Sunday, June 21, 2009

Benarkah kita sudah berdakwah?

"janganlah lihat kepada penyedar kita..tapi lihatlah kepada benda yang nak disedarkan itu.."

--------------------------------------------------------

Jika kita merujuk kepada sejarah, bila dakwah tidak berlaku maka tiga perkara akan berlaku..

Apabila jemaah DAKWAH tidak ada dalam satu-satu Tempat, maka kat tempat tu… TIGA PERKARA BESAR akan berlaku.., iaitu:-

Pertama:
Ramai orang islam yang murtad.., sangat ramai!

Kedua:
Akan muncul pembaharuan dalam agama..,

Ketiga:-
Allah cabut kehebatan islam sehingga orang kafir tidak lagi merasa gerun dan takut kepada orang islam


*******

Pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu, tiada sahabat yg menjual kitab AlQuran, kitab kitab tasawwuf, kitab ehsan, kitab sifat 20, apatah lagi email, sms, blog, dan media masa!!


Walaupun zaman Nabi SAW tiada Al quran yang di bukukan sekalipun, tapi Nabi telah mendidik para sahabat RA bersama2 amal agama sehingga mereka semua menjadi ‘Al quran yang bergerak..’
Nabi telah ajar sahabat berdakwah dengan cara yang betul..

Semua sahabat berdakwah dengan bergerak jumpa manusia dari pintu ke pintu, lorong ke lorong, kabilah ke kabilah... dan sahabat telah bawa sifat yang sempurna dalam diri sehingga mereka menjadi asbab hidayat seluruh alam..

kemudian jika ada orang baru masuk islam maka Nabi SAW akan hantar mereka belajar agama di rumah para sahabat Nabi SAW.. kerana di rumah sahabat Nabi ada suasana dakwah dan akhlak, bila orang baru di bawa di kedai orang islam pun ada suasana dakwah dan akhlak, yang mana akhirnya membawa kesan kepada dunia dan berbodong bondong manusia masuk agama islam kerana semua sahabat adalah PENDAKWAH yang sebenar..

Dan kita tahu bahawa kubur sahabat RA telah bertebaran serata alam, hanya ada 10 ribu lebih kurang kubur sahabat di sekitar madinah dan mekah, lagi seratus dua puluh ribu lagi kubur sahabat adalah di luar Madinah dan mekah.., bagaimanakah cara sahabat berdakwah yang mana ribu-ribu orang masuk islam?

*******

Taksub

Ingatlah, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana taksub terhadap sesuatu pimpinan manusia, mahupun persatuan.

Hormat

Bila kita lebih faham sesuatu perkara, jgn perkecilkan org yg tidak faham, tugas kita utk memahamkan, agar tidak disoal hak mereka yg tidak faham itu diakhirat kelak kerna kita tidak memahamkan mereka.

Bukankah kita dulu tidak faham juge?

Sela masa

Dakwah bukanlah hanya bila kita duduk di masjid dan mendengar penceramah berceramah, duduk dalam halaqah-tadabur AlQuran, hadith, sedikit tazkirah--- itu semua majlis ilmu, bukan berdakwah.

Ianya perlu setiap masa dan ketika, perlu diisi dgn peringatan dr seorang sahabat kpd sahabat yg lain walau satu ayat. Bukan hanya hari2 tertentu, sekali seminggu.

Kerna bila ada sela masa, masa kita itu akan ditarik oleh jahiliyyah-maen game, tgk movie, jln2 tanpa faedah (oh diriku!!! sedarlah dan berilah peringatan)

******

Quote:

Saye tidak berdakwah melalui blog ini semata, ia hanya satu medium dari medium utama, jika kalian mendapat kebaikan dengan membaca blog aerinsofea, itu baik untukmu...oleh itu, marilah kita saling mendoakan agar hidup diredhai Tuhan..insyaAllah (Ameen)


Waallahua'lam

~correct me if i'm wrong (miminapis, saye amek kata2 kamu...(^^)~


rungkaian dr: hamka

2 comments:

Anonymous said...

macam pernah bace pasal dakwah ni. kereta mayatkah?

alKhair said...

haah...haah...kereta mayat..

best2...

kk ada bubuh link dier kat bawah tu~

best2..(^^)