Saturday, January 30, 2010

fruit picking

Alhamdulillah..Sedap!!..fresh dari kebun.

Petik2 apple, nuctarine, peach...terus makan kat situ.

Rezeki

Walaupun semua orang petik dan makan buah yang sama, tapi tak semua dapat yang manis dan sedap.

Bila tidak mendapat buah yang manis, bukan rezeki kita pada waktu itu untuk buah yang kita petik, mungkin buah yg seterusnya, atau seterusnya, atau seterusnya, kerna mungkin buah yang kita petik pada waktu itu jika kita makan, boleh sebabkan penyakit...Allah pasti memberi yang terbaik.

Pastu, buah yang manis dan sedap tu kebanyakannya kat atas, kena usaha panjat utk dptkannya, kita akan dapat lah apa yang kita usahakan..sesuai dengan sunnatllahNya..

Kisah epal


Bila tgk pokok epal, teringat perumpamaan gadis dgn buah epal.

"Jadilah epal yang berada di atas pokok dibahagian yang paling tinggi, terpelihara dan susah dipetik, itulah buah yang paling sedap dan cantik....jangan pula menjadi epal yang sengaja menjatuhkan diri, kerna bila ia jatuh pasti akan menjadi busuk"

buah epal segar dr kebun

Rupa buah

Banyak juga tertipu dgn rupa buah yg kteorg petik tu..

warna dah cantik dah, nampak sedap..tp bila kopek rupanya ada ulat.

ada satu buah tu, buruk dan lembik..tp bila makan tu, masyaAllah..sedapppp

ni buah2 yg kteorg petik!:




NewZealand best!...huhu

Wallahu'alam...(^^)v

Saturday, January 23, 2010

yang pasti..

sungguh!..

kita ini sering berputar cerita, merungut, memikirkan dan membincangkan perkara yang tidak pasti...

keputusan peperiksaan kita..perancangan masa depan kita..perkahwinan kita..perangai mad'u kita..

walhal kita lupa pada satu perkara yang pasti!..

---mati---



buatlah sesuatu kerana Allah, bermujahadahlah, terus sahaja lakukan kebaikan..utk mendapat redhaNya..bertawakkal serta yakinlah pada janjiNya...

Friday, January 22, 2010

Dua karakter da'i

Untuk keberhasilan dakwah, Daie perlu ada dua karakter ini:

Cerdas dan bersih...

Cerdas dari segi akalnya.

Cerdas tahap "brilliant"

Yang mana kita tinggalkan apa yang tidak perlu, tidak mengambil sesuatu dengan berlebihan, tidak juga kurang.

Perlu selari dengan penampilan-daie harus berpenampilan professional

Tidak mewajibkan apa yang disunatkan

Bersih adalah dari sudut hati.


Dengan hati yang bersih, akan lahirnya hikmah

ada satu contoh,

kalau berdakwah dengan cara yang kasar, apa yang akan terjadi pada seorang daie itu?

dikala realiti menolak 'dakwah'?

pasti tiada hasilnya, bahkan boleh dipenjarakan!

janganlah kita menunjukkan tindakan yang buruk, dan ketidak perofessional kita hanya kerana semangat untuk berdakwah, tapi tidak dengan cara yang betul...

hati yang bersih juga penuh dengan kasih sayang.

maka dakwah kita adalah dakwah kasih sayang. secara berukhuwwah gitu..

-bagaimana menyentuh hati (abbas assisi)

Wallahu'alam.

Allah berfirman:"Hai org2 yg beriman,jauhilah kebanyakan dari prasangka(curiga),kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa” [49:12]