Sunday, May 3, 2009

Pentas Kehidupan Ini

Dunia ini,

ibarat pentas yang sangat besar dan luas...

pentas yang indah..

tak perlu susah2 nak buat 'props', semuanya tersedia...Subhanallah..

Langit biru, daun2 berguguran, angin sepoi2 bahasa..

walau 'panas terik' dibumi Auckland ini..tapi tetap mendamaikan..

romantis..

Pelbagai teknik lakonan kulihat..semuanya cuba menghidupkan watak2 yang dimainkan..

Suka akan watak2 dalam pentas itu..

watak garang, watak sedih, watak dinamik, watak gembira, watak lucu..

watak sampingan lain..dan tak kurang juga watak utama...

dalam setiap adegan yang dipentaskan..

semua watak memberi nyawa dalam menghidupkan pementasan itu..

aku paling suka lihat adegan ini..
watak sedih tapi bahagia menggembirakan watak lain..
watak sensitif tapi suka berkorban..
watak garang tapi penuh dgn kasih sayang...
watak kasar tapi pemaaf..
watak malu tapi mahu...
watak matang tapi sedikit kebudakan-budakan...


comeyl..sungguh comeyl...

Sungguh berseri pentas kehidupan ini..

kalau kurang satu watak..nampak tak lengkap..nampak tidak bermaya..nampak seperti hilang arah pada matlamat yang cuba disampaikan pada penonton lain...iaitu..

sebuah kehidupan bermakna...

tapi aku lihat..

kurangnya watak yang menyatukan..
watak yang menyedarkan..
watak yang sentiasa memberi semangat tatkala watak2 lain kurang memberi seri kepada pementasan itu..

Dimanakah mereka?






mode: sedang berusaha proving2 math250....(^^)...math250 = writing skill...

No comments: