Saturday, July 4, 2009

Secebis harapan dan kenangan..


Dengarlah~

Bukan latar belakang keluarga yang mengajar saya.!!

Ada keluarganya berkefahaman agama, namun anaknya tidak mahu merasai kefahaman itu

Bukan sekolah Agama yang menyedarkan saya.!!

Ada yang sekolah agama, tapi tidak nampak alasan utk praktikkan apa yang dipelajari disitu.

Tapi, suasana..

suasana bilamana ianya keluar dari zon selesa..

suasana bilamana kita rase ada tanggungjawab yang perlu kita lakukan dalam membaiki manusia..

suasana bilamana kesedihan menimpa2 melihat kerosakan jiwa2..

Jadi..

Jgn merasai bahawa anda tidak layak utk membawa risalah ini..

Jgn rasai bahawa anda bukan org yg sesuai utk menggerakkan perjuangan ini...

kerna bukan usia tarbiyyah kita yg menentukan kemuliaan dan martabat kita dlm bergerak..

tp sejauh mana anda menzahirkan tarbiyyah yg anda dpt..

sejauh mana anda laksanakan pemahaman anda..

Ingat.. Sumayyah hanya mengenal Lailahaillallah ketika syahid...

Ingat.. Rasulullah tidak mengungkit jahilliyah Umar ketika pengislamannya..


------------------------------------------------------------------------

Makanya, kerja ini, bukan utk yg berlatarbelakangkan keluarga dan sekolah yg baik2 sahaja...bukan utk org yg tudung labuh sahaja...bukan utk org yg lemah lembut, sopan santun perkataannya...

Kita lakukan kerja ini bukan bila dilantik mahupun bila diangkat dan dijulang2 namanya.

Tapi, tidak kira apa jua keadaan dimana2 tempat kita berada.

Mengikut kemampuan. Bukan bermaksud kita fikir apa yang perlu kita lakukan mengikut cara yg orang lain lakukan. Tapi bergerak mengikut kekuatan yang kita ada. Itulah kemampuan. Pasti ada kekuatan itu.

Biarlah manusia tidak tahu gerak kerja kita, biarlah manusia tidak tahu bilamana kita bergerak..biarlah kita tidak diangkat oleh rakan seperjuangan, namun kita tetap bergerak dan tidak berhenti..

kerna bukan sanjungan yg kita cari...

bukan martabat yg ingin kita kecapi...

tp yg ingin digapai hanyalah kesucian Redha Ilahi~

insyaAllah..

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.

2 comments:

Khalifah Allah said...

ana setuju..full stop =)

safiyyah said...

like ur post so much! syukran sahabati =)