Wednesday, April 29, 2009

Jangan leraikan ikatan.Pautlah! Cantumkanlah!

"Ahh...markah test aku ni tak sehebat kau..Malaslah aku nak belajar!!" kata si A.

"Ha tulah kau, aku dah kata kena study..study..study..bukan bukak internet je 24 jam..bla..bla..bla" kata si B

Berlalulah si A tanpa menoleh kepada temannya yang sedang berleter dengan perasaan marah dan geram...

Peristiwa yang acapkali berlaku dikalangan kita...

Mengapa perlu menambahkan bara pada api yang menyala. Kenapa makin bertambah ilmu kita makin kita tidak faham.. bahasa yang dituturkan oleh sahabat2 kita.

Kan lebih baik jika...

"eh..apa pulak..tak kurangnya kau dengan aku..cuma kena usaha sikit je lagi..lain kali kita study sama2 ye..aku tolong kau mana yang perlu..kau pun tolonglah aku mana yang perlu ye.." kata si B

"InsyaAllah"..kata si A sambil tersenyum

ringkas..mudah..dan menenangkan. Sahabat kita itu cuma mahukan kata2 semangat, daya perangsang untuk kembali berjuang, bukannya syarahan panjang lebar tanpa makna yang akhirnya membawa kebencian dan permusuhan..sahabat itu cuma mahu rasa teman seperjuangan disisi.

Dengar dengan hati dan mata, bukan dengan telinga semata-mata!

Kita kata kita ini bersaudara, tapi seringkali kita tidak menjaga mahupun menunjukkan diri ini bersaudara, lebih2 sebagai muslim. Lihat sahaja pengorbanan sahabat2 Baginda suatu masa dahulu, bagaimana Saidina Abu Bakar sanggup menahan bisa ular ketika menemani Rasulullah bersembunyi. Kita ini macammana?..layakkah mengaku umatnya jika ukhwah yang kecil ini pun sukar utk dijaga? moga diri ini sentiasa beringat....

[49 : 10] Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.



Penyakit hati

Ujub..penyakit hati yang kadang2 kita tidak perasan ada pada diri kita. Merasa diri lebih cukup, lebih bagus berbanding orang lain. Ianya akan merosakkan ukhwah kerna akan menghasilkan perasaan dengki dan tidak senang akan kelebihan yang ada pada orang lain. Kan lebih tenang jiwa ini bila kita lihat apa yang ada pada diri kita yang perlu diberi untuk mencukupkan keperluan orang lain. Biarlah diri ini berkorban walau saudaramu tidak mengetahui. Biarlah hanya Allah yang membalasnya.

"Berilah sebanyak-banyaknya bukan terima sebanyak-banyaknya"


Bersangka buruk

Jauhilah penyakit hati ini agar jiwa kita tidak membusuk dengan sangkaan2 dari bisikan2 syaitan yang memang mahukan permusuhan.

[49:11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

[49:12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.



Ego

Tidak dinafikan kadang2 ego lebih mengatasi diri dalam sesebuah perhubungan. Tapi, apa salahnya jika kita buang ego itu jauh2 dengan mudah memaafkan kesalahan orang. "What past is past, let bygone be bygone". Akan jatuhkah maruah seseorang pabila egonya tercabar? Ego itu perlu tapi pada keadaan tertentu.. Jika ada seseorang yang menegur kesalahan kamu untuk kebaikan kamu, ambillah masa untuk berfikir, bukan terus melantangkan suara menolak kerna mungkin itulah satu2nya masa Allah membuka pintu hidayah untukmu..tiada peluang kedua, atau peluang ketiga.


Lihatlah pada Islam bukan pada muslim

Teguran yang datang pada orang yang tidak menampakkan ciri2 keIslamannya tidak semestinya tidak betul. Mungkin dia lebih baik daripada diri kita dimasa akan datang. Ambillah apa yang ditegur..Bukan sifat2 org menegur.

Hakikatnya pengetahuan itu seharusnya datang dengan amalan. Orang yang dihormati lebih mudah dituruti ajarannya. Berdakwahlah dengan penuh hikmah.


