Friday, January 23, 2009

Unite = Islam

kitab sohwah Islam bain ikhtilaf msyru' wa tafarrug mazmum..Kitab yg dikarang oleh Dr Yusuf Qardawi itu pd awal kitabnya membincangkan kesatuan di bwh bab yg bertajuk kesatuan dan kebersamaan adalah kefardua. Perkara ini penting kerana kita lihat perpecahan melanda umat Islam sekarang dengan pelbagai persatuan dan jemaah wujud dan hanya banyak berlawan sesama sendiri tanpa memikirka kemaslhatan yg lebih besar. Dalam bab tersebut Dr Yusfu qardawi menerangkan dalil kefarduan bersatu dan haramnya berpecah belah.
Firman Allah s.w.t: Dan hendak lah kamu berpegang dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah, dan ingatlah nikmat Allah ketika mana kamu bermushan (diantara aus dan khazraj) maka Allah mendamaikan hati2 kamu dan kamu menjadi bersaudara dgn sebab nikmat yg Allah beri. Dan juga kamu berada ditepi jurang neraka maka Allah menyelamatkan kamu. Seperti demikianlah Allah menerangkan ayat2nya pd kamu mudah2an kamu mendapat hidayah. Dan hendaklah kamu menjadi sekumpulan manusia yg menyeru kpd kebaiakan, menyuruh melakuakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dan janganlah engkau menjadi sprti orang2 yg berpecah belah dan berselisih pendapat selepas datangnya keterangan2 pd mereka, dan mereka mendapat azab yg amat besar.(Ali Imran: 103-105) Sebab kpd penurunan ayat 100 - 107 surah Ali Imran adlah kerana berlakunya pertelingkahan diantara kaum aus dan khazraj yg hempir2 berlakunya pertumpahan darah disebabkan oleh syas bin qis yg mengapi2kan permusuhan diantara kedua puak Islam. Apabila Nabi mendapat tahu berita ini, Nabi segera bersabda: "Wahai org2 Islam! adakah kamu mengikut seruan jahiliyah sedangkan aku bersamu kamu semua. Adakah selepas mana Allah memberi petunjuk Islam pd kamu, memuliakanmu, menjauhkan kamu perkara2 jahiliyah, menyelamatkan kamu dr kekufuran dan mendamaikan hati2 kamu, kamu hendak kembali pd kekufuran." Apabila pr sahabat mendengar kate2 Nabi, brlah mereka sedar mereka itu adalah tipu daya syaitan. Lalu mereka mencampakkkan senjata2 mereka, menangis dan berpelukan seama mereka. (Dunukilkan oleh Imam Sayuti dlm Durur al-Manthur)

Berpecah dlm agama adalah sifat org2 yahudi. Firman Allah: "Sesungguhnya org2 yg memecah belahkan agama mereka adalah dan menjadi berpuak2. Engkau bukan dr kalangan org2 yg berpuak tersebut. Kesudahan urusan mereka hanya diserahkan pd Allah. Kelak Allah akan mendedahkan apa yg mereka lakukan.(An'am: 159) Ibnu Abbas berkata ayat ini untuk org2 yahudi dan nasrani yg berpecah dlm agama mereka.

Firman Allah: Hanya sanya org2 beriman ini bersaudara. Hendaklah kamu mendamaikan diantara dua saudara kamu. Bertaqwalah kamu mudah2an kamu dirahmati.(HUjurat: 10)

Nabi bersabda: Hendaklah kamu bersama jemaah dan jauhkan perpecahan. Sesungguhnya syaitan suka bersama org yg bersendirian.(HR Tirmizi)

Nabi bersabda: Dibuka pintu syurga pd hari Isnin dan Khamis. Diampunkan dosa2 hamba yg tidak menyengutui Allah melainkan lelaki yg berbalah dengan saudaranya. Dikatakan kepadanya: "Lihatlah org2 ini sehinggalah dia berdamai" sebanyak 3x(HR Muslim)

Nabi bersabda: Sesungguhnya syaitan sudah putus utk disembah oleh org Islam di tanah arab tetapi tidak berputus asa utk memecahbelahkan kesatuan umat Islam.(HR Muslim)

Kesimpulan: Bersatu padu adalh keawajipan dan berpcah belah adalah satu perkara yg amat dilarang sama sekali. Perpecahan boleh mengakibatkan dua perkara:
1. Kegagalan
2. Hilang kekuatan seperti disebut dlm Quran (Al-Anfal-46).

No comments: