Friday, July 31, 2009

Yang UTAMA~


Bismillah...

[5:48]
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya.

Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran.

Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu),

tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.

Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh).

Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
-------------------------------------------
coretan rasa ini, tatkala saat sukar melalui liku2 tarbiyyah...

ingin ku hadiahkan, buat teman2 seperjuangan...

.......

Wahai jiwa2 yang sedih, ingatlah, memang sukar utk membawa kebenaran...

kerna laluan itu telah dihiasi dgn onak dan duri..perit tak tertanggung..ombak keras menggulung...

kerna dihujungnya, pengakhiran nikmat yang agung...

mahal harganya...

perlu curahan darah dan air mata....

bukankah Allah telah memperingatkan kita semua...

selepas kesulitan ada kemudahan,

dan sesungguhnya selepas kesulitan ada kemudahan [94: 5-6]

walau apa pun terjadi...fokuslah pada matlamat utama kita...

yakinlah padaNya...

tanpa diuji, kita tidak akan melangkah ke tahap yang lebih baik dalam pentarbiyahan...

kerna Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita....

InsyaAllah...

"Mintalah pertolongan pada Allah dengan sabar dan solat (ista'inu bissobri wassolah)"


-Buat teman, moga menjadi lebih tabah dan lebih baik dalam membawa risalah agung-

Wednesday, July 29, 2009

Pabila jalan itu menjadi sempit


"Ramai orang yang melalui jalan yang luas itu
Sedikit orang yang melalui jalan sempit itu"

Petikan lirik nasyid 'inteam-jangan kita lupa', sedikit sebanyak mengingatkan aku tentang liku2 jalan dakwah yang telah aku pilih ini.

Masakan, 'ibroh yang aku dapat pabila melalui jalan symond street yang makin menyempit ini pasti ada hikmahnya, moga menjadi pentarbiyyahan diriku dariNya dan utk dikongsi bersama kalian, alhamdulillah.

Disana, aku melihat, umat manusia yang melalui jalan symond street ini, mukanya tertekan, lemas dalam traffik manusia, masing2 bergerak dalam keadaan tak selesa, pantas ingin keluar ke seberang jalan, jalan tar yang lebih luas itu. Lagi2 jalan sempit ini berliku2, berlubang, banyak halangan.

Terfikir aku, sebelum ni, jalan yang 'ok' tu takde siapa peduli, semua pun bersuka ria-lenggang2 kangkung berjalan, senyum gembira untuk menuju ke destinasi masing2. Seolah2 hidup ini aman dan damai.

Lantas, terdetik di fikiran...

memang benar, bila kita memilih jalan dakwah, jalan menuju redhaNya, tidak ramai yang sanggup menahan kepayahan itu, biarpun dijanji kemenangan pada hujungnya.

Ramai yang memilih untuk kembali ke fantasi dunia, yang enak2, yang indah2 belaka, yang mana mudah untuk mendapat semua kesenangan sementara....

membuatkan aku menangis di hati, memikirkan bahawa hakikat setiap insan yang diberi pilihan, dan pilihan itu terletak pada diri masing2...

hidayah Allah itu sudah lama ada, sejauh manakah kita telah mengetuk pintu hidayah itu...utk kuat berada dijalan benar ini...

Sekilas, teringat aku kisah seorang pemuda dan Khalifah Umar:

-------------------------------------------------------------

Dizaman Khalifah Umar al-khatab r.a, satu ketika terdapat seorang pemuda sedang duduk beribadat dekat ka’bah dengan terus menerus berdoa "Ya Allah, jadikanlah saya masuk ke dalam golongan orang yang sedikit”. Tatkala Amirul mukminim Umar Ibnu Khatab r.a mendengar permohonan ini maka beliau menyapanya "hai pemuda, kenapakah anda memohon untuk dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit ? Bukankah kesemua orang berkehendak agar masuk kedalam golongan yang terbanyak (majoriti) sebab pada umumnya golongan yang terbanyak itu mempunyai kedudukan yang lebih bermakna ”. Pemuda itu menjawab, ” Bukankah anda pernah pernah membaca di dalam Al-quran surah Sabak ayat 13, ”sedikit sekali hamba-hambaku yang bersyukur”. Maka selepas itu fahamlah akan Saidina Umar maksud doa pemuda tadi.

------------------------------------------

Moga kita termasuk golongan yang sedikit itu...insyaAllah~

"Mode: bilalah jalan kat symond street tu nak elok..:)"

Monday, July 27, 2009

10 sahabat dijamin masuk syurga




Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a.

Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

Saiyyidina Umar Al Khattab r.a.
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil

Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.
Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu

Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.
Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
Syahid Yang Hidup

Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
Perajurit Allah Pengiring Rasulullah

Abdul Rahman bin Auf r.a.
Orang Yang Berniaga Dengan Allah

Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.
Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah

Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
Orang Kepercayaan Ummat Ini

Saiyyidina Said bin Zaid r.a.
Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih



~Khas buat pertemuan kte dijalanNya..(^^)..~




Tuesday, July 21, 2009

Maha Mengetahui...


Hebat, Maha Hebat Allah yang menciptakan kita~

[3:103]
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;

dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu),

lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam),

maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah),

lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).

Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.


-----------------------------------------------

Dengan tarbiyyah inilah Allah telah menyelamatkan diri manusia dari jurang neraka.

melalui tarbiyyah, org2 beriman diikat hati mereka dgn ikatan kukuh landasan akidah serupa tanpa titik noktah kerna keyakinan akan pertemuan di Syurga.

lantas jahillyyah dahulu, kedengkian, kebencian sebelum perkenalan ini hilang umpama debu2 berterbangan di deretan pesisiran pantai.

kerna kita saling memperingatkan antara satu sama lain.

dalam jalan kebenaran,

Inilah nikmat Allah yang agung.

Ukhuwwah terulung.

diperolehi hanya dengan syarat berpegang teguh, tsabat, istiqamah di jalanNya.

Moga kita sentiasa mensyukuri dan menghargai nikmatnya..

Ameen.

~Redha atas segala yang Allah berikan, kerna ia pasti yang terbaik utk kita..Pasti ada sebab pertemuan kita ini, yg mana aku ternanti2 dlm debaran cinta pada Ilahi~

Saturday, July 18, 2009

Menyingkap kisah Zinnirah


Bismillah~


Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang.

Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.

Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ.

Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.


Wallahua'lamMySpace

Thursday, July 9, 2009

kelebihan sebagai tanggungjawab

masalah sikap dan cara berfikir

bagaimana seseorang itu sering merasa diri lemah dan tidak mampu melakukan sesuatu..

kita je yg rase diri lemah..

kite je yg rase diri x mampu..

kite je yg rase diri x boleh..

walhal semua itu persepsi dr bisikan2 syaitan yg mahu kita lemah...

yg mahu kita berputus asa..

bukankah Allah telah menjanjikan kemenangan utk org2 yg beriman di penghujungnya..

tidakkah kite yakin?...

usahalah..

ubah persepsi anda..

lihat yang positif..kerna kita hanya akan lihat apa yg kita mahu lihat...

positif ia...positif tindakan kita..


kelebihan

Kelebihan yg ada pada diri ini..

bercakap dikhalayak ramai..memimpin..mudah mesra..pandai..

semuanya akan dpertanggungjawabkan di akhirat kelak..

..berapa banyak kita gunakan utk akhirat...

atau berapa banyak kita bazirkan utk dunia...yg tidak memberi apa2 untung..access utk kita ke syurga..

p/s: kemana kaki anda sering melangkah wahai hambaku?

kejalan lurusMu ya Allah...

Saturday, July 4, 2009

Secebis harapan dan kenangan..


Dengarlah~

Bukan latar belakang keluarga yang mengajar saya.!!

Ada keluarganya berkefahaman agama, namun anaknya tidak mahu merasai kefahaman itu

Bukan sekolah Agama yang menyedarkan saya.!!

Ada yang sekolah agama, tapi tidak nampak alasan utk praktikkan apa yang dipelajari disitu.

Tapi, suasana..

suasana bilamana ianya keluar dari zon selesa..

suasana bilamana kita rase ada tanggungjawab yang perlu kita lakukan dalam membaiki manusia..

suasana bilamana kesedihan menimpa2 melihat kerosakan jiwa2..

Jadi..

Jgn merasai bahawa anda tidak layak utk membawa risalah ini..

Jgn rasai bahawa anda bukan org yg sesuai utk menggerakkan perjuangan ini...

kerna bukan usia tarbiyyah kita yg menentukan kemuliaan dan martabat kita dlm bergerak..

tp sejauh mana anda menzahirkan tarbiyyah yg anda dpt..

sejauh mana anda laksanakan pemahaman anda..

Ingat.. Sumayyah hanya mengenal Lailahaillallah ketika syahid...

Ingat.. Rasulullah tidak mengungkit jahilliyah Umar ketika pengislamannya..


------------------------------------------------------------------------

Makanya, kerja ini, bukan utk yg berlatarbelakangkan keluarga dan sekolah yg baik2 sahaja...bukan utk org yg tudung labuh sahaja...bukan utk org yg lemah lembut, sopan santun perkataannya...

Kita lakukan kerja ini bukan bila dilantik mahupun bila diangkat dan dijulang2 namanya.

Tapi, tidak kira apa jua keadaan dimana2 tempat kita berada.

Mengikut kemampuan. Bukan bermaksud kita fikir apa yang perlu kita lakukan mengikut cara yg orang lain lakukan. Tapi bergerak mengikut kekuatan yang kita ada. Itulah kemampuan. Pasti ada kekuatan itu.

Biarlah manusia tidak tahu gerak kerja kita, biarlah manusia tidak tahu bilamana kita bergerak..biarlah kita tidak diangkat oleh rakan seperjuangan, namun kita tetap bergerak dan tidak berhenti..

kerna bukan sanjungan yg kita cari...

bukan martabat yg ingin kita kecapi...

tp yg ingin digapai hanyalah kesucian Redha Ilahi~

insyaAllah..

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.