ternyata apa yg dilakukan selama ini adalah kerna Cinta...
tapi awas, kerna cinta membawa kepada dua jalan, jalan putih, jalan hitam...
cinta mampu mnguatkan seseorang,
cinta juga mampu menghancurkan seseorang...
namun, jelaskah kita akan hakikat cinta hakiki?
yang tidak pernah tinggalkan kita ketika susah mahupun senang...
ketika susah, Dia tetap memberi kita peluang bernafas memperbaiki diri..
ketika senang, Dia juga tetap memberi kita peluang bernafas meneruskan semangat utk hidup..
utk pengakhiran yg terbaik...menju Nya...
itulah cintaNya, sentiasa tahu yang terbaik utk kita...
tapi kita?
merungut tak dapat apa yang nak, sedangkan kita tak tahu adakah ia baik atau buruk...
hakikat manusia...
apabila mendapat kesusahan, keluh kesah
apabila mendapat kebaikan, kikir [alMa'arij:20-21]
walaupun apapun, ingatlah, Allah selalu bersama kita..
Sunday, January 16, 2011
Tuesday, December 14, 2010
ibrah koc untuk wanita
Bagus dah ada koc wanita ni. Seperti melindungi hak2 wanita dari berhimpit2 dgn lelaki bukan muhrim dalam tren. lagi2 kalau ada 'pak guard' yg jaga kat depan tu sebagai langkah tak beri lelaki masuk koc wanita.
rata2 wanita yg memilih utk masuk ke koc ini. Rasa terlindung dan selamat.
awal2 dulu tampal poster bulat je, warna pink, tulis koc untuk wanita. mungkin kurang clear gambanya, boleh terima lagi kalau ada lelaki yang 'tersalah' masuk atau nak cepat sgt sampai tak perati dah koc mana dia masuk.
tapi sekarang, dah tampal poster lagi besar, poster jantina yg macam kat toilet tu plus warna pink lagi, ditambah dgn gamba2 menjelaskan siapa yg perlu duduk dalam koc wanita ni. tapi hasilnya masih ada yg berlainan jantina ter'salah' masuk koc.
Jelas sekali, dakwah melalui pamplet/poster tidak cukup dalam menyeru manusia kearah perkara yang ingin diseru. ramai yang tidak jelas mengapa perlu adakan koc wanita, mengapa perlu hormat sesama manusia, mengapa perlu adanya peraturan sebegitu.
Samalah, jika kita letak poster, jangan buat itu, jangan buat ini, Allah suruh itu, Allah suruh ini. Takkan berjalan selagi tiada DAIE/manusia itu sendiri yang membuat follow up, yang menerangkan, yang membimbing orang lain kearah perkara yang diseru, macam pak guard yang jaga koc tu.
Jangan biar dakwah kita hanya sekadar poster di dinding.
Saturday, December 4, 2010
Aku kejar TAQWA! bukan dakwah dan tarbiyyah.
Ya. aku kejar TAQWA.
tapi, untuk mencapai taqwa itu, disinilah peranan dakwah dan tarbiyyah.
tapi ramai yang salah faham, bila dah join dakwah dan tarbiyyah, dah cukup, anggapannya, macam dah lulus nak masuk syurga.
tapi dialah akhlaq paling teruk malah paling susah nak ditegur. org lain diperlekehkan. sebab. dialah yang paling banyak hafal hadis, hafal alQuran. anggapannya orang lain, tade haq nak tegur dia.
Inikah akhlaq Nabi?
'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.
'Ada sesiapa yang boleh jawab?'
Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'.
'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?'
Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'.
Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?'
'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu.
Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.
'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebanar?'
'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda.
'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah.
Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya.
'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan Jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'.
Keadaan sepi sebentar.
'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'.
Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu.
'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah'
'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?'
Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu.
'Anak-anakku. Apa itu taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'.
'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?'
Mereka menggangguk.
'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'.
'Antum faham tak maksud ana?'
"Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab.
'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'.
'Antum tahu apa tuntutan taqwa?'
'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'.
'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'.
'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'.
'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'.
Subhanallah.
'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?'
Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri.
'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'.
'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'.
'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'.
Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."
Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.
Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.
Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.
Artikel ini untuk diri saya. Agar saya mampu bermuhasabah diri.
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
[Bayyinat, 2010]
tapi, untuk mencapai taqwa itu, disinilah peranan dakwah dan tarbiyyah.
tapi ramai yang salah faham, bila dah join dakwah dan tarbiyyah, dah cukup, anggapannya, macam dah lulus nak masuk syurga.
tapi dialah akhlaq paling teruk malah paling susah nak ditegur. org lain diperlekehkan. sebab. dialah yang paling banyak hafal hadis, hafal alQuran. anggapannya orang lain, tade haq nak tegur dia.
Inikah akhlaq Nabi?
--------------------------------------------------------------------------------
Muliakah kamu wahai orang yang ditarbiyyah?

***
Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan.Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama.
Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba.
Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya.
Artikel ini untuk diri saya. Agar saya mampu bermuhasabah diri.
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
[Bayyinat, 2010]
Wednesday, November 24, 2010
Kuat!
Tiada jalan berhenti,
andai berhenti, hati mati..
Usaha dan teruskan usaha...
walau luka berdarah tiada terlihat..
jelas dirasai namun akan mencuba dan terus mencuba..
rindukan semangat yg telah hilang..
tapi Allah pasti tahu yg tersembunyi..
hakikatnya di pengakhiran..
agar aku ikhlas..
bertemankannya keranaNya...
-cinta-

Thursday, October 28, 2010
Magic!
Allahu Khaliq.
Allah pencipta, maka Allah lah yang berhak menentukan segalanya.
Then, Allah boleh bagi kemenangan pada islam ni sekejap je. "kun fayakun".
Tapi islam itu tak datang dgn magic.
Sekiranya kebenaran itu datang dgn magic.
Maka apa yang kita dapat persembahkan pada Allah di hari hisab nanti?
kerna itu Rasulullah usaha dgn payahnya nak sampaikan islam.
kerna itu juga Allah lihat hasil usaha kita bukan pada natijahnya.
natijahnya.itu hak Allah.penghujungnya, pengakhirannya, itu penentuan dari Allah.
Sedangkan Maryam berusaha menggoncangkan pokok kurma, untuk mendapatkan makanan, walaupun pada ketika itu dia tiada tenaga, tidak bermaya.
Sedangkan Siti Hajar, berlari 7 kali ulang-alik dari sofa ke marwa, utk memberi makan pada anaknya Nabi Ismail.
Boleh sahaja sekiranya Allah munculkan makanan2 itu dgn sekelip mata.
tapi, Allah lebih sayangkan hamba2nya.
masakan turun firmanNya:
(Walaupun demikian),
ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.
Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Allah mahu cinta dr yang ikhlas, yang benar mendamba cintaNya.
Bukan cinta pada benda2 yang diminta darinya.
Bukan cinta magic! atau mukjizat dari Allah itu...tapi cinta untuk mencari cintaNya.
tulis ikhlas hanya untukNya..

Realitinya..
Kita disogok sejak kecil lagi dengan perkara2 magic
-pintu suka hati doremon
-jin aladin
-kuasa power rangers..etc
supaya anak2 lupa, lupa segalanya perlu dgn usaha...bukan berharap pada hasil sekelip mata..lupa nikmatnya usaha itu..lupa kuasa segala2nya dari yang Maha Esa
Kisah Nabi Musa As
Nabi Musa AS mengadukan sakit giginya kepada Allah.
Kerna sudah tahu ubatnya, ia langsung mengambil rumput tifani dan meletakkannya sebagaimana pertama kali. Tapi, kali ini bukannya sakitnya tidak sembuh, malah bertambah parah.
Nabi Musa AS kembali memohon pertolongan Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Wahai Musa! Aku adalah yang menyembuhkan dan menyehatkan. Aku adalah yang Memberikan bahaya dan manfaat. Pada waktu pertama, engkau melakukannya karena Aku, sehingga Kuhilangkan penyakitmu. Sedangkan sekarang engkau melakukannya bukan Kerna Aku, melainkan kerna rumput tifani itu. (Hikayat Sufi).
Maka, adakah kita memilih untuk menunggu kemenangan islam itu atau berUSAHA bersama dalam menegakkan islam itu?...
Apa yang anda bawa untuk diperhisabkan di depan Allah?
Dalam satu kisah ada seorang lelaki yang telah mengasingkan dirinya di sebuah pulau dan bersembahyang selama 500 tahun.
Setiap hari dia makan sebiji delima dari pohon yang terdapat di pulau itu.Di hari Kiamat setiap manusia ditanya 2 soalan “Apa kamu buat” (apa pekerjaan kamu) dan “apa kamu bawa”?
