Friday, May 15, 2009

Oh..mengapa Malaysia hari ini..


Kenapa Malaysia hari ini
Kenapa jadi begini


Mengapa Oh mengapa..

Andai pemimpin melangkah lesu
Hanya berlawan kata2 tanpa tindakan yang jitu
Bagaimana mahu bersatu?
dalam mendidik rakyat beribu?

Mengapa Oh mengapa

Mana hilangnya kematangan
Mana hilangnya ketajaman akal fikiran
Mana hilangnya keamanan
Mana hilangnya dasar2 kesatuan

Mengapa Oh mengapa

Anak2 muda ramai yg masih berpeleseran
Perpecahan kaum semakin terkesan
semuanya kerna, perkara kecil dipentingkan
perkara yg lebih besar diabaikan

Mengapa oh mengapa

Bukan utk menambahkan bara api
Cuma sedih memikirkan nasib negara tercinta ini
Kerna dulu aman makmur cerminkan peribadi
dimata dunia di sana dan di sini

tp kini...

tepuklah dada tanyalah diri...

Wahai rakyat2 Malaysia
Jgn goyah, jgn rebah
jgn kembali ke zaman penjajah
jgn sekali-kali berpecah

bangkitlah, anak muda
sedarlah yg tua
hidup ini sementara cuma
jgn biar negara huru-hara

pertahankanlah negara tercinta
agar tidak ditanya generasi mendatang
mengapa negara telah hilang

oh malaysia

2 comments:

Anonymous said...

nice one! =)

alKhair said...

tumi:....tima kasih..(^^)..jom kte pulihkan malaysia...