-part-1.html)

Oh...

Sungguh ku Rindui...

This Man (sami yusuf)

Ya khaira khalqillah
Ya taja ruslillah
'Alayka azka as-salawat
Ya rasulallah (x2)
Oh you, the best of Allah's creation
Oh you, the crown of Allah's prophets
Peace and blessings be upon you
Oh prophet of Allah

CHORUS:
This man is my hero
For he's the light of guidance
And he should be yours too
And he should be yours too (x2)

Ya khaira khalqillah
Ya taja ruslillah
'Alayka azka as-salawat
Ya rasulallah (x2)
Oh you, the best of Allah's creation
Oh you, the crown of Allah's prophets
Peace and blessings be upon you
Oh prophet of Allah

He's our teacher and our prophet
He's our leader and our guide
He's the only one to follow
So we can attain paradise

CHORUS

Ya khaira khalqillah
Ya taja ruslillah
'Alayka azka as-salawat
Ya rasulallah (x2)
Oh you, the best of Allah's creation
Oh you, the crown of Allah's prophets
Peace and blessings be upon you
Oh prophet of Allah

We must aim to be like him
We should hold our heads up high
Where's our pride and where's our strength
Where's our love and where's our light

Sunday, May 10, 2009

Berlari..


Statik...MySpace

"Tik"

Cetus.

maka berlarilah mereka..

Aku hanya mampu berdiri..terpinga-pinga..
merasai angin deru2 kesan larian mereka..
Yang tertinggal cuma..
tapak2 yang dibina ketika perjalanan bersama..

Sangat cepat, sangat pantas..
Sehingga aku tak terkejar akan mereka..

Aku juga sedang mencuba, terkapai2 untuk bermula..
Walau telah mula lama ketika..
Tapi kali ini, aku pula rasa lemah, tak bermaya...

Sangat cepat, sangat pantas, sungguh laju..
sehingga terlepas genggaman erat itu...
meninggalkan aku...
dihujung jalan yang liku2..
aku?...aku hanya mampu..
diam membisu, membatu disitu...

Di jalan yang kelam ini...

Aku cuba dan cuba dan cuba...
Namun,
terlindung penglihatan ini mencari arah yang mereka tujui..
Sehingga kini tak kutemui...

Hilang sudah jejak langkah...
Hampir aku rebah...

Aku tahu..kita semua perlu berlari ke arah dan matlamat yang sama..
Tapi,
aku lihat, ditempat aku berdiri ini..
masih ramai yang sedang mencari2..
mencari sesuatu yang tidak pasti...

Aku hanya punyai dua pilihan...
berlari membawa bersama2 yg sedang mencari2?...
atau aku berlari mengejar mereka hanya dgn diri ini?..

Tatkala aku masih menghitung pilihan...
Kehangatan genggaman tangan sewaktu bersama mereka, sedikit2, sudah mulai dingin..
lenyap mengikut detikan jantung, ditiup deruan angin..

Aku tahu..aku tidak punya apa2..
untuk diberi dan dijaja..
hanya mampu mempertaruhkan nyawa dan tenaga..
menempuh jalan ini..

Kalau tidak kerna CahayaNya yang sentiasa menyinar..
Sudah tentu aku terluka melawan arus dan onar..

Terima kasih Wahai Pencipta..
Walau kaki ini tidak mampu mengejar..
Tapi diriMU sentiasa berdampingan, memberi tunjuk-ajar...
Jalan mana yang batil, jalan mana yang benar...

Untuk bersama2 mereka...
Walau telah jauh mereka berlari..
Mencapai awan yang tinggi..
Aku tetap terus mencuba disini...
Walau bukan bersama mereka di penghujung nanti...
Kerna aku tahu..Inilah jalan yang pasti....
Dan aku cuma mampu berdoa, agar mereka sampai ketempat yg ingin ditujui..
Sungguhpun aku tidak dibawa disisi...


~Mode: kesedihan sedang melanda jiwa yg lemah ini~MySpace

Thursday, May 7, 2009

Graf Kehidupan atau Keimanan?

Suka.Duka.MySpace

Memang kehidupan ini ada turun naiknya. Adakala kita dibawah, adakala kita diatas.

Itulah Kehidupan...

Yang pada dasarnya dikaitkan dgn keimanan...


Kesedihan

Jangan biarkan ia berlarutan. Cukuplah untuk berduka selama 3 hari. Kerna duka yang lama akan melemahkan jiwa. Bila sedih, teliti semula hubungan dengan Allah. Mungkin kita sdg melebihkan hubungan kita dgn makhluknya yg lain: study, asiment, manusia, makanan, party?.

Jika manusia yg menyedihkan anda, ingatlah bahawa mereka juga makhluk ciptaanNya. Allah sedang menguji iman kita, samaada kita mampu menjadi seorang yang tabah atau tidak dalam menempuh jalan dakwah ini. Baru je kenalan kita yang menyedihkan kita, belum lagi manusia2 yang terdinding utk melihat islam.

Tiadalah tempat bergantung dan mengadu melainkan hanya pada Allah.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk; (Iaitu) mereka Yang percaya Dengan yakin Bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan Bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
[Al-Quran: 2:45-46]


Kegembiraan

Adilkah kita jika hanya meminta padaNya dikala susah sahaja?.Kita selalu pertikaikan musibah yang diberi: tempat belajar tak best, makanan tak sedap, jauh nak jalan, itu susah, ini susah, langsung tidak kita perhatikan nikmatnya.

Perhatikanlah setiap sebab sesuatu kejadian itu berlaku. Carilah hikmahnya.

"Dan sesungguhnya kami telah menetapkan kamu (memberi kuasa) dibumi, dan kami jadikan untuk kamu padanya berbagai jalan penghidupan supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur".[7:10]



Bersyukur

cara2 bersyukur diketegorikan dlm 3 bahagian:

1. Niat
-Jiwailah setiap nikmat yang diberi oleh Allah, utk siapa dan kerana apa.

2. Lafaz
-Ucaplah Alhamdulillah (dgn niat, bukan sekadar ucap tp merungut dlm hati)

3. Perbuatan
-Bersedekah, sujud syukur, berusaha melakukan kebaikan

Sesungguhnya nikmat paling besar yang kita ada sekarang ialah nikmat iman dan islam. Alhamdulilah Allah membukakan hati kita untuk menerima hidayahNya...

Keampunan Allah

[39:53] Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita sebagai hambaNya. Namun, keampunan ini tidaklah boleh dipermainkan. Hanya kerna kita tahu Allah Maha Pengampun, kita melengah-lengahkan taubat kita. Yakinkah kita akan esok masih ada?.

Jangan hanya berangan-angan terhadap Allah. Perasan akan Allah memaafkan segala dosa kita tanpa kita memohon kepadaNya.


~Mode:Bagaimana iman aku hari ini?~MySpace



Wallahua'lam....

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(Surah As-Saff, Ayat 2-3)

Orang akan rosak kecuali yang berilmu. Orang yang berilmu akan rosak kecuali orang yang beramal/bekerja. Orang yang beramal/bekerja pun akan rosak kecuali orang yang ikhlas.
(Al-Ghazali)

Tuesday, May 5, 2009

Mereka dan Blog~

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda: “Terdapat enam hak Muslim ke atas seorang Muslim.” Ditanyakan kepada baginda, “Apakah ia wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Apabila kamu bertemu dengannya, ucaplah salam kepadanya; apabila ia menjemput engkau, tunaikanlah jemputannya; apabila ia meminta nasihat daripada engkau, berilah nasihat kepadanya; apabila ia bersin kemudian ia memuji Allah, jawablah untuknya dengan mengatakan yarhamkallah (semoga Allah merahmati kamu); apabila ia sakit, ziarahilah ia; apabila ia mati iringilah jenazahnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kawan2 saya ini diAuckland ini sangat comeyllll.....(haha..nnt kena marah)

Mereka ini ada blog sendiri...

ingin saya mempromotekan disini....

Izzah
AMira
Azila
Azurin
Aliaa
Iffah
Tqa
Tasha

Al-maklumlah...tak semua perkara kte boleh sampaikan melalui mulut..jd...dgn menulis blog ini seolah2 menyampaikan isi hati yg tak kesampaian...

moga berjaya ye rakan2!!....



~mode: sedang berusaha utk memahami~

Monday, May 4, 2009

Nasyid?

Bila di perantauan ini...
mulalah rindu sana sini...huhu..

Terkenang waktu muda2..
bergelumang dgn arena nasyid...

Ihtifal
Amal Islami
majlis tadarus Quran
Karnival dadah

tp itu dulu..zaman nasyid menjadi alat dakwah..
zaman nasyid yang membentuk ukhwah...

skarang...
nasyid pun dah ada unsur2 melalaikan...
dulu heboh kata alat ni tak boleh main..alat tu tak boleh main..
alih2..skrang banyak pula alasan untuk membolehkan sesuatu alat itu dialunkan bersama2 nasyid..
pertandingan pun dah campur laki2 perempuan...
maluku lihat muslimah2 yg bertudung labuh mempersembahkan suaranya yg lunak lg merdu depan laki2 ajnabi...

ish3...bahaya ni...takut jadi fitnah...

Namun...Semua itu sudah tinggal kenangan..

rindu bermain alat2 ini...


kalau kurang seorang pemain rasa tak harmoni bunyinya...
betapa perlunya gabungan bunyi2 yg lain...

mode:~sindrom rindu melanda lagi~

Sunday, May 3, 2009

~Lagu utk adik~

(^^)...

saya suka ajar lagu utk adik2 saya...

mereka kanak2 kecil yang tinggal dirumah menjadi peneman ummi n abah yg sunyi ditinggalkan anak2 yg membesar..(uhuk..ampun2)

Gambar terbaru

Muhammad Khairussyakirin (adik)
Khairina (kakak)

best2...budak kecil memang mudah menghafal...kakak baru lima tahun da hafal yaasin..Subhanaallah..Moga berkekalan ye kakak..

Paling suka lagu ini:

there is One God..Allah
there is One God...Allah
There is One God..Only Allah..

Lagi...lagu ini:

Satu2..saya sayang Allah
Dua2...sayang Rasulullah
Tiga2...sayang ummi abah...
Satu dua tiga sayang semuanya....

suka...suka...
selalu nyanyi ngan mereka dalam kereta..setiap masa dan ketika...
haha...smpai abah pun cakap: "Along..nak ajar adik2 jd penyanyi ke?"...*malu*
hehe...menyanyi itu hobi dikala sunyi..
Jadi kalau2 tgh menyanyi...abah pulang sahaja..terus pura2 buat keje..(teruk betul!!)

~Sindrom rindu melanda~

Kisah Hantu

Budak2 sekarang dok sibuk2 takut hantu...Tak ketinggalan juge mereka berdua...

Saya tidak mahu mereka menjadi pengecut..Makanya..tiap kali malam..mesti saje2 tutup lampu, pastu takutkan diorang sampai nangis2...(dahsatnye kakak ini...)..pastu..dikala kegelapan, cakap kat adik2 "jgn takut..Allah kan ada"..

Ajar mereka sampai mereka yakin hanya Allah yang menemani kita..(pengajaran apakah?..banyak lagi cara lain)
Alhamdulillah...skrang mereka tidak takut perkara2 mistik lagi...

Makan Beradab

Waktu makan je mesti bergaduh...ada je benda nak digaduhnya...
waktu lain boleh pule baik2, sopan2...

Jadinya, tiap kali makan..kena suruh budak dua org itu duduk sebelah2..kalau bising kena duduk sebelah along..(along garang!!..haha)..

sebelum makan baca Bismillah n doa..(mereka sangat bijak menghafal..alhamdulillah)...dengan makna sekali...ajar suruh amik yg dekat dulu...guna tangan kanan..

Tengok TV

Em..tengok tv ini perlu ditapis...banyak rancangan sekarang me'lagha'kan....bahkan cartoon pun ada unsur2 syirik..makanya...TV hanya digunakan utk menonton dvd yg dibeli oleh abah..

Adik2 yang da besar kalu nak tgk tv mesti buka senyap2..Juara lagu ke..cerekarama ke..mesti buka senyap2..kalau bole sound volume tu sampai 0...suma pun takut abah tegur..."sampai bile nak tgk tv ni...da habis hafal surah belum?"...uhuk2...semua pun sedih2 nnt..(tima kasih abah...cara ini menjadikan anakmu lebih menghargai masa kehidupan dgn perkara2 realiti)

cerita paling best tgk ngan mereka...cerita "muhammad The last messenger"...banyak juge soklan ditanya oleh mereka walaupun masih kecil...antaranya.."along..along...kenapa xde gamba Nabi Muhammad?"...huhu...payah juge nak melayan sorang2...

Kesimpulan...

Sebagai anak sulung...Sangat susah menjaga adik2 kecil...apatah lagi yg da besar dan banyak hujahnya..
Besar tanggungjawab itu....
Jadi...di rumah...saya sangat GARANG...hehe
tapi...depan kawan2 n org2 lain...saya jadi MANJA...kenapa ntah...huhu..(^^)

maaf ye kawan2 kalu terlebih manja sampai korg meluat.....hehehe..

"AKU TIDAK PEDULISME"

Bismillahirrahmanirrahim

Tadabbur ayat...

Surah An Naml (27:15-19)

16: Dan Sulaiman telah mewarisi Dawud* dan dia(Sulaiman) berkata,"Wahai manusia, kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sungguh semua ini benar-benar kurnia yang nyata"

*Nabi Sulaiman replaced the prophethood and the government of Nabi Dawud AS, and he bequeathed the knowledge and Zabur which was given to Dawud AS.

18: Hingga ketika mereka sampai di lembah semut,berkatalah seekor semut, "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

UKHUWAH SEMUT

Bila seekor semut mengetahui akan bencana yang bakal tiba, semut tersebut cepat-cepat warn semut-semut laen. Dia tak selamatkan diri sorang-sorang sbb dia ada persaan tanggungjawab untuk beritahu kepada ummat semutnya. Sifat tanggugjawab (mas'uliyyah) macam semut ni perlu ada dalam diri daie, di mana daie perlu sensitive dengan persekitaran n sentiasa mengingatkan ummat.

Zaman sekarang ummat Islam diserang bukan secara fizikal, tetapi serangan ideology.Hedonism berleluasa.Itu memang kita sudah sedia maklum.ASTRO menghabiskan duit rakyat dengan program hiburan,undian sms diraih kononnya untuk artis tersayang.Celcom dengan program pertandingannya yang ternyata bersifat judi. Kristianisme mula menular, atau hakikatnya dari dulu lagi. But the worst is Aku Tidak Pedulisme ideology. Whenever Muslimin themselves doesn’t care about each other and ummah's problems,that's the worst disaster.

BENCANA AKIBAT AKU TIDAK PEDULISME

Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara keseluruhan). Dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [Al-Anfaal 8: 25]

When Allah mention bencana, tak semestinya bencana alam,rebut,taufan dsb. Kenaikan harga minyak pun dikira bencana. Harga barang naik, kadar jenayah berleluasa, traffic jam blablabla sumenya bencana. Bencana ni bukan stakat kepada perogol atau perasuah, bahkan pak imam tgh baca khutbah pun boleh dtimpa bencana. Azab Allah sangat dahsyat dan melata.How to solve this problem.? Return to Allah, become His slave n caliph.Everybody must perform Amar Makruf Nahi Munkar because Allah's punishments not only for kuffar, but also for muslimin n mukminin.

Na'uzubillahi min dzalik!


~Sumber: Alhuda~

Pentas Kehidupan Ini

Dunia ini,

ibarat pentas yang sangat besar dan luas...

pentas yang indah..

tak perlu susah2 nak buat 'props', semuanya tersedia...Subhanallah..

Langit biru, daun2 berguguran, angin sepoi2 bahasa..

walau 'panas terik' dibumi Auckland ini..tapi tetap mendamaikan..

romantis..

Pelbagai teknik lakonan kulihat..semuanya cuba menghidupkan watak2 yang dimainkan..

Suka akan watak2 dalam pentas itu..

watak garang, watak sedih, watak dinamik, watak gembira, watak lucu..

watak sampingan lain..dan tak kurang juga watak utama...

dalam setiap adegan yang dipentaskan..

semua watak memberi nyawa dalam menghidupkan pementasan itu..

aku paling suka lihat adegan ini..
watak sedih tapi bahagia menggembirakan watak lain..
watak sensitif tapi suka berkorban..
watak garang tapi penuh dgn kasih sayang...
watak kasar tapi pemaaf..
watak malu tapi mahu...
watak matang tapi sedikit kebudakan-budakan...


comeyl..sungguh comeyl...

Sungguh berseri pentas kehidupan ini..

kalau kurang satu watak..nampak tak lengkap..nampak tidak bermaya..nampak seperti hilang arah pada matlamat yang cuba disampaikan pada penonton lain...iaitu..

sebuah kehidupan bermakna...

tapi aku lihat..

kurangnya watak yang menyatukan..
watak yang menyedarkan..
watak yang sentiasa memberi semangat tatkala watak2 lain kurang memberi seri kepada pementasan itu..

Dimanakah mereka?






mode: sedang berusaha proving2 math250....(^^)...math250 = writing skill...

Friday, May 1, 2009

love you DUNIA??...

Kenapa dunia itu best?.....kenapa...kenapa....kenapa...

Dunia said:

Do you know how we r created?
You are created as a soul, and placed into this physical body.
Your body is just "the tool".
A tool, for your soul to carry out this temporary physical section, of your eternal life (akhirat)
A tool which should be guided into investing and feeding the soul.
But what do we do? we dedicate all our lives to feed "the tool", with physical and worldly pleasures, instead.
And this system is cleverly designed to keep you attached to such a worldly illusion.
So you can remain controlled!!

Lihat sekeliling anda...Apa yang kebanyakan manusia cari di dunia ini??

Duit?.


Arak?
Kereta baru?
Sex?
Kecantikan?


lelaki handsome?


Pangkat?


Inilah yang dunia tawarkan....

"Be my guest and chase it all you want, sooner or later you will see it for what it is"

But all people remain to do, is invest in the body, rather than the soul. No matter what the cost. And they forget to fix the soul.

As hard as you try you won't grasp it..
look at this video~



~it is your choice, I'm juz showing you the fakeness of what you are chasing~



Lets REFRESH our SOUL!!
Don't keep under the illusion of "DUNIA"....


Wallahu'alam

TA