Sunday, August 16, 2009

Hanya gerhana..

gerhana1


Tertarik dgn tajuk ini...


Dalam kitab Al Muntalaq karya Muhammad Ahmad Ar Rashid, terdapat satu tajuk berkenaan dengan gerhana, tetapi kisahnya bukanlah mengenai gerhana matahari, tetapi gerhana di dunia ini apabila islam tidak menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Dunia sesungguhnya telah mengalami kerugian yang amat besar apabila Islam tidak menjadi penguasa dunia, sejarah telah menjadi saksi betapa selama hampir 1400 tahun, Islam telah menyinari sekurang-kurangnya 2/3 dunia dengan rahmat dan keadilan.

Ketika zaman keagungan Islam, tabir kegelapan dan kezaliman dunia disingkap, ramai manusia telah kembali menjadi hamba kepada Allah apabila mereka telah menjadi hamba kepada sesama manusia sebelumnya.

Pelbagai tamadun ilmu berkembang, penemuan demi penemuan ditemukan, tokoh demi tokoh dilahirkan, keadilan Islam melata diatas muka bumi, dunia dan seisinya beroleh rahmat apabila bumi ini dipusakai oleh hamba-hamba Allah yang soleh.

Kesan ketamadunan ilmu ini masih kekal hingga hari ini, nama-nama seperti Umar Al Khattab, Muawiyah Bin Abi Sufian, Imam Nawawi, Imam Syafi’I, Imam Ghazali, Al khwawizmi, Ibn Sina, Al Khindi, Al Biruni akan terus kekal harum sepanjang ketamadunan insan.

Namun, sinaran mentari Islam ditakdirkan gerhana jua seketika, 1924, menyaksikan kejatuhan khilafah yang terakhir, bumi Uthmaniyyah bermandi air mata ummah yang menangisi pemergian khilafah.

Dunia kembali gelap, peperangan demi peperangan berlaku, umat Islam dibantai dimana-mana, sistem ekonomi kapitalis berasaskan riba menjerut dunia seluruhnya, pencemaran dunia makin kritikal, bangunan makin tinggi tetapi kerohanian manusia makin runtuh. Dunia sekali lagi dirundung gerhana dek hilangnya mentari Islam.

Tabi’I gerhana ialah ianya hanya akan berlaku seketika, sinar cahaya pasti akan kembali selepasnya, hanya selepas 85 tahun kegelapan, Islam kembali menunjukkan tanda-tanda kebangkitan. Hari ini, Islam menjadi agama yang paling pantas dianuti di Eropah dan Amerika.

Para pendakwah yang ikhlas kini gigih bekerja, hanya masa yang akan menentukan bahawa Islam pasti akan bangkit kembali. Dunia ini pasti akan kembali dipusakai oleh hamba-hamba Allah yang soleh. Kawanan burung kini menyanyi riang kerana sedar saat gerhana hampir tiba dipenghujungnya.


Islam pasti bangkit kembali~


InsyaAllah...


Wallahu'alam~


-credit: abdullah-

1 comment:

Anonymous said...

ameen..insyaAllah!