Kasih sayang

Kasih sayang itu bukan bermusim. Bukan macam buku algebra mahupun buku campbell yang hanya dibuka bila exam. Kasih sayang itu ibarat tangan yang dihulurkan utk membantu tangan yang lain. Kasih sayang itu ibarat cas2 elektrik yang menjadikan orang yang menerima cas2 itu bersemangat dan tabah dalam mengharungi kehidupan, kerna punyai sahabat disisi. Jadilah tangan yg menghulurkan..jadilah cas2 yang mencetuskan ketenangan. Bila individu muslim itu penuh kasih sayang, Islam ini dinampakkan lebih indah dimata dunia, mudahlah untuk mereka menerima.


Hidup akan lebih bermakna dengan tautan ukhwah yang dibina selamanya...InsyaAllah.
Jangan leraikan ikatan.Pautlah! Cantumkanlah! Kerna lidi yang sebatang mudah dipatahkan, lidi segenggam bina kekuatan. Kertas sehelai mudah dicarik, kertas "sebundle" keras bak besi. Hati yang kosong tanpa kasih sayang mudah dibisik tiupan palsu yang indah dari syaitan, hati yang bercahaya, mampu menyinari dunia mahupun teman2 disisinya.

Wallahu'alam...

~Hargailah sahabat2 anda didunia ini kerna mungkin di alam yang abadi kelak merekalah yang menghulurkan tangan menyambutmu ke Syurga..InsyaAllah~

~LOVE YOU GUYS A LOTTT~

Tuesday, April 28, 2009

~Seruan Jihad~

Marilah kita bersatu
Mara bersama ke medan jihad
Menyahut seruan Tuhan yang Esa
Pergi bersama laungan takbir

Marilah kita bergandingan bahu
Bersatu teguh mara bersama
Usahlah dikau terus terleka
Allah pasti bersama dengan kita
Janganlah takut janganlah gentar
Terhadap musuh-musuh Allah
Tegakkan kema'rufan runtuhkan kemungkaran
Bersama laungkan takbir

Robohkan rangkaian penindasan
Tegakkan Islam agama tercinta
Bersama kita bentukkan ukhuwah
Syahid matlamat kita yang utama

Shoutul Amal

Sunday, April 26, 2009

Ya Allah...Ku mohon kekuatan...

"Along, tengokkan kawan2 tu, itulah tanggungjawab along, selalu ingatkan diri dan ingatkan mereka terhadap Allah, along baru diuji sedikit, takkan dah lemah, along kata nak masuk syurga, syurga itu mahal harganya"

Terngiang2 nasihat itu di telinga...

BESAR tanggungjawab itu..Lagi BESAR jika punyai ilmu...Lagi BESAR dan BESAR utk mengamalkan dan mengajak beramal.....



Ya Allah..moga gelombang cahayaMu ini berkekalan dan dapat ku kongsikan bersama mereka...

Ameen..

Bukan mudah untuk berdakwah, bukan mudah juga untuk mengalah, kerna aku ingin bersama2 mereka ke Syurga, dengan keredhaanNya...

Rindu mereka~


Friday, April 24, 2009

Rasa BerTUHAN...

"Dum!!"

Kereta yang dilanggar itu kemek bahagian depan dengan dahsyatnya...Kereta yang melanggar pula, pemandunya, tanpa menoleh kiri dan kanan, terus memecut laju.. tidak kira apa akan berlaku...walaupun kejadian itu tidak disengajakan.

"Aik, tak rasa bersalah ke org yang melanggar tu, mentang2 bukan kereta dia yg kemek"..kata saksi yang melihat, terkesima, tidak dapat membantu apa2.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tekadang kita ni, malu melakukan sesuatu kesalahan atau perkara yang memalukan apabila dihadapan manusia tp kita tidak rasa bersalah pabila lakukannya ketika berseorangan malah depan Tuhan. (hatta 'buang angin' pun kita malu depan orang, tp cuba kalau kita tgh berseorangan....hmmm)

Pentingnya rasa ihsan

Pengertian Ihsan:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hendaklah engkau menyembah kepada Allah seolah-olah engkau dapat melihatNya, tetapi jikalau tidak dapat seolah-olah melihatNya, maka sesungguhnya Allah itu dapat melihatmu." (HR.Muslim)

Asas ihsan ini penting kerana kita akan sentiasa merasakan bahawa tidak ada apa dalam niat, perkataan apalagi perbuatan kita yang terlepas daripada pengetahuan Allah. Ianya akan membina ketelusan dalam diri tiap kali melakukan sesuatu perkara.

Kalau kita tiada sifat ini, kita akan berbuat sesuatu perkara sesuka hati kita. Kita tak rasa ada Pencipta yang melihat kita. Hilang rasa malu....bercumbuan ditepi masjid, tinggal solat, rasuah, riba, zina, curi, mengeji dan mengumpat, dll...dan kadang2, pernah tak kita terfikir jika kita solat, kita tutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan..jika itu yang kita lakukan ketika solat...adakah auratnya berbeza diluar solat...fikir2 kanlah...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Jika engkau tidak rasa malu, perbuatlah apa saja yang engkau mahu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari)

Membina sifat Ihsan

Yakinlah Allah yang memberi segala-galanya. Allah yang sentiasa membantu kita. Tiap kali sebelum melakukan sesuatu, sentiasalah berfikir "ALLAH sedang lihat..ALLAH sedang lihat"

[35:38] "Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Ia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."

Jangan rasa hilang keyakinan terhadap Allah...kerna nanti kita akan mudah bergantung pada manusia....

"one who stand for nothing will fall to anything"

Wallahua'lam....

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(Surah As-Saff, Ayat 2-3)

Orang akan rosak kecuali yang berilmu. Orang yang berilmu akan rosak kecuali orang yang beramal/bekerja. Orang yang beramal/bekerja pun akan rosak kecuali orang yang ikhlas.
(Al-Ghazali)

Wednesday, April 22, 2009

Berjuang....dan Teruskan Berjuang!!

"Selangkah kealam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa kerana ditinggalkan kerana Allah. Daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tidak sanggup selamanya terluka, tapi ingatlah! setiap titisan darah dari luka dan airmata itulah mahar kita ke Syurga. Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? Jawabnya kerana syurga itu manis.... Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNya"


Hingga ke akhir hayat ini....
Seorang pejuang tidak pernah kenal erti penat lelah!!

Mampukah kita berjuang seperti Saidatina Aisyah, Abu Ayub Al-Ansori, Sumayyah?

Andai kita mampu berjuang, mampukah kita terus berjuang sehingga ke akhir hayat?

Apakah rahsia para pejuang Islam sehingga mampu thabat (kekal dan tetap) di atas jalan dakwah, meskipun mendapat pelbagai ujian dan tentangan?

Berikut adalah antara perkara yang harus dimiliki oleh seorang pendakwah supaya thabat dan mengelakkan dirinya daripada tergolong dalam mereka yang gugur (متساقط) di atas jalan dakwah.

1. Permulaan yang bersih (صفية الإبتداء)

Ikhlas dalam amalannya dan mempunyai pandangan dan kefahaman yang jelas terhadap dakwah yang ingin dibawanya. Andai tiada keikhlasan dan matlamat dakwah disertai dengan kepentingan dunia, seseorang akan mudah gugur apabila datangnya kesusahan dan juga apabila diuji dengan nikmat dunia.

2. Semangat yang tinggi (علو الهمة)

Mereka yang bersemangat tinggi tidak akan mudah futur (فتور) (lemah semangat). Tarikan-tarikan dunia yang remeh tidak dapat menandingi syurga yang dijanjikan Allah s.w.t untuk mereka.

Justeru mereka yang memiliki sifat ini akan bekerja siang dan malam dalam keadaan senang mahupun susah. Mereka adalah manusia yang berjiwa besar. Kita melihat jasad mereka di bumi, sedangkan jiwa mereka bebas tinggi di awanan.

Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah merupakan seorang yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam berdakwah. Apabila ditanya bilakah waktu rehat beliau, beliau menjawab, “Apabila sebelah kakiku sudah melangkah masuk ke syurga.”

