Sungguh hidup yang sementara ini membuatkan diriku takut untuk menghidupkan diri dalam cinta.
Kerna cinta itu pasti tidak kekal.
Pasti sesingkat cuma.
Pasti kan berakhir.
kerna ku tahu diriku tidak mampu untuk menahan ombak rindu.
Bagaimana nanti jika aku bercinta,
disaat perpisahan aku menangis, menyesal kerna bercinta.
disaat dia pergi, aku tak keruan, kerna selalu bersama.
disaat dia tiada, aku tersungkur, tidak tahu kemana, kerna semangatku separuhnya.
adakah aku harus tidak bercinta?
jika begitu mengapa adanya manusia lain?
namun hakikatnya yg tetap cuma Cinta Dia.
menyebabkan aku untuk tidak berputus asa.
walau hidup tiada cinta..
bagaimana harus ku lalui semua ini.....
disaat cinta kita tidak mekar lagi...
disaat harapan hanya khayalan.
jika begitu mengapa adanya manusia lain.
sungguh. aku sudah takut untuk meneruskan cinta.
kerna aku tidak mampu menanggung rindu, hati yang kejauhan...
maafkan aku..jika tidak menjaga kesungguhan cinta.
aku hanya takut. aku rapuh. bukan aku tidak percaya.
Monday, November 21, 2011
Friday, September 23, 2011
Monday, August 29, 2011
Masa itu Kehidupan
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
[QS: Surah Al 'Asr]
[QS: Surah Al 'Asr]
Menuju Tuhan
Sabda Rasulullah, “Allah SWT berfirman, HambaKu tak henti-hentinya mendekatkan diri padaKu dengan berbagai amalan sunah hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya, maka Aku akan menjadi telinga yang membuatnya bisa mendengar dan menjadi mata yang membuatnya bisa melihat.” [HR Al Bukhari melalui jalur Abu Hurairah].
Hati-hati dengan hati
dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai Abuhurairah, jadilah engkau seorang warak (menghindari semua yang haram dan syubhat) nescaya engkau menjadi sebaik-baik manusia ibadatnya, dan jadilah engkau orang yang qana'ah (teriman), nescaya menjadi manusia yang sangat bersyukur, dan sukailah untuk lain orang apa yang kau suka untuk dirimu sendiri nescaya engkau menjadi orang mukmin, dan perbaikilah ketetanggaan kepada tetanggamu nescaya engkau menjadi orang muslim dan kurangilah tertawa sebab banyak tertawa itu mematikan hati.
Thursday, July 7, 2011
Casette
while everyone fast forwarding.
im rewinding.
where all the light gone?
suddenly.
struggling.
O'Allah.
im rewinding.
where all the light gone?
suddenly.
struggling.
O'Allah.
Wednesday, July 6, 2011
Pesanan AlQamah.
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya dalam membina persahabatan,
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

HACK! (anonymous?)
Teringat zaman muda2 dulu. (erk. sekarang dah tua?)
Suka belajar menge'hack' website. Bukak itu ini. Tak payah guna password. Free je memanjang guna.
Hampir terkantoi. Tapi sempat tutup IP address.
Fuh.
Zaman dah berlalu. Kalau nak hack ni. Ambil masa. Then kena cari gabungan key yang betul. Code2 yang betul.
Then. Same goes to telling sumone bout islam.
U should know the right keycode. So that no heart broken. or crash! -hack term.

Tuesday, July 5, 2011
Aku.Hanyalah Taqdir. [p3]
Memang cinta ni indah.
Macam mendaki gunung.
Jalan yang cantik. Nun dihujung lereng bukit, tenang sungai mengalir. Rimbunan pokok2 menutup cahaya matahari terik. Melindungi diri dari sinaran berbahaya. Bunga2 rumpun yang tumbuh sepanjang jalan sungai. Sedap mata memandang. Udara yang segar, dihirup bagai tidak mahu dihembuskan.
Itulah cinta. Perjalanan pertama. Semuanya manis. Mendamaikan. Bagai memberi keyakinan, memberi sebab untuk meneruskan kehidupan.
