Friday, July 1, 2011

Aku.Hanyalah Taqdir. [p1]

Berbeza.

Kini. Kian nyata.

Udara segar. Tapi tidak lagi dapat didefinisikan. Mereka tegar menghembuskan kepul2 asap dari sudut esofagus keluar dari hidung. Ya. sungguh segar udara pagi ini berbanding di tanah air. kan?. Bisik hati kecilnya.

Iqa mendagu. Memandang telatah manusia dari jendela sebesar setengah depa.

"Berbeza sungguh kehidupan orang disini." Bisiknya.

Realiti. iqa telah menjejakkan kaki ke newzealand yang tak pernah terjangkau pun di fikirannya masa sekolah dulu.

"Belajar rajin2". Itulah pesan mak. Masih terngiang sesi 'skype' malam kelmarin. Teknologi sekarang. Jarak beribu dah jadi satu.

"Ahhh. bosanlah".

Mana tak bosan. Bilik muat2 je. Peti ais, katil, meja, almari. Nasib ada ruang untuk solat. Kalau tak. solat atas katil lah jawabnya.

Kotak. putih. Bekas hospital sakit jiwa. Itulah yang didengari sejak baru masuk ke tempat tinggal barunya. Hampir saja dia2 sekali sakit jiwa.

Pantas, dikesatnya mata yang terkebil2, dia mempersiapkan diri.

---------------------------------------

"syira! apa kau buat ni"

"Ah. diamlah! kau bajet bagus apehal"

"apa lagi salah aku. hah. cuba cakap sikit."

syira berpaling. tak endah dengan bebelan Iqa.

Aneh.

Iqa adalah tulang belakang syira. Begitu juga sebaliknya. Kerja projek selalu mereka siapkan bersama. Habis kerja, rempit tiap malam untuk isi perut. Mana taknya, kolej, kenalah jaga hidup sendiri. 

Kalau keluar tu, baju nak sama, perfume nak sama. Tak faham juga kenapa perlu sama semua. Macam boria pun ada. Mereka ni memang rapatlah. Berdua je. Sampai satu kelas pun naek menyampah ngan ke'sweet'an dorang ni. Dah macam pasangan bercinta pun ada.

Syira selalu lepak bilik iqa. Tidur bilik iqa. Tak pun selang2. Sekejap tidur bilik, sekejap tidur bilik syira. Rumate Iqa pun bukan selalu ada kat bilik. Entah mana perginya, tak pernah beritahu. 

Pernah satu hari ni, syira terkantoi satu subjek, hampir2 saja tidak lulus untuk ke luar negara. Iqa lah yang bantu, setiap malam study. Setiap malam ke library. Kalau Iqa menangis mengadu masalah. Syiralah yang mengesat air matanya. Memeluk syira. Menenangkan.

Tapi.

Itu semua kisah dulu.

Sampailah mereka berdua kenal erti menjadi muslim sejati. muslim yang bukan hanya pada solat puasa sahaja.  
Muslim yang jelas kenapa dia dicipta.

Mereka semangat. Ingin mengubah dunia bersama2. Lagi2 ubah manusia, biar kenal Pencipta. Bukan setakat kerja projek dunia. kerja projek akhirat pun mereka buat bersama. 

Tapi.

Lama kelamaan, Syira makin berubah. Tak tahu apa tak kena, mana silapnya. Apa sahaja yang Iqa buat, ada je yang tak kena. Itu salah, ini salah. 

Syira mula menjauhkan diri dari Iqa.

Hingga kini, Iqa masih tidak menemukan jawapan, kenapa, kenapa semua ini terjadi. Ingin sekali dia putarkan masa mencari punca. 

Iqa ingat, bila di perantauan, mereka akan kembali seperti dulu. Namun, sangkaan itu meleset sama sekali. Iqa tidak lagi mengenali syira. Kalau bertembung, syira tidak ubah seperti orang asing. 

Sedih. Pelik. 

Perjuangan bersama. Janji2 yang tercipta. Memori2 yang dilakar. Seolah2 telah menjadi debu yang diterbangkan angin. Berlalu, tanpa meninggalkan kesan.

-----------------------------------

"Ah. tak payahlah fikir. buat sakit otak je. Biarlah. Asalkan dia bahagia". 

Iqa terus berjalan menuju Downtown sambil menggenggam erat beg di tangannya.




TBC...






No comments: