Sunday, July 3, 2011

Aku.Hanyalah Taqdir. [p2]

Racun dari dalam.

Mengalir dalam diam.

Disangkanya tidak apa. Rupanya menambah kebencian.

Kebencian untuk teruskan perjuangan.

"Aku takut nak teruskan. Tapi aku sayang jalan ini. Sebab... Sebab.."

Rintih Rin.

"Sebab apa lagi! Banyak betullah alasan kau. Susah sikit je dah tak boleh. Mujahadah sikit je lagi. Tambah jarak ke Syurga. Takkanlah sebab cinta dia. Kau lupa tentang CINTA DIA. Bukan kau ke selalu ingatkan pada adik2, tentang CINTANYA!"

Bertak Zai. Tak tahu lagi dari sudut mana dia nak pujuk. Bukan Rin ni tak tahu soal keimanan. Membawa manusia mengenal Pencipta, dia lah paling semangat sekali.

Tapi.

Rin selalu dalam dilema. Dilema dalam hatinya.

Atas sebab yang satu itu, semua perkara jadi buntu.

--------------------------------------------

Rapat2. Bersila. 6 orang. Masing2 membelek-belek kitab panduan hidup yang satu itu. 

"Fuh, nasib baik rumah ni luas dari bilik aku. Tak lah rimas duk 6 org mcmni. Aku nak duk sinilah tahun depan" Bisik hati kecil Iqa.

"Ingat lagi tak firman Allah dalam surah AsSaff, ayat 4. Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang berperang dijalanNya dlm barisan yang teratur. kukuh. Tapi, sekukuh manakah barisan kita setakat ni?. Sejauh mana ukhuwwah kita setakat ni. Ukhuwwah ni letak kat mana Iqa?"

Tersentak dari lamunan.

"Antara 3 kekuatan umat islam kak." Pantas Ana mencelah. Disikunya Iqa.

"Betul2. Alhamdulillah. Ok. Ada apa2 lagi keraguan di hati?, Masalah2? Luahan2?"

Sunyi. Macam biasa.

"Betul tade?"

Geleng2 semua.

"Em. kalau tade, kita sudahi liqa kita ni dengan tasbih kafarah dan surah Al'Asr"

Kumat-kamit mulut masing2 baca tasbih kafarah dan surah Al'Asr.

"Weh, tadi aku nampak kau ngelamun je, nasib aku tolong kau. Aiskrim kat Giapo lah lepas ni. Hehe"

"Entahlah, sian jugak aku tengok akak kita sorang ni. Dapat adik yang asyik ngelamun je macam aku. Entah apa dia fikir pasal aku nanti"

"Kau ada masalah ke. Sharelah. Ni lah masanya. Masa lain mesti kau segan punya nak curhat2 ngan aku"

"Haha. kau ni. Nasib aku ada kau satu usrah. Kalau tak tak tahu nak borak ngan sape. Segan lah yang lain suma akak2."

"Eleh. Segan konon. Aku nampak kau banyak je cakap ngan dorang. Aku lagi segan kot. Dahlah, takyah fikir sangat lah. Jom. Giapo. Kau belanja. Cahaya keimanan tengah banyak ni. Aku nak pi suluh satu auckland nih"

"Uish. Semangat macam ni lah yang kita nak. Ok2. Jom!"

"Kak Ain, terima kasih banyak2 sudi share ngan kite orang. Kite orang ada urusan ni, balik dulu eh."

"Ha. yelah. Jalan elok2. Jangan segan2 kalau ada apa2."

"Baek! InsyaAllah kak" Jawab mereka serentak.

Pintu lif terbuka.

Terkejut mereka.

Wanita bak bidadari. Putih melepak, berbaju hijau, bertudung labuh, berjacket kemas. Wangi.

Terbau2 hingga ke dalam lif.

Dari tingkat 6, sampai ke groundfloor. Masing2 termangu2. Tertanya siapakah gerangannya wanita itu.

"Eh, sape akak tu, tak pernah nampak pun" tanya Ana.

"Entah tak pernah jumpa pun sebelum ni. Kemas semacam je. Segan aku. Susah kot nak tengok orang tudung labuh kemas macam tu"

"Kau ni. Ke situ pulak. Terasa aku"

"Hee. Guraulah. Aku cuma maksudkan...err"

"Ha!. Apa. Apa. Sudahlah! Kau pun sama. Jom2"

----------------------------------------------

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalamwarahmatullah. Ha, balik pun kau Far, aku baru je pas liqa ngan adik2 ni. Makanlah, aku masak tadi. Mesti penat ni usaha kat uni"

"Wah! Tak sabar nak rasa masakan kelantan ni.Jazakillahukhayr Ain.Sayang awak Fillah"

No comments: