Tuesday, June 16, 2009

Sang Murabbi~

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :


Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur.
[Al-Imran Ayat 144]

Menitinya kita dijalan dakwah dlm melaksanakan tugas khalifah, bukan kerna manusia, tp kernaNya...kerna Allah Subhanahuwataa'la

Pabila kita lakukannya kerna manusia,

bila hilangnya manusia itu,

hilanglah arah tuju...

maka, bersihkanlah semula niat kita...

Lillah, fillah...insyaAllah


Wallahua'lam





~mode: diriku berkorban demi cintaNya~MySpace

Sunday, June 14, 2009

About me..(^^)

shhhh~..

ianya adalah rahsia..

tentang diri ini..

dan tentang mereka...

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila seorang wanita tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

err...

apakah entry ini?

huhu...

owh...nak tulis..

tentang diri ini...sebenarnya..

yg suka bahasa2 tinggi...suka bahasa2 kiasan...

suka bahasa2, nahu AlQuran...

kerna lebih tajam menghunus perasaan...

jd sedang belaja utk berkata direct..

supaya kalian lebih memahami apa yg saya cuba sampaikan..

agar kita sama2 meniti jalan ini...jalan menuju Tuhan..InsyaAllah..


Jagalah Allah niscaya Dia Menjagamu.
[IhfaziLLaha Yahfadzka]





~mode:wahhhhhhh....belaja sekejap je...buka blog2 org lain berjam2....apa ni!...apa ni!..~MySpace

MIND SET!!


"you actually have been given a chance to choose..."


----------------------------------------

Aku bercerita ttg mindset...

kerna ia berkaitan dgn hati..
yg kemudian menggerakkan anggota badan..
melakukan setiap perkara menurut kemahuan..

kalau kalian berkata x mahu...maka x mahulah yg akan keluar..
walau berapa juta manusia yg menghulurkan tgn..
menghulurkan bantuan..
memberikan kasih dan sayang..

jika mahu, walau badai belanda..kemahuan itu mengatasi segala...
x kira risiko apa...walau apa keputusannya..

Maka, sentiasalah berkata yg mahu.

bukan yg kita tidak mahu.

"I want to bring back islam!!"
"aku ingin berjaya!!"
"I can do it..insyaAllah"

semangat itu kan cetus, usaha kearah kemahuan itu kan terwujud..
menjadi kan kita sentiasa bergerak tanpa putus asa...

-------------------------------------

Aku bercerita tentang perasaan..

kerna ia berkaitan tentang persepsi kamu terhadap saudara2 dan terhadap Tuhan..

"apa yg dilihat ialah apa yg difikirkan"

positive minda kita...positivelah pandangan kita...

jika kita berkata tentang..

"ish, cikgu ni ajar x bestlah, xnakla dtg kelas dah"
"eh, dia ni sombong pulak, lalu sebelah x tegur aku pun"
"em..Allah x sayang aku ke, aku asyik x lulus je"

cuba kita renung semula..

kita yg pandang cikgu itu x best, kita yg tidak mencari ke"best"an cikgu itu supaya kita minat dan tertarik utk mendalami ilmu Allah. Cuba kalau anak murid kita pula (bg yg jd cikgu) berfikir sedemikian.

kita kata org lain sombong. entah2 kita yg lebih sombong. sombong utk mula memberi salam dahulu. sombong utk memulakan perbicaraan. sombong utk mulakan ukhwah fillah itu dulu. belum apa2, kita sudah menilai org yg mungkin suatu masa kelak banyak membantu kita.

kita kata Allah zalim, pabila x turuti permintaan kita..tp bukankah Allah lebih mengetahui yg terbaik utk kita?..dimanakah keyakinan kita?..bukankah sudah banyak rezekinya yg kita perolehi yg belum tentu kita syukurinya atau tidak..

dan..

dan..

banyak lg...

begitulah kehidupan..

makanya...

sebagai daie..(kita semua!!)

jgn mudah menyerah, sentiasa mahu, sentiasa yakin, sentiasa yg mencetus...
buangkan persepsi, buangkan sangkaan..jagalah setiap perkataan yg dituturkan...sentiasa positivekan keadaan...

lakukan yg terbaik...dgn KITA mulakan menjadi yg terbaik...

insyaAllah..


Barang orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya Allah benar2 beserta orang2 yg berbuat baik”[29 : 69].

Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka.” [61: 5].


Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah
tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.[13:11]



Wallahua'lam~




~mode: exam week yg mcm bukan exam week~MySpace

Saturday, June 13, 2009

Solat dan tanggapan masyarakat ...

Bismillah....

Ahad, 12hb 09....

Berlakulah perbincangan di antara kak S dan kak B...;P (bukan gelaran sebenar)

berkisarkan kisah solat di negara org dan di negara sendiri...

alkisah,

Situasi 1:

Ibu kak S ni bekerja sebagai peniaga, dimana berniaga sehingga ketengah mlm.
Setiap kali waktu solat, ibunya akan berehat sebentar dan terus menunaikan solat di tempat berniaga itu.

Seperti kita disini...solat dimana2, x kira tempat...yg penting bersih dan suci...

...dipandang hormat oleh masyarakat setempat ke atas agama masing2 walaupun berlainan agama....

tp..pandangan masyarakat kita..

"eh..eh..makcik tu..menunjuk2 pula solat kat situ..surau tu kan ada.."

tp...tp...masa tu kan dah malam, gelap..laluan ke surau tu ada org2 penagih dadah..lgpun
Tak salah bukan?..Yang penting cukup syarat sah dan rukun2 solat...dan tunaikan solat.:kata kak S



Situasi 2:

Setiap kali kita berhenti utk solat di RnR kat highway, mesti kita lihat perkara first bila ramai2 masuk musolla adalah dgn menge'cop' telekung. kita yg dah biasa solat memakai pakaian biasa..tidak terjejas dgn perebutan yg berlaku....

tp pandangan masyarakat kita...

pelik budak ni...solat mcm tu...sah ke x tu x pakai telekung?..


--------------------------------------------------------

sungguh...


bukan utk memburukkan negara sendiri, tetapi utk membukakan minda dan hati...

mengapa jd begini?

adakah memakai telekung itu syarat sah solat?...

atau dgn menutup aurat?...

inilah yg terjadi...

salah faham pada masyarakat..bahawa tidak mengapa tidak menutup aurat...tp kena pakai telekung pada waktu solat...

jelas, minda kita telah didoktrin (ditanam dan dicorakkan) utk berfikir sebegini...

disebalik kesenangan kerna seluruh masyarakatnya islam...

tatkala melakukan perkara2 yg islamik,

dikatakan menunjuk2, alim, poyo...segalanyalah...

sesama muslim melemahkan jiwa saudaranya....

hilang kesatuan jiwa....

dengki segala perkara...

kata islam hadhari...

tahukah erti sebenar kewujudannya?

atau hanya islam had hari?

ingin sgt dicari puncanya...


[51:56]
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


Wallahua'lam

~ingin ku berlariMySpace....menggapai awan yg tinggi...walau hidup ini tiada pasti~...


-mode: erk....ampun2 kak S dan kak B...(^^)..cerita kalian tercoret disini..buat pengajaran insan ini...hehe-

Friday, June 12, 2009

Syahid di tgh jalan...


Kita sering merangka perjalanan kehidupan kita ini melangkaui jangka masa hidup kita.

We plan..what to do tomorrow, what we want to eat for dinner, what we to buy at supermarket, what we want to study this afternoon...and...and..

seperti kita yakin akan hidup selepas satu saat ini. Selepas noktah pengakhiran perkataan ini.

dan di pengakhiran pasti kita akan kembali padaNya.

Tidak kira ketika mana, sdg lakukan apa, waktu bila...

tp..

tp..

sungguh indah jika pengakhiran itu, syahid dijalanNya...

dlm konteks pelajar...

syahid ketika sedang belajar..yg bersungguh2..hanya kernaNya..

syahid tatkala berusaha menyelamatkan manusia kembali pada Pencipta...

dlm keadaan sudah selesai melaksanakan tanggungjawab terhadapNya, terhadap kedua bapa, terhadap alam dan seluruh isinya..

SubhanAllah..

Ya Allah...pintaku...agar kami syahid dijalanMu...insyaAllah


“Mereka merancang, sedang Allah (juga) merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang” [8:30].

Wallahua'lam~


~Mode: .saye cemburu...

Al-fatihah buat sahabat yg syahid di tgh jlnMySpace.....Ameen~

Mengapa Aerin Sofea?~

Menjawab kepada persoalan diatas..

Kenapa Nama Aerin sofea menjadi tajuk blog ini?

Sewaktu IB di KMS dahulu (International baccalaureate atau nama laen Islamic Baccalaureate..;P) kan ada kena buat CAS utk dptkan credit hour..mcm wat amal bakti terhadap masyarakat la kiranya.

NAk jadi cerita, batch kteorg ni, (2nd batch) kena wat CAS kat hospital...buatlah setiap 2 minggu sekali, hari jumaat..

mula2 perkara biasa sahaja yg dilakukan seperti membantu nurse dan doktor2 pelatih utk pesakit2, bantu makan, hias2 wad...huhu...teringat nurse yg amat garang..xleh wat bising ngan xleh bawa masuk beg...

Ada satu hari tu, hari last kteorg CAS, kena la beri cenderahati utk pesakit2...saye dpt wad kanak2...

beri pada seorang kanak2 ni, kesian dia...ada penyakit kulit yg sgt dahsat, sampai banyak makanan yg dier xleh mkn..tp dier ni comeyl, putih...budak ni sgt tabah walaupun hari2 makan bubur sahaja. Suka sgt dier dpt hadiah dr kteorg. Saye pun tanyalah dia da besar nak jd apa. Dier jawab, "Akak, da besar nnt saya nak jd doktor, saya taknak semua org dpt penyakit macam saya"..bagusla adik, moga mencapai cita2 ye, insyaAllah...xdpt nak tangkap gamba...nurse kan garang...;P..

dan nama budak yg tabah itu aerin sofea....

em..tp.

kenapa ntah nak ambil nama tu sebenanye..x ingat dah...(^^)

yg pasti..

nama itu comeyll..

err...da menjawab persoalan x?


p/s...dun judge the writer by her blog....hehehe

Wallahua'lam


~mode: ...exam week...tp duk dpn laptop 24 jam..haishMySpace..rosak mata~

Thursday, June 11, 2009

Istiqamah~


Ya..

memang benar, kalau anda ingin bersama yang benar, tiada keraguan, harus tsabat (tetap) dijalan ini.

Berubah

Masuklah islam secara kaffah (menyeluruh).

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam islam secara menyeluruh; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.[2:208]

Bukan bermaksud hanya mencukupkan 5 rukun islam semata. Tetapi mengabdikan diri sepenuhnya hanya padaNya. Dari A sampai Z. Dari utara hingga ke selatan.

Kadang2 kita solat, tp pandangan hati kita pada apa..dimana?..

Sedangkan ibadah itu telah menjadi ritual semata, tanpa ada roh...

bagaimana mahu kte langkahkan kaki dgn lebih laju dijalan dakwah..jalan Rasulullah..?

YA..

Memang memerlukan pengorbanan yg besar,

dlm membuang segala jahiliyah yg membeku dlm hati.

Bukan hanya semangat yg sementara. Yang sekejap2. Semangat yg dtg tiba2.

Bukan dgn perubahan yg besar, drastik...sebab....

bahaya..

kerna anda mungkin akan kembali ke takuk lama...

biar mula merangkak...dr merangkak selama2 nya...

istiqamah...

ikhlas...

insyaAllah..yakinilah..



Kematangan

Zaman kini, anak2 mengalami proses kematangan yg amat lambat..

kenapa?

kerna terbuai dan didodoi dgn agenda2 barat...

kecil2 dihidangkan dgn kartun2..powerrangers, tomato man, shin chan...etc...
ditakut2kan dgn hantu...
dilenakan dgn permainan2 komputer...pS..xbox..

digertak cikgu, cikgu dibalas dgn pukulan..
dimarah ibu bapa, katanya didera...
breakdance..hiphop...
lagu2 memuja manusia..

hilang jiwa soleh...
menjadi seorang yg penakut..

jika dibanding imam Syafie, sudah huffaz Al-Quran ketika berumur 9 tahun, berani.
adik2 kita yg umur 9 tahun itu....jentik sikit dah nangis..

banyak lg tugas kita semua rakan2..


Selamat tinggal jahiliyah

Tinggalkan semuanya.

Peduli apa yg mereka kata.

"ala, engkau ni, sejak bila jd baek.?"
"hekeleh, sekejap je tu, pasni buat lg"
"weh2, 'ustazah' dtg weh, sopan2"
"ala engkau, macam bagus je"

pedulikan semua itu.

Bukan manusia yg menilai kita jika ingin benar2 istiqamah. Moga mereka jua bersama kita.

"lets bygone be bygone"
"mulakan hidup baru"
"what past is past"

Hijrahlah.

Rasulullah tidak pernah mengungkit kesalahan sahabat2 sewaktu jahiliyah mereka.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang...

Allah telah memberi jalan dan petunjuk, terpulang pada kita untuk mengikutinya...



[46:13]
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
[46:14]
Merekalah ahli Syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.




Wallahua'lam


~mode: tinggal 3 paper...(^^)~MySpace