Alhamdulillah kini sudah sedikit tenang dan cuba redha
moga Tuhan juga redha dengan keadaan diriku begini
aku mula rasa tenang bila memikirkan semua ini telah ditentukan sebagai jalan cerita hidupku
untuk apa lagi melawan sekiranya makin menyakitkan
petang tadi aku menonton kisah nabi adam dan hawa di youtube
kisah-kisah rasul
aku tidak memikirkan keadaan nabi adam dan hawa, anehnya aku memikirkan keadaan syaitan
syaitan telah redha perjalanan kisah hidupnya begitu
dia tidak meminta untuk dikeluarkan dari syurga
tidak melawan tuhan
bahkan hanya meminta satu syarat
agar dia punya teman di neraka
salahkah agaknya pemikiran ku ini
setelah itu aku kembali tenang
memikirkan semua kita seusaha manapun tetap telah ditentukan tuhan untuk berjalan episodnya sebegitu
hanya mampu berdoa meminta pada tuhan agar diberi peluang ke syurga
kerna syurga milik tuhan
neraka juga milik tuhan
hanya tuhan yang berhak memilih siapa yang akan dimasukkan
No comments:
Post a Comment