‘Cuba fikir, kalau merajuk dengan mak macam mana? Tak nak makan, tak nak buat ini..itu. Mana boleh merajuk dengan Allah. Tak nak solat…tak nak ini, tak nak itu.’
‘Dah kalau kita tak dapat apa yang kita mintak? Dah banyak kali dah…’
‘Allah dah beri kita banyak nikmat . Takkan disebabkan Allah tak beri satu yang kita mintak, kita kufur dengan nikmat Allah’
‘Allah bagi ujian sebab nak kasi kita dapat pahala . Sakit itu dapat pahala’
‘Sakit dapat pahala?’
‘Kalau dia sabar…Kalau meratapi kenapa Allah buat macam ni, kenapa macam ni…Bukan ke Allah sebaik-baik pengatur?’
Jangan Pernah Merajuk
Kau rasa seperti tidak diendahkan
Percayalah, ada yang sedang memerhatikan
Kau rasa seperti bersendirian
Percayalah, ada yang sedang menemankan
Kau rasa seperti ingin merajuk dengan Tuhan
Jangan! aku kata jangan!
DIA bukan tidak mahu mengabulkan
Cuma ingin menguji keimanan
Cuba kau terokai setiap amalan
Adakah sudah memenuhi syarat yang ditetapkan
Atau sudah dilakukan dengan penuh keikhlasan
Berusahalah dan bertawakkallah
Andai masih belum dikabulkan
Percayalah! Tidak di dunia
Adanya ia di syurga
Indah Ukhwah Islamiyyah
Indah ukhwah Islamiyyah,
Andai segalanya kerana Allah,
Kasih diikat di atas dasar aqidah,
Rindu yang bertaut pengubat resah.
Indahnya ukhwah Islamiyyah,
Nasihat dihulur tidak hanya tika dipinta,
Teguran diberi setiap masa,
Tak lekang mengingatkan diri pada Yang Esa,
Hati berzikir, wajah tunduk, mata memerah,
Indahnya ukhwah Islamiyyah,
Seorang futur, seorang lagi meransang kembali semangat,
Yang ini tersungkur, yang itu tak henti-henti memberi nasihat,
Aku terluka, dia menghantar ubat,
Dia terhiris, aku berdoa tanpa rasa penat.
Tegakkanlah kakimu tatkala berjalan,
Biar berduri, ingat! ia ada ganjaran,
Harus tulus jiwa mendambakan,
Cinta Ilahi yang tiada berkesudahan,
Itu syarat untuk kita ke syurga,
Merindukan wajah Sang Pencipta,
Kuharap dapat bertemu seorang teman seperjuangan,
Yang senantiasa memberi peringatan,
Walau didunia tidak pernah dipertemukan.
2 comments:
those words make me cry..... sayang kay~ T_T
Salam.
Rasa tersentuh ke hati.
minta izin copy.
jzkk. :)
Post a Comment