Lalu lelaki itu menceritakan bahawa dia membawa amalan sembahyangnya selama 500 tahun. Allah bertanya kepadanya “Kamu nak masuk syurga ini dengan amalan kamu atau dengan kasihan belas aku”?. Jawab lelaki itu “Dengan amalanku”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang mendorong kamu untuk mengasingkan diri ke pulau untuk bersembahyang selama 500 tahun. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu makan selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu anggota untuk bersembahyang selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah berfirman, “amalan kamu semuanya datang dari aku. Tiada satu pun dari kamu. Maka kamu hanya layak masuk syurga dengan rahmatku”. Akhirnya setujulah lelaki itu bahawa amalannya tidak cukup untuk memasukkannya ke syurga tanpa rahmat dan kasihan belas dari Allah.
Berkata Syeikh Abu Said al-Kharraz:
Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Allah mahu cinta dr yang ikhlas, yang benar mendamba cintaNya.
Bukan cinta pada benda2 yang diminta darinya.
Bukan cinta magic! atau mukjizat dari Allah itu...tapi cinta untuk mencari cintaNya.
tulis ikhlas hanya untukNya..

Kita disogok sejak kecil lagi dengan perkara2 magic
-pintu suka hati doremon
-jin aladin
-kuasa power rangers..etc
supaya anak2 lupa, lupa segalanya perlu dgn usaha...bukan berharap pada hasil sekelip mata..lupa nikmatnya usaha itu..lupa kuasa segala2nya dari yang Maha Esa
Kisah Nabi Musa As
Nabi Musa AS mengadukan sakit giginya kepada Allah.
Allah berfirman: "Ambillah rumput tifani dan letakkan di gigimu yang sakit."
Nabi Musa AS megikuti perintah itu. Seketika sakit giginya hilang. Beberapa waktu kemudian, ia mengalami sakit gigi lagi.Kerna sudah tahu ubatnya, ia langsung mengambil rumput tifani dan meletakkannya sebagaimana pertama kali. Tapi, kali ini bukannya sakitnya tidak sembuh, malah bertambah parah.
Nabi Musa AS kembali memohon pertolongan Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
"Wahai Musa! Aku adalah yang menyembuhkan dan menyehatkan. Aku adalah yang Memberikan bahaya dan manfaat. Pada waktu pertama, engkau melakukannya karena Aku, sehingga Kuhilangkan penyakitmu. Sedangkan sekarang engkau melakukannya bukan Kerna Aku, melainkan kerna rumput tifani itu. (Hikayat Sufi).
------------
Maka, adakah kita memilih untuk menunggu kemenangan islam itu atau berUSAHA bersama dalam menegakkan islam itu?...
Apa yang anda bawa untuk diperhisabkan di depan Allah?
Kisah lelaki yg beribadah.
Dalam satu kisah ada seorang lelaki yang telah mengasingkan dirinya di sebuah pulau dan bersembahyang selama 500 tahun.
Setiap hari dia makan sebiji delima dari pohon yang terdapat di pulau itu.Di hari Kiamat setiap manusia ditanya 2 soalan “Apa kamu buat” (apa pekerjaan kamu) dan “apa kamu bawa”?
Lalu lelaki itu menceritakan bahawa dia membawa amalan sembahyangnya selama 500 tahun. Allah bertanya kepadanya “Kamu nak masuk syurga ini dengan amalan kamu atau dengan kasihan belas aku”?. Jawab lelaki itu “Dengan amalanku”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang mendorong kamu untuk mengasingkan diri ke pulau untuk bersembahyang selama 500 tahun. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu makan selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah bertanya kepadanya “Siapa yang beri kamu anggota untuk bersembahyang selama 500 tahun kamu mengasingkan diri. Jawab lelaki itu “kamu Ya Allah”.
Allah berfirman, “amalan kamu semuanya datang dari aku. Tiada satu pun dari kamu. Maka kamu hanya layak masuk syurga dengan rahmatku”. Akhirnya setujulah lelaki itu bahawa amalannya tidak cukup untuk memasukkannya ke syurga tanpa rahmat dan kasihan belas dari Allah.
-----------------------------

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda:
Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar
Wallahu'alam
Berusaha untuk exam kerana Allah! pulangannya kejayaan itu digunakan untuk menyeru orang lain pada Allah. kerna anda mempunyai figure muslim yang berjaya.
kerna itulah jangan kita diperbodohkan dengan amal yg banyak, mahupun pengetahuan ilmu islam yang tinggi! apatah lagi harta2, pangkat2, anak2...semua juga tidak menjamin kemasukan ke Syurga.
Bukan bermaksud kita tidak perlu beramal
mahupun berputus asa.
tapi terus berusaha dengan matlamat yang JELAS niat yang JELAS tujuan yang JELAS
which is everything is for Allah,
disitulah dtgnya redha dan taqwa pada natijah yang berlaku setelah berusaha.
Bukan bermaksud kita tidak perlu beramal
mahupun berputus asa.
tapi terus berusaha dengan matlamat yang JELAS niat yang JELAS tujuan yang JELAS
which is everything is for Allah,
disitulah dtgnya redha dan taqwa pada natijah yang berlaku setelah berusaha.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda:
Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar
Wallahu'alam
Berusaha untuk exam kerana Allah! pulangannya kejayaan itu digunakan untuk menyeru orang lain pada Allah. kerna anda mempunyai figure muslim yang berjaya.
-------------------------------
Berkata Syeikh Abu Said al-Kharraz:
Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa.
Dan siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala tanpa amalan pula, maka ia adalah seorang yang berangan-angan kosong. Yang demikian itu adalah sikap yang bodoh dan terpedaya.
Menyerah kpd Allah serta mengharapkan rahmatNya tidak boleh berlaku, melainkan sesudah berbakti dan beramal saleh.
Wednesday, October 6, 2010
hak milik
lapar-makan
ngantuk-tidur
tak score-study
sayang-CINTA sepenuhnya-dunialah kita punya
lupa, yang perasaan dan nafsu ini semua milikNya
bila2 boleh diambil, diubah, lenyap, wujud..
akhirnya, diri ini bukan siapa2, tiada apa2..
Ya Allah ampuni diri ini...agar CINTA ini sepenuhnya hanya untukMu..
-melakar CINTA di pintu syurga-

Monday, October 4, 2010
ukhuwwah..ukhuwwah..ukhuwwah
Ruh-ruh umpama bala tentera yang hebat. Jika saling mengenali, saling menguatkan. Jika tidak mengenali, mereka berikhtilaf. (Hadith Riwayat Muslim)-----------------------------------------
niat kita berukhuwwah kerana Allah juga, boleh terhakis...
jika kita tak jaga hak2 ukhuwwah..
jika lupa niat kita lillah, lillah..bukan sekadar sebutan.
kita lupa,barisan ini kedap susunannya bagai batu bata..
rosak satu, petanda akan rosak semua..
masalahnya..perkara2 besar boleh kita selesaikan..
tapi ada perkara lebih besar lagi, yang orang lain tak boleh nampak..
melainkan diri kita dan Pencipta kita..
yang hanya Kita tahu dan harus cari punca, apatah lagi menyelesaikan..
jika batu bata itu jelas retak, engineer, labour boleh baiki...
tapi kalau batu bata itu dimakan anai2 dari dalam..
ada orang boleh nampak tak? apatah lagi untuk bantu membaiki..
itulah dia, masalah HATi..
lama kelamaan boleh menghakis iman..nauzubillah..bila kita mula mempersoalkan kenapa jadi cmtu, kenapa jadi cmni..
apa beza usrah dan geng biasa kita?
[Surah 2: ayat 151]
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.
1.membaca ayat2 kami = learning which makes your soul clean and clear about what?
2. about islam itself..which is everything in the AlQuran + AsSunnah.
3.and what else? other things, everything..moon, sun, perkara2 ghaib.,etc
jika 3 perkara yg dihighlight itu berlaku didalam geng biasa kita,
maka geng biasa kita itulah usrah..
yang insyaAllah meningkatkan iman, membuahkan amal..
tp, jika usrah kita, berlagak dengan banyaknya ilmu dipelajari,
sebut saja hadis, tafsir, hafal sana hafal sini..
tp tidak membuahkan amal, mencerminkan iman...
maka apa beza kita dengan geng lepak2 minum kat kedai kopi?
begitulah juga dgn ukhuwwah..
How?
kita cakap berukhuwwah kerana Allah kan,
ok, dah cuba nasihat sahabat jika perlu?
dah dengar nasihat dari sahabat kita?
tunaikan hak? dari segi hidup bersama..belajar bersama..
dah ajak sama2 buat kebaikan?
tunjuk contoh terbaik tak?..etc..etc..
kita jangan assume sahabat kita tu faham everything tentang kita jika kita tak terangkan..
lepas tu kita simpan je dalam hati kita bila ada benda tak kena..yg kita expect kawan kita patut faham..
lepas tu, apa jadi?
kita makin pendiam..msam muka..lepas tu?
kita mula rasa dia ni tak buat apa yang dia belajar?
lebih dahsat lg, bila kita mula rasa usrah tu langsung tak beri kesan pada dia..
ha..kat situ lah timbulnya lobang besar dalam hati..
say it loud my dear...say it..
how can people know when you dont tell it and pretend nothing happen..
till when?
Subscribe to:
Posts (Atom)