Inilah dia para pejuang Islam yang terdahulu, yang telah mendahului kita dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t. Mereka telah menunjukkan contoh yang baik kepada kita. Mereka adalah manusia biasa seperti kita. Cuma bezanya, adalah azam, semangat dan usaha mereka yang luar biasa.

Ya Allah tetapkan hati kami atas jalan dakwah ini. Berikan kekuatan kepada kami untuk mencontohi mereka yang telah membenarkan bai’ah (tuntutan syahadah ) mereka kepada-Mu.

Ameen…

Wallahua'lam...

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.” [9 : 41]


"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."
[49:15]

~Kepada sahabat..Dari seorang Sahabat~

Hidup ini, walau punya harta yang banyak tapi tetap miskin tanpa seorang sahabat.

Sahabat...
Mengenalimu adalah satu kesyukuran...
Bersama denganmu adalah satu kebahagiaan....
Menyakitimu adalah satu kesalahan....
Mendoakanmu adalah satu kewajipan....

Memiliki Sahabat sepertimu adalah satu Anugerah...

Allah terlalu bijak, memberiku seorang Sahabat tanpa harga..
Jika Allah memberi harga, niscaya aku tak akan mampu membelimu, Wahai Sahabat.

Sahabat...
dengarkanlah...
Jika esok aku bahagia atau berduka, tetaplah menjadi Sahabatku...
Jika esok aku salah, khabarkanlah, agar aku perbaiki kesalahan itu...
Jika esok aku sakit, doakanlah...agar aku mampu berjuang kembali bersamamu..
Jika esok aku telah tiada... MAAFKAN aku Sahabat...jika masih tidak tertunaikan hak2 mu..

Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkan, samada di dalam sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd ALLAH.

Wahai sahabat, sesungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah.
Ingatkan daku tikaku leka,
tenangkanlahku tika aku bersedih,
pujuklah daku tika aku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga ALLAH agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.....

~22x4=88~...membesar di hari2 test...=)


~cheese kek yang dibuat oleh sahabat2~..;)


~22x4=88~
....Jumaat..5 Ramadhan 1408 Hijrah...
Patutlah ummi kena ganti puasa sebulan. Semuanya kerna nak lahirkan anak sulungmu ini...yang diharapkan memberi cahaya dan sinar harapan utk keluarga...em..bersinarkah ummi?

ummi...terima kasih segalanya..
didikan ini, kasih sayang ini, semualah..dari kecik sampailah ke dewasa..
walau anakmu ini banyak berdegil..tp ummi tetap terima seadanya..(^^)...mampukah anakmu ini menjadi sepertimu?....


alhamdulillah..selamat diri ini menjangkaui umur 21 tahun..
kalau dihitung-hitung, umur sekarang tolak umur akil baligh, kira2 8 tahun, kalaulah tak sempurna solat..8 x 5 x 365 = 14600 solat yang kurang smpurna..ASTAGHFIRULLAH..ini belum lagi perkara2 kejahatan lain..takpun kebaikan yang dibuat secara tak ikhlas...
Ya Allah..layakkah hambamu ini berjumpa denganmu?.. walau sejauh mana hambamu ini lalai dan leka, Engkau tidak pernah lupa memberi rezeki kehidupan ini YA ALLAH, ampunilah dosa2 ku, moga diberkati umurku..Ameen~

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Allah Ta'ala berfirman:
Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu.
Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi. (Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi).

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami dari seksaan api neraka”. [2: 201]

p/s: hari ini dan semalam test..esok plak kena hantar 2 asiments..huhu..jadi..tak rasa dah tua lagi..;P..sebab hari ini berlalu penuh makna..(apakah?)

quote testi dari ummi..(terima kasih ummi..(^^))

Long!..Happy birthday yg ke 21....
Eeee... anak ummi ni dah dewasa diam tak diam yek
Jd mesti berfikir cara org dewasa
Bertindak pun cara org dewasa
Yg penting...dptkan segulung ijazah yg berharga
macam ummi dpt dulu2...


InsyaAllah ummi....