Tibanya ke permulaan pendakian. Dipandangnya ke puncak, mula dirasakan, mampukah aku meneruskan? Semak samun yang menjalar, bagai tiada arah, hanya cahaya matahari yang memancar, terik. Daki setapak, kaki dipenuhi pohon duri. Daki setapak, muka berkerut berpeluh. Daki setapak, tangan lesu membawa beban di belakang.
Itulah cinta. Bila makin dalam. Bila makin dirasakan perlunya bertanggungjawab atas cinta ini, bertanggunjawab atas hak perasaan orang lain. Makin longlai kaki melangkah, makin lemah jiwa. Bila yang dicintai seolah2 makin jauh pergi. Bila hubungan ini dihiasi dengan bibit2 cemburu, risau, kecewa, mengharap, diterjah berbagai persoalan.
Berbaloikah pengorbanan ini?
"Kalau aku kecewa sedangkan dirinya bahagia. Siapa yang nak balut luka?. Ada dia kesah?"
Tapi.
"Sabar lah satu saat"
Ingat lagi pesan Kak Ain.
Ya. Kena terus mendaki. Kerna dipuncak itulah cinta hakiki. Cinta Ilahi. Indah yang tak terbayang dimata. Tatkala melihat pemandangan dibawah.
"Mak kau!!" Tersentak Iqa.
"Kau ni! Termenung je kerjanya!" Sergah Ana ke telinga Iqa.
Tersengih je Iqa macam kerang busuk.
"Makan aiskrim pun boleh termenung. Tengok tu. Tumpah2 dah"
"Sori dan terima kasih sudi layan kecomotan aku. Malu je. Huhu."
"Usrah. usrah. usrah. sejak masuk usrah ni. kita dah tak sefahaman macam dulu lah."
"so? kau nak salahkan usrah?" balas Ijat.
"Ahh. kalau usrah tu lah pemisah geng kita. ape guna join!"
"Relaxlah sis. Kita tak boleh la nak tuduh melulu. Be professional ok." Sampuk Fiq, cuba menenangkan.
"Ahh. Kau pun sama Fiq. Cuba kau tengok Si Iqa ngan Syira tu. Sebab masuk usrah lah dorang jadi macamtu."
Tersentak Ijat dan Fiq. Tak sangka contoh itu yang diambilnya.
"Tak baek kau cakap macam tu. Kau mana tahu kenapa dorang jadi gitu" Balas Ijat.
Dulu, Zakiah (Zack), Izati (Ijat), Syafiqah (Fiq), Afiqah (Iqa), Syahira (Syira), Zaidatul (Zai), dan Zarina (Rin), mereka ni segeng. Makan sama2, belajar sama2, rempit sama2, gosip sama2, malah dalam ikut halaqah mengenal Islam juga bersama2.
Namun, lama kelamaan mereka semakin berenggang, kejadian Iqa dan Syira menambah lagi renggangan mereka.

------------------------------------
Zack menghentak meja."Usrah. usrah. usrah. sejak masuk usrah ni. kita dah tak sefahaman macam dulu lah."
"so? kau nak salahkan usrah?" balas Ijat.
"Ahh. kalau usrah tu lah pemisah geng kita. ape guna join!"
"Relaxlah sis. Kita tak boleh la nak tuduh melulu. Be professional ok." Sampuk Fiq, cuba menenangkan.
"Ahh. Kau pun sama Fiq. Cuba kau tengok Si Iqa ngan Syira tu. Sebab masuk usrah lah dorang jadi macamtu."
Tersentak Ijat dan Fiq. Tak sangka contoh itu yang diambilnya.
"Tak baek kau cakap macam tu. Kau mana tahu kenapa dorang jadi gitu" Balas Ijat.
Dulu, Zakiah (Zack), Izati (Ijat), Syafiqah (Fiq), Afiqah (Iqa), Syahira (Syira), Zaidatul (Zai), dan Zarina (Rin), mereka ni segeng. Makan sama2, belajar sama2, rempit sama2, gosip sama2, malah dalam ikut halaqah mengenal Islam juga bersama2.
Namun, lama kelamaan mereka semakin berenggang, kejadian Iqa dan Syira menambah lagi renggangan mereka.
--------------------------------------
"Cinta itu tidak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela..."
"Amboi, nasyid nampak, lagu jiwang pulak tu, ada apa2 ke Far"
"Eh. tade apelah. Saja melayan perasaan. Ain, kadang2 kita kena beri perasaan ni berperasaan. Supaya mudah terkesan dengan ayat2 Tuhan" balas Far, lembut.
"Ye tak ye, asyik tension2 je, mana nak berperasaan baca AlQuran"
"Rasa macam tak kena lah ukhuwwah sesama kita. Macammane kita nak bentuk adik2 kalau kita sendiri pun macam ni"
"Kenapa Far?, aku baru cover pasal ukhuwwah usrah hari tu"
"Hmm, entahlah, sumthing wrong sumwhere"
Sunday, July 3, 2011
Aku.Hanyalah Taqdir. [p2]
Racun dari dalam.
Mengalir dalam diam.
Disangkanya tidak apa. Rupanya menambah kebencian.
Kebencian untuk teruskan perjuangan.
"Aku takut nak teruskan. Tapi aku sayang jalan ini. Sebab... Sebab.."
Rintih Rin.
"Sebab apa lagi! Banyak betullah alasan kau. Susah sikit je dah tak boleh. Mujahadah sikit je lagi. Tambah jarak ke Syurga. Takkanlah sebab cinta dia. Kau lupa tentang CINTA DIA. Bukan kau ke selalu ingatkan pada adik2, tentang CINTANYA!"
Bertak Zai. Tak tahu lagi dari sudut mana dia nak pujuk. Bukan Rin ni tak tahu soal keimanan. Membawa manusia mengenal Pencipta, dia lah paling semangat sekali.
Tapi.
Rin selalu dalam dilema. Dilema dalam hatinya.
Atas sebab yang satu itu, semua perkara jadi buntu.

--------------------------------------------
Rapat2. Bersila. 6 orang. Masing2 membelek-belek kitab panduan hidup yang satu itu.
"Fuh, nasib baik rumah ni luas dari bilik aku. Tak lah rimas duk 6 org mcmni. Aku nak duk sinilah tahun depan" Bisik hati kecil Iqa.
"Ingat lagi tak firman Allah dalam surah AsSaff, ayat 4. Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang berperang dijalanNya dlm barisan yang teratur. kukuh. Tapi, sekukuh manakah barisan kita setakat ni?. Sejauh mana ukhuwwah kita setakat ni. Ukhuwwah ni letak kat mana Iqa?"
Tersentak dari lamunan.
"Antara 3 kekuatan umat islam kak." Pantas Ana mencelah. Disikunya Iqa.
"Betul2. Alhamdulillah. Ok. Ada apa2 lagi keraguan di hati?, Masalah2? Luahan2?"
Sunyi. Macam biasa.
"Betul tade?"
Geleng2 semua.
"Em. kalau tade, kita sudahi liqa kita ni dengan tasbih kafarah dan surah Al'Asr"
Kumat-kamit mulut masing2 baca tasbih kafarah dan surah Al'Asr.
"Weh, tadi aku nampak kau ngelamun je, nasib aku tolong kau. Aiskrim kat Giapo lah lepas ni. Hehe"
"Entahlah, sian jugak aku tengok akak kita sorang ni. Dapat adik yang asyik ngelamun je macam aku. Entah apa dia fikir pasal aku nanti"
"Kau ada masalah ke. Sharelah. Ni lah masanya. Masa lain mesti kau segan punya nak curhat2 ngan aku"
"Haha. kau ni. Nasib aku ada kau satu usrah. Kalau tak tak tahu nak borak ngan sape. Segan lah yang lain suma akak2."
"Eleh. Segan konon. Aku nampak kau banyak je cakap ngan dorang. Aku lagi segan kot. Dahlah, takyah fikir sangat lah. Jom. Giapo. Kau belanja. Cahaya keimanan tengah banyak ni. Aku nak pi suluh satu auckland nih"
"Uish. Semangat macam ni lah yang kita nak. Ok2. Jom!"
"Kak Ain, terima kasih banyak2 sudi share ngan kite orang. Kite orang ada urusan ni, balik dulu eh."
"Ha. yelah. Jalan elok2. Jangan segan2 kalau ada apa2."
"Baek! InsyaAllah kak" Jawab mereka serentak.
Pintu lif terbuka.
Terkejut mereka.
Wanita bak bidadari. Putih melepak, berbaju hijau, bertudung labuh, berjacket kemas. Wangi.
Terbau2 hingga ke dalam lif.
Terkejut mereka.
Wanita bak bidadari. Putih melepak, berbaju hijau, bertudung labuh, berjacket kemas. Wangi.
Terbau2 hingga ke dalam lif.
Dari tingkat 6, sampai ke groundfloor. Masing2 termangu2. Tertanya siapakah gerangannya wanita itu.
"Eh, sape akak tu, tak pernah nampak pun" tanya Ana.
"Entah tak pernah jumpa pun sebelum ni. Kemas semacam je. Segan aku. Susah kot nak tengok orang tudung labuh kemas macam tu"
"Kau ni. Ke situ pulak. Terasa aku"
"Hee. Guraulah. Aku cuma maksudkan...err"
"Ha!. Apa. Apa. Sudahlah! Kau pun sama. Jom2"
----------------------------------------------
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalamwarahmatullah. Ha, balik pun kau Far, aku baru je pas liqa ngan adik2 ni. Makanlah, aku masak tadi. Mesti penat ni usaha kat uni"
"Wah! Tak sabar nak rasa masakan kelantan ni.Jazakillahukhayr Ain.Sayang awak Fillah"
Friday, July 1, 2011
Aku.Hanyalah Taqdir. [p1]
Berbeza.
Kini. Kian nyata.
Udara segar. Tapi tidak lagi dapat didefinisikan. Mereka tegar menghembuskan kepul2 asap dari sudut esofagus keluar dari hidung. Ya. sungguh segar udara pagi ini berbanding di tanah air. kan?. Bisik hati kecilnya.
Iqa mendagu. Memandang telatah manusia dari jendela sebesar setengah depa.
"Berbeza sungguh kehidupan orang disini." Bisiknya.
Realiti. iqa telah menjejakkan kaki ke newzealand yang tak pernah terjangkau pun di fikirannya masa sekolah dulu.
"Belajar rajin2". Itulah pesan mak. Masih terngiang sesi 'skype' malam kelmarin. Teknologi sekarang. Jarak beribu dah jadi satu.
"Ahhh. bosanlah".
Mana tak bosan. Bilik muat2 je. Peti ais, katil, meja, almari. Nasib ada ruang untuk solat. Kalau tak. solat atas katil lah jawabnya.
Kotak. putih. Bekas hospital sakit jiwa. Itulah yang didengari sejak baru masuk ke tempat tinggal barunya. Hampir saja dia2 sekali sakit jiwa.
Pantas, dikesatnya mata yang terkebil2, dia mempersiapkan diri.

---------------------------------------
"syira! apa kau buat ni"
"Ah. diamlah! kau bajet bagus apehal"
"apa lagi salah aku. hah. cuba cakap sikit."
syira berpaling. tak endah dengan bebelan Iqa.
Aneh.
Iqa adalah tulang belakang syira. Begitu juga sebaliknya. Kerja projek selalu mereka siapkan bersama. Habis kerja, rempit tiap malam untuk isi perut. Mana taknya, kolej, kenalah jaga hidup sendiri.
Kalau keluar tu, baju nak sama, perfume nak sama. Tak faham juga kenapa perlu sama semua. Macam boria pun ada. Mereka ni memang rapatlah. Berdua je. Sampai satu kelas pun naek menyampah ngan ke'sweet'an dorang ni. Dah macam pasangan bercinta pun ada.
Syira selalu lepak bilik iqa. Tidur bilik iqa. Tak pun selang2. Sekejap tidur bilik, sekejap tidur bilik syira. Rumate Iqa pun bukan selalu ada kat bilik. Entah mana perginya, tak pernah beritahu.
Pernah satu hari ni, syira terkantoi satu subjek, hampir2 saja tidak lulus untuk ke luar negara. Iqa lah yang bantu, setiap malam study. Setiap malam ke library. Kalau Iqa menangis mengadu masalah. Syiralah yang mengesat air matanya. Memeluk syira. Menenangkan.
Tapi.
Itu semua kisah dulu.
Sampailah mereka berdua kenal erti menjadi muslim sejati. muslim yang bukan hanya pada solat puasa sahaja.
Muslim yang jelas kenapa dia dicipta.
Mereka semangat. Ingin mengubah dunia bersama2. Lagi2 ubah manusia, biar kenal Pencipta. Bukan setakat kerja projek dunia. kerja projek akhirat pun mereka buat bersama.
Tapi.
Lama kelamaan, Syira makin berubah. Tak tahu apa tak kena, mana silapnya. Apa sahaja yang Iqa buat, ada je yang tak kena. Itu salah, ini salah.
Syira mula menjauhkan diri dari Iqa.
Hingga kini, Iqa masih tidak menemukan jawapan, kenapa, kenapa semua ini terjadi. Ingin sekali dia putarkan masa mencari punca.
Iqa ingat, bila di perantauan, mereka akan kembali seperti dulu. Namun, sangkaan itu meleset sama sekali. Iqa tidak lagi mengenali syira. Kalau bertembung, syira tidak ubah seperti orang asing.
Sedih. Pelik.
Perjuangan bersama. Janji2 yang tercipta. Memori2 yang dilakar. Seolah2 telah menjadi debu yang diterbangkan angin. Berlalu, tanpa meninggalkan kesan.
-----------------------------------
"Ah. tak payahlah fikir. buat sakit otak je. Biarlah. Asalkan dia bahagia".
Iqa terus berjalan menuju Downtown sambil menggenggam erat beg di tangannya.
TBC...
Tuesday, May 31, 2011
adakah usrah memisahkan kita?
Kadang2 pelik, kita sudah hampir tidak mengenali kawan lama kita. hanya kerna kita tidak seusrah.
kita sudah tidak makan bersama, hanya kerna kita tidak seusrah.
kita sudah tidak ambil peduli satu sama lain, hanya kerna kita tidak seusrah.
kita sudah tidak mahu mengenali yang lain, hanya kerna kita tidak seusrah.
kita sudah tidak menziarahi rumah itu, rumah sini, hanya kerna kita tidak seusrah.
kita sudah tidak bermesra, bercerita tentang masalah2, hanya kerna kita tidak seusrah.
tapi rasulullah tetap mengenali semua, walaupun berusrah.
rasulullah tetap ziarah semua, walaupun berusrah.
rasulullah tetap bermesra dengan semua, walaupun berusrah.
adakah usrah memisahkan kita? sedangkan yang sebuk2 kita laungkan adalah ukhuwwah fillah?

Saturday, May 28, 2011
Semangat! [exam final year]
MasyaAllah,
tanpa pengorbanan, kita takkan dapat berada dimana kte mahu berada-DR Afifi
tanpa pengorbanan, kita takkan dapat berada dimana kte mahu berada-DR Afifi
Tuesday, May 10, 2011
periuk nasi
Periuk nasi.
nak masak nasi.
masukkan beras ikut sukatan kte nak.
basuh beras 3 kali.
kali pertama keruh betul air dia.
kali kedua dah jernih sikit.
kali ketiga-perfect-bakteria dan ulat beras pun terkeluar sekali ngan air.
ok.
sekarang letak air ikut sukatan.
ada orang 1 selang jari.
ada orang 1 setengah selang jari.
dah siap.
tunggu punya tunggu.
punya tunggu.
punya tunggu.
aish. nasi ni sejam lebih da ni.
tak masak2...
LAAAAAAAAAAAA..TAK PETIK SUIS RUPANYA!
----------------------------------
pernah terjadi seperti diatas?
kekadang kte syok memberi.
terlalu ikutkan modul.
terlalu memberi ceramah.
terlalu fikirkan muntij.
terlalu menghukum?
terlalu memberatkan sesuatu.
terlalu mengikut kata org terdahulu.
tapi, kita lihat mereka....
masih sama..
masih disitu..
masih duduk..
masih berselimut..
kita terlupa..
untuk lakukannya,
untuk memberi mengikut keperluan..

Saturday, May 7, 2011
Makin lama makin lesu?
Tarbiyah ini. jika tidak dibaharui bukunya. boleh membawa kepada lesu.
Imbas semula.
Sudah khatam raheek makhtum?
Sudah amalkan hadis 20/40? Menghafal itu satu. Mengamal?
Juz 30.?
Ya. LESU. jika merasai tiada pertambahan dalam amalan diri.
kerna dakwah dan diri ini selari.
lihat sahaja Baginda.
Baginda bukan hanya berdakwah kosong.
tapi tercermin setiap kata2nya pada amalan.
itulah aura Tsiqah.
tak perlu ada daurah tsiqah.
"When u talk too much. does not mean you act too much."
Masih ada kesempatan.
bukalah buku baru.
tajdidkan niat..
Wallahua'lam.
menulis manusia
Betapa para pendakwah kekadang terlalu sibuk mengajar hingga tidak sempat belajar. Terlalu ghairah menyampaikan hingga kurang menjadi "pendengar". Terlalu acap ke luar diri, sudah jarang kembali ke dalam diri.
Itu akan menjadikan hatinya keras, dalam kelembutan dakwah secara lisan atau tulisannya. Menjadi akalnya dan pemikirannya tumpul justeru ilmunya seputar itu-itu juga.
Pendakwah bukan lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Ilmu, kata-kata dan tulisaannya bukan komoditi niaga yang asyik dipromosi untuk mempopularkan diri. Hingga kekadang tanpa sedar, manusia ditarik bukan lagi kepada Ilahi, tetapi kepada diri sendiri.
Malang, bila pendakwah jadi "peniaga" yang menjaja bahan dakwah dan tarbiah mengikut selera massa. Dan kejayaan diukur oleh gelak getawa dan puji-puja masyarakat atas keterampilan kata dan gaya. Persis seorang selebiti! Mereka tidak lagi berdiri teguh sebagai karang di dasar lautan yang teguh bagaikan "doktor" memberi kepada ummah apa yang menyembuhkan walaupun terpaksa bergelut dengan kepahitan.
Bukan marahkan sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri. Mengapa dalam arus ilmu dan maklumat, ceramah dan kuliah, masyarakat sangat kurang berubah? Mengapa jenayah semakin marak? Apakah dakwah kita sudah semakin tawar? Apakah tarbiah kita semakin hambar? Fikir-fikirkanlah. Kata yang datang dari hati... pasti jatuh ke hati. Bukan soal kecerdasan dan gaya, tetapi soal keikhlasan, hikmah dan taqwa.
KAU MURABBI BUKAN SELEBRITI!
Leaders are learners – pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Begitu saya diingatkan berkali-kali. Malah, saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin – when you stop learning, you stop leading. Setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri.
-iluvislam
Apatah lagi lagi jika ingin menulis manusia. Bagaimana untuk menulis jika tidak menambah kefahaman dengan membaca? Malah yang ditulis mungkin hanya menjadi sebuah buku, bukan seorang doktor.
Sunday, January 16, 2011
mencari Cinta
ternyata apa yg dilakukan selama ini adalah kerna Cinta...
tapi awas, kerna cinta membawa kepada dua jalan, jalan putih, jalan hitam...
cinta mampu mnguatkan seseorang,
cinta juga mampu menghancurkan seseorang...
namun, jelaskah kita akan hakikat cinta hakiki?
yang tidak pernah tinggalkan kita ketika susah mahupun senang...
ketika susah, Dia tetap memberi kita peluang bernafas memperbaiki diri..
ketika senang, Dia juga tetap memberi kita peluang bernafas meneruskan semangat utk hidup..
utk pengakhiran yg terbaik...menju Nya...
itulah cintaNya, sentiasa tahu yang terbaik utk kita...
tapi kita?
merungut tak dapat apa yang nak, sedangkan kita tak tahu adakah ia baik atau buruk...
hakikat manusia...
apabila mendapat kesusahan, keluh kesah
apabila mendapat kebaikan, kikir [alMa'arij:20-21]
walaupun apapun, ingatlah, Allah selalu bersama kita..

Subscribe to:
Posts (Atom)