Thursday, December 17, 2009

Maal hijrah, pesta bola??


Bismillah..

Khamis maghrib bermulalah tahun baru hijrah 1431...

fuhh..lama dah rupanya peristiwa hijrah tu berlalu..

tapi sejauh mana penghayatan kita terhadap peristiwa hijrah tu?

semalam, satu perlawanan bola antara malaysia dan vietnam telah berlangsung dgn jayanya sehingga berjaya...penuh manusia depan tv sorak 'yeah, akhirnya malaysia berjaya!!'...

seiring dengan sahutan "marilah menuju kejayaan..."...

itulah yang aneh, kalau sukakan kejayaan, sepatutnya mesti kita rasa terpanggil dengan panggilan itu dan terus menuju 'kejayaan'...

kejayaan hakiki yang mana hati ini berjaya melepasi belenggu syaitan dan rantai nafsu..

lagi aneh...

mana hilang entah semangat hijrah..

semangat untuk tinggalkan jahiliyah semuanya demi cintaNya...

hmm...moga iman kita tidak hambar seperti hambarnya masjid2 dr suara2 orang berdoa doa awal dan akhir tahun ...nauzubillah..

moga kita menjadi dan mendapat lebih baik tahun baru ini...InsyaAllah..

No comments: