Tuesday, July 5, 2011

Aku.Hanyalah Taqdir. [p3]

Memang cinta ni indah.

Macam mendaki gunung.

Jalan yang cantik. Nun dihujung lereng bukit, tenang sungai mengalir. Rimbunan pokok2 menutup cahaya matahari terik. Melindungi diri dari sinaran berbahaya. Bunga2 rumpun yang tumbuh sepanjang jalan sungai. Sedap mata memandang. Udara yang segar, dihirup bagai tidak mahu dihembuskan.

Itulah cinta. Perjalanan pertama. Semuanya manis. Mendamaikan. Bagai memberi keyakinan, memberi sebab untuk meneruskan kehidupan.

Tibanya ke permulaan pendakian. Dipandangnya ke puncak, mula dirasakan, mampukah aku meneruskan? Semak samun yang menjalar, bagai tiada arah, hanya cahaya matahari yang memancar, terik. Daki setapak, kaki dipenuhi pohon duri. Daki setapak, muka berkerut berpeluh. Daki setapak, tangan lesu membawa beban di belakang.

Itulah cinta. Bila makin dalam. Bila makin dirasakan perlunya bertanggungjawab atas cinta ini, bertanggunjawab atas hak perasaan orang lain. Makin longlai kaki melangkah, makin lemah jiwa. Bila yang dicintai seolah2 makin jauh pergi. Bila hubungan ini dihiasi dengan bibit2 cemburu, risau, kecewa, mengharap, diterjah berbagai persoalan.

Berbaloikah pengorbanan ini?

"Kalau aku kecewa sedangkan dirinya bahagia. Siapa yang nak balut luka?. Ada dia kesah?"

Tapi.

"Sabar lah satu saat"

Ingat lagi pesan Kak Ain.

Ya. Kena terus mendaki. Kerna dipuncak itulah cinta hakiki. Cinta Ilahi. Indah yang tak terbayang dimata. Tatkala melihat pemandangan dibawah.

"Mak kau!!" Tersentak Iqa.

"Kau ni! Termenung je kerjanya!" Sergah Ana ke telinga Iqa.

Tersengih je Iqa macam kerang busuk.

"Makan aiskrim pun boleh termenung. Tengok tu. Tumpah2 dah"

"Sori dan terima kasih sudi layan kecomotan aku. Malu je. Huhu."


------------------------------------
Zack menghentak meja.

"Usrah. usrah. usrah. sejak masuk usrah ni. kita dah tak sefahaman macam dulu lah."

"so? kau nak salahkan usrah?" balas Ijat.

"Ahh. kalau usrah tu lah pemisah geng kita. ape guna join!"

"Relaxlah sis. Kita tak boleh la nak tuduh melulu. Be professional ok." Sampuk Fiq, cuba menenangkan.

"Ahh. Kau pun sama Fiq. Cuba kau tengok Si Iqa ngan Syira tu. Sebab masuk usrah lah dorang jadi macamtu."

Tersentak Ijat dan Fiq. Tak sangka contoh itu yang diambilnya.

"Tak baek kau cakap macam tu. Kau mana tahu kenapa dorang jadi gitu" Balas Ijat.

Dulu, Zakiah (Zack), Izati (Ijat), Syafiqah (Fiq), Afiqah (Iqa), Syahira (Syira), Zaidatul (Zai), dan Zarina (Rin), mereka ni segeng. Makan sama2, belajar sama2, rempit sama2, gosip sama2, malah dalam ikut halaqah  mengenal Islam juga bersama2.

Namun, lama kelamaan mereka semakin berenggang, kejadian Iqa dan Syira menambah lagi renggangan mereka.

--------------------------------------

"Cinta itu tidak pernah meminta, tetapi memberi sepenuh rela..."

"Amboi, nasyid nampak, lagu jiwang pulak tu, ada apa2 ke Far"

"Eh. tade apelah. Saja melayan perasaan. Ain, kadang2 kita kena beri perasaan ni berperasaan. Supaya mudah terkesan dengan ayat2 Tuhan" balas Far, lembut.

"Ye tak ye, asyik tension2 je, mana nak berperasaan baca AlQuran"

"Rasa macam tak kena lah ukhuwwah sesama kita. Macammane kita nak bentuk adik2 kalau kita sendiri pun macam ni"

"Kenapa Far?, aku baru cover pasal ukhuwwah usrah hari tu"

"Hmm, entahlah, sumthing wrong sumwhere"



No comments: